Sapura Resources Berhad (SRB) dikuasai Tan Sri Shahril Shamsuddin telah memfailkan saman sivil terhadap bekas Pengarah Urusannya, Dato’ Shahriman Shamsuddin, atas dakwaan serius salah guna kuasa dan pelanggaran fidusiari korporat.
Pendedahan ini sekaligus mengesahkan dakwaan dalaman bahawa Dato’ Shahriman menggunakan syarikat miliknya sendiri, Explorer Group Sdn Bhd merampas urusniaga Sapura dengan RoyalJet LLC syarikat dari Abu Dhabi. Perjanjian urus niaga unit penerbangan milik SRB sepatutnya dibuat dengan RoyalJet LLC namun telah dibuat bersama Explorer Group Sdn Bhd
Semua dilakukan secara tidak sah — tanpa kelulusan Lembaga Pengarah yang mencetuskan konfik kepentingan projek Explorer Group Sdn Bhd dengan RoyalJet LLC. Ia dikatakan satu usaha Shahriman mengarahkan pemindahan unit penerbangan strategik kepada Explorer Group Sdn Bhd.
Butiran Saman: Rugi RM3.22 juta akibat konflik kepentingan
Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 April 2025 oleh Sapura Resources bersama dua anak syarikatnya, Sapura Aero Sdn Bhd dan Aerodome Fife Sdn Bhd. Antara kandungan tuntutan saman termasuk:
- Dato’ Shahriman menyalahgunakan jawatan pengurusan tertinggi untuk mengarahkan pemindahan unit penerbangan strategik kepada Explorer Group Sdn Bhd.
- Beliau menandatangani perjanjian perniagaan dengan RoyalJet tanpa sebarang mandat atau pengetahuan Lembaga Pengarah.
- Individu-individu rapat, termasuk Syed Haroon Omar Alshatrie penasihat Shahriman dan Syed Muhammad Hasan Alsagoff, dilantik ke jawatan penting dengan gaji tinggi — namun sebenarnya berkhidmat untuk Explorer Group.
- Transaksi ini dikatakan bertujuan menjual semula aset SRB pada harga lebih tinggi, menghasilkan keuntungan peribadi kepada defendan.

Analisis Undang-undang: Salah guna kuasa, manipulasi pasaran, dagangan orang dalam
Kes ini telah mencetus siasatan pelbagai agensi, dan mengundang perhatian Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berdasarkan analisis undang-undang, tindakan Dato’ Shahriman berpotensi melanggar:
🟥 A. Akta Syarikat 2016 (Seksyen 210 & 213)– SSM
- Kegagalan bertindak demi kepentingan syarikat.
- Menggunakan kedudukan sebagai pengarah untuk kepentingan diri sendiri.
🟧 B. Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA) – SC
- Seksyen 177, 179: Manipulasi harga saham melalui maklumat tidak tepat.
- Seksyen 188: Insider trading, sekiranya ada pembelian saham berdasarkan maklumat belum diumumkan berkaitan Explorer–RoyalJet–SRB. Jika ini pelan Dato’ Shahriman buat Explorer Group Sdn Bhd
🟨 C. Akta SPRM 2009 (Seksyen 23) – SPRM
- Salah guna jawatan untuk memberi manfaat kepada syarikat sendiri.
- SRB merupakan merupakan syarikat senarai awam — maka sebarang tindakan pengarah tertakluk kepada pengawasan awam.
Explorer Group: Struktur milik penuh dan peranan dalam penyelewengan
Explorer Group Sdn Bhd ialah syarikat milik penuh Dato’ Shahriman yang digunakan sebagai ‘kenderaan’ peribadi untuk memperoleh aset milik Sapura Resources.
NAMA | PERANAN | PEGANGAN SAHAM |
Dato’ Shahriman Shamsuddin | Pengarah & Pemilik Utama | 100% |
Syarikat ini menandatangani perjanjian eksklusif dengan RoyalJet pada 23 Jun 2023 namun diumumkan pada 11 Disember 2023 untuk mengambil alih aset penerbangan milik Sapura Resources — walaupun aset tersebut belum diluluskan untuk dijual oleh Lembaga SRB.
Sapura Resources Bhd bawah Dato’ Shahriman berkata bakal melupuskan perniagaan penerbangannya di Lapangan Terbang Subang bagi jumlah yang tidak didedahkan.
Dato’ Shahriman Shamsuddin menyatakan keterujaan untuk meneruskan perbincangan penjualan tersebut dengan RoyalJet. Kedua-dua syarikat percaya bahawa cadangan pelupusan ini adalah selaras dengan rancangan semasa Malaysia untuk memulihkan industri penerbangan peribadi yang dijangka memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri Selangor di sekitar Lapangan Terbang Subang.
Perjanjian jual beli saham ditandatangani pada 23 Jun (diumumkan 11 Julai 2023) namun ketika lawatan bersama mantan Yang Dipertuan Agong ke -16 Shahriman menggunakan syarikatnya sendiri Explorer Group Sdn Bhd.

Reputasi Sapura Resources tercalar
Kes ini memberi isyarat jelas tentang kerentanan tadbir urus syarikat apabila kuasa Pengarah Urusan tidak dikawal secara berkesan. Reputasi SRB tercalar dan pemegang saham tidak berpuas hati.
Pengurusan baharu di bawah Reza Abdul Rahim yang dilantik sejak 10 Oktober 2024 sedang menyusun langkah kawalan kerugian termasuk:
- Menyemak semua kontrak terdahulu,
- Menyerahkan dokumen transaksi kepada SPRM, SSM dan Bursa Malaysia
- Meningkatkan sistem pematuhan dan kawal selia dalaman.
Laporan SPRM, SC dan SSM
Kes ini bukan hanya soal sivil atau keuntungan peribadi — ia menimbulkan persoalan besar tentang akauntabiliti dalam syarikat tersenarai Bursa Malaysia. SPRM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti diminta mempercepatkan siasatan ke atas:
- Peranan individu lain seperti Syed Haroon Omar Alshatrie yang terlibat dalam urus niaga Explorer–RoyalJet,
- Sama ada terdapat penipuan pelabur awam melalui maklumat palsu kepada Bursa,
- Kemungkinan manipulasi pasaran atau pengaliran aset korporat.
SPRM, SC dan SSM sepatutnya segera menyiasat Dato’ Shahriman dan tidak perlu menunggu kes saman Dato’ Shahriman mahu membubarkan Sapura Holdings Sdn Bhd. Untuk rekod Sapura Holdings Sdn Bhd memegang sebanyak 51.47% saham dalam Sapura Resources Berhad, menjadikannya pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut. Semua ini usaha untuk menjejaskan Sapura Resources Bhd. Berikut ialah pecahan pemegang saham utama dalam Sapura Holdings:
PEMEGANG SAHAM | PEGANGAN DALAM SAPURA HOLDINGS SDN BHD | PEGANGAN TIDAK LANGSUNG DALAM SRB |
Tan Sri Shahril Shamsuddin | 40.5% | Sebahagian daripada 51.47% melalui Sapura Holdings |
Datuk Shahriman Shamsuddin | 40.5% | Sebahagian daripada 51.47% melalui Sapura Holdings |
Brothers Capital Sdn Bhd (milik bersama) | 15% | Sebahagian daripada 51.47% melalui Sapura Holdings |
Datuk Rameli Musa | 4% | Sebahagian daripada 51.47% melalui Sapura Holdings |