“Vincent Tan, Keluar Dari Kelab Ini” Penyokong Cardiff City Laung Kemarahan Dan Mengamuk Di Luar Stadium

“If you can get a message to Vincent Tan tell him to get out of our club immediately.” Matt Southcombe melaporkan untuk ITV Wales News ketika bercakap dengan peminat Cardiff City selepas perlawanan pada Sabtu lepas yang menyaksikan Cardiff City tersingkir ke League One.

Dalam perlawanan terakhir pada Sabtu lepas, Cardiff City tumpas 2-4 kepada Norwich City dan terus terperosok di tangga terakhir liga EPL Championship dan turun ke League One. Berbanding tahun lepas Cardiff City berada di tangga ke-12, musim sebelumnya (2002/03) hampir tersingkir bila berada di tangga ke-21 dan musim 2021/2002 berada di tangga ke-18.

Ketika berada ditangga ke-18, Cardiff City hampir-hampir tersingkir juga ke League One dan pada ketika itu penyokong protes dan mendesak Vincent Tan agar berundur. Kali ini, lebih teruk lagi bila terus turun liga.

Sejarah tercipta bila Cardiff City, sebuah kelab besar di Wales mencapai prestasi terburuk dalam sejak 22 tahun lepas. Penyokong melaungkan “Vincent Tan Out, Vincent Tan Out, Vincent Tan Out” di seluruh stadium.

Ini bukan kali pertama penyokong Cardiff City memarahi Vincent Tan, sebelum ini pada tahun 2012 penyokong bangkit menyatakan kemarahan bila Vincent Tan mahu menukar warna jersey Cardiff City daripada biru kepada merah. Lebih teruk dari itu, Vincent juga mahu menukar logo burung kepada logo naga.

Mengikut Vincent Tan, beliau mahu menukar logo kelab berkenaan daripada burung berwarna biru kepada naga – iaitu satu lagi binatang mitos yang ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat Cina. Namun Vincent Tan berkata, logo naga itu juga ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat Wales malah gambar naga terdapat pada bendera Wales.

Biarpun peminat bangkit protes dan membantah, Vincent Tan tetap mahu menukar warna jersi Cardiff City. Vincet Tan, dikatakan telah melabur £100 juta ke atas Cardiff City. Oleh sebab itulah diam ahu menukar maskot burung layang-layang kepada naga, gelaran kelab juga turut ditukar daripada ‘Bluebirds’ kepada ‘the Dragons’.

Rancangan paling dibangkang oleh peminat adalah untuk mengubah nama kelab Cardiff City kepada Cardiff Dragon. Kali ini bila Cardiff City sudah terperosok ke League One, Vincent Tan perlu rasanya melepaskan terus Cardiff City dan Kerajaan Malaysia perlu memikirkan semula penajaan “Visit Malaysia” pada baju Cardiff City.

Dengan kemarahan penyokong, bekas pemain dan pengurus sementara Aaron Ramsey sendiri menolak jawatan sebagai caretaker coach ini adalah kayu ukur jelas kemarahan maksima terhadap Vincent Tan, jangan jadikan lagi Visit Malaysia berada pada baju Cardiff City dan memburukkan sekali keadaan. Vincent Tan harus selesaikan masalah ini, jangan lagi sibuk mengambil kelab untuk tujuan betting semata-mata. Inilah puncanya kelab Cardiff City jadi rosak.

Back To Top