Tan Sri Mohd Khairul Adib bekas KSU muncul sebagai jutawan Melayu, pemegang saham utama NexG Bhd bersama Mafia Korporat Victor Chin Boon Long

Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman muncul sebagai pemegang saham utama baharu NexG Berhad selepas memiliki pegangan sebanyak 6.1% dalam Kuantum Juang Sdn Bhd.

Beliau juga memperoleh sebanyak 291,357,750 waran kumpulan, mewakili 20.9% daripada jumlah waran terbitan NexG. 

Dalam perkembangan lain, NexG mengumumkan, Datuk Safian Mohd Yunus tidak lagi menjadi pemegang saham utama kumpulan, susulan beliau tidak lagi mempunyai kepentingan utama dalam Kuantum Juang Sdn Bhd. 

“Kami berbesar hati menyambut Tan Sri Mohd Khairul Adib sebagai pemegang saham utama NexG. Keupayaan untuk menarik pelabur utama bertaraf tinggi ini membuktikan kekuatan model perniagaan dan visi kami  

“Ketika kami melaksanakan pelan transformasi untuk menjadi peneraju dalam pasaran identiti fizikal dan digital serta menyumbang kepada transformasi digital Malaysia, pengalaman kepimpinan luas yang dimiliki Tan Sri Mohd Khairul Adib akan menjadi aset penting kepada kumpulan. 

“Dengan sokongan pemegang saham dan kepimpinan baharu, kami berada di landasan tepat untuk menjadi rakan strategik dalam projek transformasi digital nasional seperti MyDigital ID dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital,” kata Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif NexG, Datuk Hanifah Noordin.

Mohd Khairul Adib telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif NexG pada 22 November 2024. 

Mohd Khairul Adib mempunyai pengalaman 34 tahun dalam perkhidmatan awam, termasuk jawatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT). 

Bekas KSU MOT Jutawan!

Tahun 2023 kecoh bagaimana  Tan Sri Mohd Khairul Adib memiliki saham dalam anak syarikat Hong Seng, HS Green Valley Sdn Bhd yang juga pemegang 43.3 juta saham Classita Holdings Berhad bernilai RM6.4 juta. Tiada siapa mengetahuinya jika Madam Chan Swee Ying isteri mafia korporat Victor Chin Boon Long tidak menjual semua kepentingan mereka dalam Classita Holdings kepada Hong Seng Consolidate Bhd.

Persoalan timbul, bagaimana Tan Sri Adib mempunyai wang lebih RM6 juta selepas beliau bersara sebagai KSU pada Januari 2022? Tan Sri Adib dilantik Pengerusi MMAG Holding pada 7 Februari 2022.

Bagaimana Tan Sri Adib melakukannya? Sejak dari tu Tan Sri Adib merupakan bekas KSU MOT terkaya selepas bersara. Banyak projek melibatkan penerbang kargo, lesen dan kontrak diperolehi oleh MMAG bersama MAG. Begitu juga akses di Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kerana dilantik sebagai Lembaga Pengarah.

Kejutan sekali lagi Tan Sri Adib!

Selepas usaha Mafia korporat Victor Chin mengambil alih Datasonic Group Berhad (Kini NextG Berhad) pada 24 Mac 2025, diumumkan Tan Sri Adib meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah MMAG Holdings Berhad kerana telah diantik sebagai Pengarah Eksekutif dalam NextG Berhad (Datasonic) sejak 22 November 2024.

Kini Tan Sri Adib melakukan kejutan lagi apabila muncul sebagai pemegang saham utama baharu NexG Berhad selepas memiliki pegangan sebanyak 6.1% dalam Kuantum Juang Sdn Bhd syarikat milik Dato’ Safian Yunus proksi Fakhri Yassin anak Tan Sri Muhyiddin sebagai pemegang saham utama sebelum ini.

Beliau juga memperoleh sebanyak 291,357,750 waran kumpulan, mewakili 20.9% daripada jumlah waran terbitan NexG. Bayangkan berapa juta nilai saham warannya!

Melihat kepada saham-saham dimiliki Tan Sri Adib, 6.1% dalam Kuantum Juang atau nilainya kira-kira RM79 juta menunjukkan betapa kayanya bekas KSU MOT ini yang sebelum ini memiliki kira-kira RM6 juta saham Classita Holdings.

Melayu atau bekas KSU sekaya itu yang bukan dari dunia perniagaan pastinya mempunyai ‘taukeh’ di belakang tabir.

Namun ada perkara baik selepas Tan Sri Adib pemegang saham utama NexG iaitu lahirnya jutawan melayu selepas bersara sebagai Ketua Setiausaha Kementerian. Pasti ini sangat membanggakan. Cepat dan pantas!

Back To Top