Lobi projek LRT- ART JB gagal: Nylex dinyahsenarai Bursa jejas Konsortium LBS Bina Group bersama Ancom, Theta & Berjaya Group!

LBS Bina Group Bhd (LBS Bina) syarikat dikuasai Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San sedang meneliti pelbagai aspek berkaitan Perjanjian Induk Dasar (HOA) susulan penyahsenaraian Nylex (Malaysia) Bhd daripada Bursa Malaysia hari ini

Bursa Malaysia, melalui surat bertarikh 6 Mac 2025, telah memutuskan untuk mengeluarkan Syarikat daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia pada 11 Mac 2025.

HOA itu melibatkan LBS Bina, Ancom Lynex Bhd, Nylex, Sinar Bina Infra Sdn Bhd dan BTS Group Holdings Public Company Ltd sebuah konsortium dinaungi Berjaya Group bagi lobi melaksana projek membina pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) dan Autonomous Rail Rapid Transit (ART) di Johor Bahru.

Ancom Nylex Bhd dan Nylex Malaysia Bhd merupakan syarikat dikuasai oleh taikun media kontroversi DATO’ SIEW KA WEI yang pernah terlibat skandal “Speedy Gonzales” RM99.963 million  tahun 2019 ketika sebagai Pengerusi Tourism Malaysia yang pernah direman SPRM bersama kekasih gelapnya Ms Elizabeth Ken CEO pengarah Geeko Tech Sdn Bhd 

Nylex dan Ancom bermasalah dari sebuah  syarikat berstatus PN17 kepada nyah senarai  Bursa . Ini sangat pasti menjejaskan LBS Bina Group Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, LBS Bina memaklumkan bahawa perbincangan sedang dijalankan dengan mengambil kira semua faktor relevan, keadaan semasa serta perkembangan terkini berkaitan HOA bagi menentukan langkah seterusnya terutama kerjasama pembinaan sistem transit aliran ringan (LRT) dan ART yang akan disambungkan ke stesen sistem transit rapid (RTS). HOA ditandatangani sejak 2 Mac 2022 hancur lebur.

Lobi LRT dan ART : LBS terjejas

Apa yang pasti dengan kedudukan kerugian syarikat Nylex (M) Berhad yang akhirnya dinyah senarai Bursa Malaysia turut menjejaskan nama LBS Bina Group Bhd. Prestasi lemah menggambarkan status kewangan syarikat tidak berkemampuan melaksana projek LRT dan ART bernilai berbilion ringgit dicadangkan konsortium LBS Bina, Ancom Lynex Bhd, Nylex, Sinar Bina Infra Sdn Bhd, BTS Group Holdings Public Company Ltd dan Berjaya Group!.

LBS Bina Group diasaskan oleh Datuk Seri Lim Bock Seng yang kini digerakkan oleh anak-anaknya diketuai Tan Sri Lim Hock San sebeagai Pengerusi syarikat. Mereka pasti tidak mahu nama buruk dengan DATO’ SIEW KA WEI terpalit kepada LBS Bina Group!.

Menurut sumber semalam terdapat perbincangan antara Menteri Besar Johor dan Ketua Pengarah UKAS mengenai projek UKS Johor terutamanya projek membina pengangkutan awam Autonomous Rail Rapid Transit (ART) di Johor Bahru.

Konsortium LBS Bina, Ancom Lynex Bhd, Nylex, Sinar Bina Infra Sdn Bhd, BTS Group Holdings Public Company Ltd, Theta dan Berjaya Group dikatakan terkeluar daripada persaingan memandangkan masalah besar dalam konsortium mereka

Back To Top