Tengku Abu Bakar Ahmad diarah letak jawatan Datuk Abu Hanifah Noordin kini Pengerusi Eksekutif Datasonic

Seperti desas-desus sebelum ini desakan mafia korporat Victor Chin agar Datuk Abu Hanifah Noordin menyingkirkan pengerusi Datasonic Group Bhd sudah berjaya.

Datasonic Group Bhd mengumumkan perletakan jawatan Pengerusi Eksekutif, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah berkuat kuasa 12 Februari

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pembekal MyKad dan pasport elektronik itu berkata, Tengku Abu Bakar yang dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif pada 26 Julai 2023 atas alasan meletakkan jawatan untuk meneruskan minat lain.

Sehubungan itu, kumpulan turut mengumumkan pelantikan semula Timbalan Pengerusi Eksekutif, Datuk Abu Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 12 Februari 2025.

Dalam makluman berasingan, Datasonic berkata Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Ahmad Ridwan Abdullah turut meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini untuk meneruskan minat lain.

Kontroversi Datasonic Group Bhd yang dikuasai mafia korporat belum selesai. Nantikan pendedahan lebih panas selepas ini. Siapa sebenarnya pemilik Datasonic sebenar!

Back To Top