Siapa tidak kenal taikun korup DATO’ SIEW KA WEI? Taikun kontroversi skandal “Speedy Gonzales” RM99.963 million yang kecoh tahun 2019 ketika sebagai Pengerusi Tourism Malaysia yang pernah direman SPRM bersama kekasih gelapnya Ms Elizabeth Ken CEO Geeko Tech Sdn Bhd terlibat dengan kes rasuah kontrak promosi bersama Tencent Group China yang dianugerahkan sebulan sebelum PRU-18. Syarikat yang sangat pantas mendapat LOA. Mohon 4 April, LOI, kelulusan BOD dan seterusnya dan LOA 10 April 2018. Lobi projek terpantas di dunia!
KONSORTIUM BERJAYA GROUP- ANCOM NYLEX-THETA EDGE (TH)
Namun kali ini lobi projek LRT JB tidak sepantas projek “Speedy Gonzales”!. Kini DATO’ SIEW KA WEI mahu melakukan keajaiban sekali lagi. Sekalipun rekod prestasi dan kredibiliti terjejas namun beliau mencuba untuk lobi projek LRT-ART Johor Bahru.
Ancom Nylex Bhd dan Nylex Malaysia Bhd hanyalah syarikat pengeluar bahan kimia pertanian dan racun rumpai serta produk kimia namun mahu terlibat dalam syarikat industri rail apabila menjadi rakan kongsi kepada Berjaya Group bagi lobi melaksana projek membina pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) dan Autonomous Rail Rapid Transit (ART) di Johor Bahru. Kerjasama itu turut mencetuskan kontroversi apabilaTheta Edge Berhad milik Tabung Haji bekerjasama dengan syarikat dengan judi terbesar negara.
Sehingga ke hari ini tiada kenyataan media dan penjelasan kepada rakyat berhubung syarikat milik Tabung Haji institusi Islam ini tidak sama sekali syubhah dengan Berjaya Group yang kegiatannya perniagaannya salah satu ialah perjudian. Mengapa Nylex dan Theta menyembunyikan kedudukan Berjaya Group sebagai kontraktor utama projek ART bawah konsortium mereka.
DATO’ SIEW KA WEI merupakan taikun yang sangat kebal dan bayar saja boleh lepas daripada kes. Kes rasuahnya tertangguh sehingga ke hari ini sekalipun muncul semula pada tahun 2019 susulan tuntutan bayaran dibuat kepada Geeko Tech Sdn Bhd menyebabkan KSU MOTAC ketika itu Datuk Isham Ishak dipanggil SPRM
Banyak masalah dihadapi oleh Dato’ Siew Ka Wei, satu daripada syarikat senarai awamnya Nylex Malaysia Bhd merupakan syarikat berstatus PN17 dan masih terus membuat rayuan kepada Bursa Malaysia bagi mengelak syarikat itu dinyah senarai .
DATO’ SIEW KA WEI bekerja keras menyelamatkan Nylex Malaysia termasuk menggunakan Perjanjian Hasrat (HOA) dengan Sinar Bina Infra Sdn Bhd, LBS Bina Group Berhad, BTS Group Holdings Public Company Limited dan Ancom Nylex Berhad untuk kerjasama projek membina dan mengendalikan Projek LRT bagi mendapat lanjutan tempoh sehingga 26 Januari 2025 dari dinyah senarai oleh Bursa. Pada 19 Julai 2024, Pihak HOA telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh tamat tempoh HOA ke 31 Januari 2025.
Nylex (Malaysia) Berhad tiada pilihan. Selepas dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia Nylex akan diambilalih oleh Ancom Nylex Berhad sebagai syarikat persendirian. Nylex (M) tidak boleh diselamatkan lagi.
Ancom Nylex Berhad tidak mungkin mendapat projek ART Johor Bahru kerana cadangan gabungan LRT dengan ART yang menelan kos lebih tinggi berbanding projek ART sahaja. Kerajaan Johor hampir pasti memilih projek ART sahaja tanpa LRT.
Dalam tempoh terdesak ini DATO’ SIEW KA WEI pemilik syarikat media Redberry ini menggunakan malaymail sebagai alat menyerang musuh-musuh korporatnya.
Namun apa jadi? pendapatan, keuntungan syarikat berkurang, syarikat rugi dan PN17 malah dinyahsenaraikan Bursa tetapi ada hati mahu terlibat dalam projek Rel!
PENURUNAN PENDAPATAN ANCOM NYLEX BHD
Ancom Nylex Bhd melaporkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 31% untuk suku kedua berakhir 30 November 2024 (2QFY2025) kepada RM15.16 juta, berbanding RM22.12 juta pada 2023, berikutan kos pengangkutan yang tinggi dan turun naik kadar pertukaran asing yang menjejaskan margin keuntungan kasar.
Namun, penurunan itu diimbangi dengan keuntungan yang lebih tinggi dalam segmen logistik dan polimer.
Keuntungan suku tahunan yang lebih rendah menyebabkan pendapatan setiap saham menurun kepada 1.26 sen untuk 2QFY2025, berbanding 2.33 sen pada 2QFY2024.
Pendapatan untuk 2QFY2025 menurun 11% kepada RM450.71 juta, berbanding RM505.16 juta pada 2QFY2024, sebahagian besarnya disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah dari segmen kimia industri ekoran penurunan harga dan pesanan.
Tiada dividen dicadangkan atau disarankan untuk suku kewangan terkini.
Keuntungan suku tahunan yang lemah turut menyebabkan keuntungan bersih untuk separuh pertama berakhir 30 November 2024 (1HFY2025) merosot sebanyak 34% kepada RM28.37 juta, berbanding RM42.92 juta pada tahun sebelumnya.
Pendapatan turut menurun 3% kepada RM966.25 juta berbanding RM992.52 juta dalam tempoh yang sama.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ancom Nylex, Datuk Lee Cheun Wei berkata, syarikat turut menerima kesan makroekonomi pada 1HFY2025, namun kos pengangkutan kini menunjukkan penurunan dan pergerakan kadar pertukaran asing telah sedikit stabil.
“Secara berasingan, kedudukan kewangan kami semakin baik sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan penyata kewangan. Ini memberikan sokongan yang lebih kukuh kepada kami dan mungkin peluang untuk penggabungan dan pemerolehan lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, nisbah antara hutang bersih syarikat dengan ekuiti pemegang saham kumpulan meningkat kepada 0.13 kali pada hujung November 2024, berbanding 0.44 kali pada hujung Ogos 2024.
Jumlah pinjaman telah dikurangkan kepada RM248.9 juta berbanding RM360 juta dalam tempoh yang sama.
Dalam pengisytiharan berasingan dengan Bursa Malaysia, Ancom Nylex menyatakan, rangkaian bekalan kini sedang diubah suai kerana pengeluar mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko geopolitik, yang sering menyebabkan kos yang lebih tinggi.
“Konflik di Asia Barat telah menyebabkan perubahan dalam laluan perdagangan laut, sementara permintaan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan dan cuaca juga telah meningkatkan kos penghantaran, menambah masa penghantaran dan menyukarkan perjalanan.
“Faktor-faktor ini mungkin memberi kesan kepada perniagaan kumpulan untuk baki tahun kewangan berakhir 31 Mei 2025 (FY2025),” kata syarikat itu.
Bagaimanapun, syarikat berkata, ia akan terus berwaspada dalam menguruskan risiko tersebut dan terus meneroka serta mengembangkan peluang bagi perniagaan mereka.
“Kumpulan dijangka dapat mencapai prestasi yang memuaskan untuk baki tahun kewangan ini jika tiada sebarang isu besar,” tambahnya.
Saham Ancom Nylex ditutup tidak berubah pada 99.5 sen semalam, memberikan ia modal pasaran sebanyak RM1.16 bilion. Saham tersebut jatuh 7% dalam tempoh setahun yang lalu