MEXICO CITY: Kerajaan Brazil, yang mengambil alih jawatan Pengerusi BRICS pada 1 Jan, mengumumkan kemasukan Indonesia ke dalam organisasi itu sebagai anggota penuh, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik kenyataan Kementerian Luar Brazil pada Isnin.
“Sebagai sebahagian daripada tempoh jawatan Pengerusi BRICS oleh Brazil, yang bermula pada 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Disember 2025, Kerajaan Brazil pada hari ini, 6 Januari, secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS,” menurut kenyataan kementerian itu.
Untuk rekod Malaysia oktober tahun lalu diterima sebagai salah satu daripada 13 negara yang secara rasmi ditambah ke dalam BRICS sebagai negara rakan kongsi, sebuah blok yang secara kolektif menyumbang kepada satu perlima perdagangan global.
Selain Indonesia, Malaysia dan 12 negara lain yang turut disertakan ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.