Projek ART Johor Tergugat: Syarikat judi, rasuah dan bakal bankrap bayangi Konsortium Berjaya Group, Tabung Haji dan Ancom-Nylex

Isu GISB Holdings semakin panas bermula daripada isu ajaran sesat sehinggalah kepada dana pengubahan wang haram. Siasatan PDRM telah menyebab pembekuan akaun semua syarikat kawalan GISB Holdings. Yang Dipertuan Agong dan Sultan Selangor mengarahkan segera menamatkan GISBH. Isu GISBH sangat serius kerana ia perkara berkaitan akidah umat Islam, seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan.

Isu projek yang lain panas ialah isu projek Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan atau projek NIISe bernilai lebih RM1 bilion yang menjadi rebutan tiga syarikat utama iaitu HeiTech Padu Berhad, Theta Edge Berhad, dan Dagang Nexchange Berhad (DNeX). Dakwaan portal TheEdge, HeiTech Padu Berhad bakal menerima anugerah projek itu memanaskan suasana antara pesaing projek itu.

Hakikatnya sama ada HeiTech Padu, Theta Edge atau DNeX ada pihak yang untung disemua tempat. Di HeiTech Padu ada Rosetta Partners Sdn Bhd (15.9%) dikaitkan syarikat pegangan Sultan Kelantan dan MyEG Services (15.89%) dikuasai Dato’ TS Wong. Di DNeX Pengerusinya Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail yang juga pemegang saham kedua terbesar Theta Edge melalui Threadstone Capital Sdn. Bhd 13%. Bagaimanapun Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bersara sebagai Pengerusi DNeX 24 September lalu.

Lobi Projek Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan atau NiiSe

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun’s Berjaya Group pemiik REDTone Digital Berhad muncul sebagai pemegang saham penting di HeiTech Padu pada 21 Ogos, dengan kepentingan ekuiti 5.08%, dan telah meningkatkan pegangan sahamnya kepada 6.38% pada 23 Ogos.

Pada 15 Ogos lalu Berjaya Corporation Bhd yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan membeli 11.8 juta saham atau 10 peratus kepentingan dalam Theta Edge. Ini bermakna Tan Sri Vincent Tan di belakang semua syarikat. Maka jika semua syarikat dianugerahkan projek NiiSe tetap menguntungkan Vincent Tan. Jika beliau menjualnya kerana kecoh tentang HeiTech Padu beliau pasti menyusun sesuatu.

Itulah Tan Sri Vincent Tan pendengki yang akan melakukan apa sahaja kepada pesaingnya. Lihat apa beliau lakukan terhadap SPANCO milik Tan Sri Robert Tan Hua Choon yang menyebabkan Tan Sri Robert Tan Hua Choon disiasat SPRM, didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu hingga mendorong Kementerian Kewangan (MOF) menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion. Semuanya gara-gara laporan dan fitnah Tan Sri Vincent Tan.

Serangan terhadap YTL

Terbaru serangan pihak tertentu kepada YTL mengenai isu 1Bestarinet. Serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap  anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) pada 4 September lalu jelas agenda pihak tertentu untuk membangkitkan semula kisah projek 1Bestarinet yang telah lama selesai.

YTL Power International Bhd (YTL Power) dengan pantas segera menjawab  siasatan itu bahawa projek 1BestariNet teah dianugerahkan kepada YTL Comms secara tender terbuka selepas menewaskan persaingan membabitkan 19 syarikat, pada 2011 dan dipilih kerana tawarannya yang paling mematuhi teknikal dan paling kos efektif. YTL berjaya menyelesaikan projek  itu sehingga akhir tempoh kontrak pada 30 Jun 2019 oleh KPM.

Ramai percaya kes YTL  1Bestari ini akan selesai seperti sebelum ini. Ia datang bermusim atas sebab-sebab tertentu yang dimainkan oleh pihak tertentu.

Persaingan HSR

Umum mengetahui persaingan YTL dan BERJAYA bukan kisah baharu. Antaranya ialah projek pembinaan laluan kereta api laju (HSR) antara Kuala Lumpur – Singapura.

Tiga konsortium tersenarai akhir ialah YTL Construction Sdn Bhd-SIPP Rail Sdn Bhd; Berjaya Rail Sdn Bhd – Malaysian Resources Corp Bhd-IJM Construction Sdn Bhd-Keretapi Tanah Melayu Bhd (BRail-MRCB-IJM-KTMB) dan Konsortium yang diterajui oleh China Railway Construction.

Pada Julai 2023, MyHSR Corp mengumumkan pelaksanaan semula projek akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta tidak membabitkan kos daripada kerajaan.

Siapa akan dapat projek ini akan ditentukan oleh kerajaan selepas ini.

Siapa bakal dapat Projek ART di Johor Bahru?

Projek pengangkutan Bandar Johor sedang giat dilaksanakan. Sistem Rapid Transit (RTS Link) Johor Bahru – Singapura  akan beroperasi menjelang 2027 dan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang ketara di Tambak Johor. Bagi mengoptimumkan perkhidmatan RTS Link, Kerajaan Negeri bakal melaksanakan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) di bandar raya Johor Bahru.

Sistem Rapid Transit (RTS Link) Johor Bahru – Singapura 

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor telah menjalankan kajian yang telus dan komprehensif dan menentukan bahawa penyelesaian yang paling sesuai untuk rangkaian pengangkutan Johor ialah Sistem Automated Rapid Transit (ART).

Ia sejajar dengan cadangan MRT Corp bersama agensi-agensi kerajaan berkaitan dari IRDA dan Kementerian Pengangkutan dalam bengkel “Bengkel Kumpulan Fokus: Penetapan Hala Tuju Cadangan Pengangkutan Awam Darat di Wilayah Iskandar” yang mengesahkan cadangan untuk melaksanakan sistem ART di Johor kerana ia merupakan penyelesaian teknikal terbaik dan kos paling efektif.

Pengumuman YB Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor Mei lalu mengesahkan Sistem Automated Rapid Transit (ART) bertingkat dirancang untuk Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak keseluruhan melebihi 50 kilometer (km) bernilai hampir RM7 bilion.

“Kami memilih sistem ART bertingkat kerana ia boleh disiapkan dengan lebih cepat berbanding Light Rail Transit (LRT). Kami mahu ia beroperasi serentak dengan Rapid Transit System Link (RTS Link) yang dijadualkan bermula pada Januari 2027.

“Sistem ART ini akan mempunyai tiga laluan, iaitu laluan Iskandar Puteri sepanjang 14.78 km, laluan Skudai (18.8 km), dan laluan Tebrau (14 km). Kajian sedang dijalankan dan dijangka siap pada Ogos tahun ini sebelum dibentangkan kepada Kabinet,” katanya

Konsortium YTL vs Berjaya Group

Gambar A: YTL atau syarikat judi Berjaya JV Tabung Haji

Dilaporkan dua konsortium akhir disenarai pendek iaitu konsortium YTL Power -SIPP Sdn Bhd dan Konsortium Berjaya Group – Ancom-Nylex (M) Bhd – Theta Edge Bhd milik Tabung Haji

Konsortium YTL mencadangkan sistem ART (Automated Rapid Transit) secara bertingkat sepenuhnya untuk laluan sepanjang 50km.

Manakala konsortium Berjaya pada asalnya mencadangkan sistem LRT sepenuhnya terpaksa membuat gabungan LRT (40km)dan  ART (10km) selepas kajian dan pilihan kerajaan mahu ART dilaksanakan.

LRT gagal, kos lebih tinggi dan tidak sesuai di Johor Bahru

Sejak akhir-akhir ini terdapat usaha dari Konsortium Berjaya Group untuk mencipta persepsi betapa buruknya sistem ART berbanding LRT. Menggunakan isu ART Hidrogen Foshan China digantung kerana  kos yang sangat tinggi, membandingkan isu dengan Sarawak serta negara-negara yang melaksana masalah dan kononnya ART tidak sesuai di Johor Bahru.

Namun selepas kerajaan memutuskan ART dilaksana secara bertingkat tidak berkongsi dengan laluan lain Konsortium Berjaya terpaksa menambah cadangan untuk melaksana 40km LRT dan 10km ART. Tentulah kos trek LRT lebih tinggi berbanding ART Elektrik tetapi kerana terpaksa mengikut cadangan kerajaan, Konsortium Berjaya terpaksa menyesuaikan diri mengubah kertas cadangannya kepada ART.

Ini menunjukkan Konsortium YTL benar mengenai ART. Mengapa ART?

ART adalah sistem yang terbukti dan telah dilaksanakan secara global, digunakan di bandar-bandar di seluruh dunia, membuktikan kebolehpercayaan dan keupayaannya menyesuaikan diri. Contohnya di China, Turki, Abu Dhabi, Mexico, Indonesia

ART DI MALAYSIA – Johor bahru, Kuching Sarawak dan Putrajaya

ART juga telah dilaksanakan di Kuching, Sarawak (Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dengan Kejayaan Bukti Konsep (POC) dilakukan di Johor (2021) dan Putrajaya (2024)

Memandangkan ART menggunakan sistem isyarat canggih – infrastruktur yang dibina boleh dikongsi dengan kenderaan lain pada masa hadapan, seterusnya boleh mengurangkan kesesakan selain tidak memerlukan laluan yang khusus.

Di Johor Bahru fleksibiliti untuk penyelesaian berperingkat adalah penting kerana ia membolehkan penyampaian lebih cepat dan pengurangan trafik di JB Sentral selaras dengan penyempurnaan RTS yang sedang dibina.

MENGAPA TABUNG HAJI BERGABUNG SYARIKAT JUDI BERJAYA GROUP?

Menjadi satu persoalan besar mengapa Tabung Haji milik orang Islam yang juga pemilik Theta Edge Bhd bekerjasama dengan syarikat judi Berjaya Group? Penglibatan Tabung Haji dengan syarikat judi pasti mencetuskan rasa gusar kepada orang Islam dan menjejaskan nama naik Kerajaan Madani.

Bukan saja projek ART Johor tapi pada 15 Ogos lalu Berjaya Corporation Bhd yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan membeli 11.8 juta saham atau 10 peratus kepentingan dalam Theta Edge kerana melobi projek NiiSe Jabatan Imigresen Malaysia. Ini menunjukkan hubungan Berjaya Group dengan Theta Edge Tabung Haji yang akrab sehingga membentuk konsortium bersama dalam Projek ART Johor Baharu. Siapa pegawai Tabung Haji dan Theta Edge yang rapat bekerjasama dengan Berjaya Group ini?

Konsortium Berjaya Group – Ancom-Nylex (M) Bhd – Theta Edge Bhd hanya peralatkan Tabung Haji

Tan Sri Vincent Tan jelas menjual nama Tabung Haji –Theta Edge syarikat GLC milik kerajaan untuk mendapatkan projek LRT-ART bawah konsortium Berjaya.

Berjaya Group sekalipun mewujudkan Berjaya Rail Sdn Bhd mereka tetap syarikat yang tidak berpengalaman dan tidak layak kerana mempunyai rekod prestasi buruk dalam bidang rel. Kini Berjaya melantik Farizul Hazli Baharon bekas Pengurus Perundangan SPAD sebagai CEO Berjaya Rail Sdn Bhd. Penglibatan Berjaya dalam Monorel KL pada awal 2000-an juga berakhir dengan kegagalan. Buktinya Monorel KL mengalami kerugian besar dan tidak dapat mengekalkan kestabilan kewangan – Monorel KL terpaksa diambil alih oleh Prasarana hanya 4 tahun selepas ia memulakan operasi.

Pada tahun 1998 WJS Kerajaan Malaysia cuba bailout syarikat Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dari Kumpulan Berjaya, KL PRT Sdn. Bhd menerima pinjaman konsesi sebanyak 300 juta ringgit ($75.8 juta) daripada kerajaan untuk meneruskan projek monorel. Bukan itu sahaja kerajaan memberi dana tambahan bernilai 2.2 bilion. Kini Prasarana terus menerima beban kewangan menyelenggara KL Monorel yang tidak menguntungkan.

Jadi bagaimana Berjaya Rail Sdn Bhd yang hanya ada 1 kakitangan iaitu CEOnya Farizul Hazli Baharon untuk membangunkan dan kemudian mengendalikan perkhidmatan rel sekali lagi di negara ini?

Berjaya Group hanya terlibat dalam pembangunan hartanah, pemasaran pengguna, perjudian & gaming business. Satu pertiga daripada pendapatan Kumpulan Berjaya berasal daripada aktiviti perjudian ini. Berjaya telah melobi kerajaan untuk lesen pertaruhan sukan selama 10 tahun yang lalu namun masih gagal buat masa ini.

Rangkaian pengangkutan Johor memerlukan pihak yang berkemampuan, mempunyai rekod prestasi dan kekuatan kewangan untuk melaksanakan projek sebegini. Berjaya Group terbukti hanya menyedut wang kerajaan berbilion ringgit. Berjaya Group tidak pernah berjaya dalam industri rail.

Kemudian dua lagi syarikat bawah konsortium Berjaya iaitu Ancom Nylex Bhd dan Nylex Malaysia Bhd hanyalah syarikat pengeluar bahan kimia pertanian dan racun rumpai serta produk kimia lain bukan syarikat industri rail. Pengerusi Ancom Nylex Bhd dan Nylex Malaysia Bhd ialah DATO’ SIEW KA WEI. Beliau juga pemegang saham terbesar kedua-dua syarikat ini. Siapa tidak kenal Dato’Siew Ka wei?

Selain Pengerusi Ancom DATO’ SIEW KA WEI merupakan bekas Tourism Malaysia yang pernah direman SPRM kerana skandal “Speedy Gonzales” RM99.963 million yang kecoh tahun 2019. Kes tidak pernah selesai hingga kini.

DATO’ SIEW KA WEI dan kekasihnya direman SPRM

Nylex Malaysia Bhd adalah syarikat berstatus PN17 dan masih terus membuat rayuan kepada Bursa Malaysia bagi mengelak syarikat itu dinyah senarai . Jelas syarikat ini tidak punya wang dan bermasalah kewangan.

Adalah sangat jelas syarikat yang dikuasai oleh DATO’ SIEW KA WEI ini sangat tidak berintegriti dan bermasalah. Tiada rekod prestasi dan kredibiliti untuk mengambil bahagian dalam infrastruktur rel dan pengangkutan.

Bagaimana Tabung Haji dan syarikat miliknya Theta Edge Bhd bekerjasama dengan Berjaya Group dan Ancom Group milik Dato’ Siew Ka Wei perasuah ini? Bukan saja tidak berintegriti, kurang pengalaman industri rail tetapi mempunyai pengurusan kewangan yang buruk. Bagaimana mereka mampu menguruskan sistem pengangkutan Bandar Johor?

Bagaimana dengan Theta Edge Bhd milik Tabung Haji? Theta Edge juga berhadapan dengan pelbagai masalah gagal menguruskan projek. Theta Edge Bhd telah menerima notis penamatan kontrak daripada Institut Jantung Negara Sdn Bhd, bertarikh 17 Mac 2023 kerana kegagalan menyediakan perkhidmatan pengurusan data dan teknologi oleh anak syarikatnya Theta Technologies Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak pada 25 Februari 2021.

Kontrak itu adalah untuk membekalkan, menjalankan kajian keperluan, reka bentuk, pembangunan/penyesuaian, konfigurasi, integrasi, migrasi data, pemasangan, ujian, latihan, sokongan, dan penyelenggaraan sistem maklumat hospital serta rekod perubatan elektronik.

Jika membekal projek ICT yang bidang Theta Edge pun gagal laksana bayangkan Theta Edge tiada rekod prestasi dalam sistem pengangkutan rel.

Cukuplah Tan Sri Vincent Tan memperalatkan Tabung Haji dan syarikatnya. Kerajaan mesti bertegas bagi mengelak syarikat GLC melingkup sebagaimana anak syarikat TH sebelum ini iaitu TH Heavy Engineering Bhd menghadapi salah urus korporat menyebabkan TH Heavy Engineering diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM 300 juta. . Begitu juga kegagalan TH Heavy Engineering menghantar kapal kepada kerajaan bernilai RM750 juta pada tahun 2022

Maka apa perlunya Berjaya Group mengetuai konsortium Projek LRT- ART Pengangkutan Bandar Johor Bahru bersama Ancom-Nylex dan Theta Edge Tabung Haji jika semua syarikat ini bermasalah termasuk syarikat milik Berjaya Group, Berjaya Rail Sdn Bhd yang baharu ditubuhkan.

Kerajaan digesa tidak memilih Konsortium Berjaya Group yang bermuka-muka dan terbukti gagal dalam industri rail. Jika kumpulan YTL yang berpengalaman dan punya sumber kewangan dalam industri rail boleh melaksanakannya mengapa tidak memberikan kepada Konsortium YTL ? Apa perlunya kerajaan memilih Syarikat judi Berjaya Group dengan Theta Edge Tabung Haji yang akan menjejaskan nama baik Kerajaan Madani. Tidak wajar syarikat TH bekerjasama bersubahat denga syarikat judi!

Isu GISBH saja sudah mengundang marah orang Islam, bayangkan Tabung Haji menjadi rakan niaga syarikat judi nombor ekor terbesar negara.

Back To Top