Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikecam kerana tidak mengutamakan rakyat Kedah yang menerima musibah itu yang sedang menghadapi ujian banjir, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari.
Setakat ini jumlah mangsa banjir di Kedah melebihi 9000 orang setakat hari ini dan rakyat menunggu pelan mitigasi banjir oleh kerajaan negeri bagi membantu gerak kerja agensi sedia ada di peringkat Persekutuan.
Menurutnya, tidak menjadi satu keperluan yang mendesak buat masa ini bagi Muhammad Sanusi menyertai lawatan kerja untuk mempelajari model berkenaan projek yang akan dibina sepenuhnya Kerajaan Persekutuan.
“Saya merujuk kepada satu kenyataan terkait keberadaan Menteri Besar Kedah di Jepun untuk mempelajari pengurusan operasi takungan air bawah tanah.
“Bagaimanapun, Projek Pembinaan Empangan Bawah Tanah di Pulau Langkawi adalah projek penuh Kerajaan Persekutuan melalui Bahagian Bekalan Air (BBA) sebagai pelaksana.
“Penilaian teknikal juga akan diuruskan oleh agensi ini yang kini sudah pun di peringkat prapelaksanaan. Beliau juga janganlah bertindak lebih sudu dari kuah, tatkala belum ada lawatan seperti ini oleh Menteri di Persekutuan walaupun beban pelaksanaan projek ini adalah di bahunya,” katanya.
PM Anwar di Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turun padang meninjau tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Alor Setar, Kedah.
Beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah melibatkan sumbangan, pembersihan serta baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir.
Tahun 2014 ketika Najib Razak Perdana Menteri pembangkang memainkan isu lawatan Najib bertemu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kononnya tidak prihatin rakyat. Namun Najib Razak segera balik ke tanah air membantu rakyatnya.
Dilaporkan MB Kedah Sanusi ke Jepun juga membawa isteri keduanya untuk terus berbulan madu sambil bekerja di Jepun.