Bekas Pengerusi Tourism Malaysia, Dato’ Siew Ka Wei direman selama empat hari bagi membantu siasatan salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta.
Turut direman, seorang wanita iaitu ketua pegawai eksekutif GEEKO bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.
Majistret Irza Zulaika Rohanuddin membenarkan kedua-dua individu tersebut direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 12 Jan ini.
Siapakah mereka?
Dato’ Siew Ka Wei
Bekas Pengerusi Tourism Malaysia, Pengerusi Redberry Media Group dan Ancom Bhd
Ms Elizabeth Ken
CEO Geeko Tech Sdn Bhd
Speedy Gonzalez!
Pernah dengar pendedahan Wee Choo Keong bekas pengerusi Tourism Malaysia sekitar Mei hingga Jun 2018? Ia sebuah kontrak promosi bersama Tencent Group China bagi projek Pelancongan Pintar dibuat tanpa menepati peraturan perolehan Kementerian Pelancongan.
Apakah tujuan penangkapan bekas Pengerusi Tourism Malaysia dan Geeko Tech Sdn Bhd ini mahu mengheret Dato’ Seri Nazri Aziz bekas Menteri Pelancongan? Dari segi teknikal dan proses mungkin dari sudut dokumentasi Menteri Pelancongan mungkin selamat. Apapun sama-sama lihat strategi PH.
Kronologi Kes Tourism Malaysia dan Geeko Tech Sdn Bhd
3-4-2018 – Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian & Rundingan Harga (JKPTRH) proposal Geeko Tech Sdn Bhd melalui platform Tencent Group dengan kos RM99,693,000.00. JKPTRH panjangkan kepada Lembaga Perolehan “A” Kementerian untuk buat keputusan.
4-4-2018 – YB Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan bersama dengan Pengerusi Tourism Datuk Siew Ka Wei melancarkan projek Digital Marketing ke China di Istana Hotel.
Pada tarikh yang sama TM memberikan Letter of Intent kepada Geeko Tech Sdn Bhd ditandatangani oleh Datuk Mirza Mohamad Taiyap, Ketua Pengarah Tourism Malaysia RM99.693 juta selama 2 tahun.
4-4-2018– Letter of Acceptance dari Geeko ditandatagani CEO Ms Elizabeth Ken
Hari yang sama 4-4-2018 , GEEKO membalas surat LOI TM “We are delighted to accept the offer and agree to the content of the letter of intent.”
Bukan sahaja alamat syarikat Geeko di rumah kediaman malah saham Ms Elizabeth Zen Tzu Ying dalam Geeko hanyalah 1 saham sahaja. Menjadikan Geeko relevan Koperasi Kakitangan Kemeterian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia Berhad dipaksa membeli 10,000 saham.
4-4-2018 – Mesyuarat Lembaga Perolehan “A” di Kementerian Pelancongan
Perkara 1:3 Minit Lembaga Perolehan “A” jelas “…setiap perolehan yang akan dibincangkan di dalam LPA ini mesti mempunyai peruntukan yang mencukupi. Sekiranya tiada peruntukan, mesyuarat ini tidak boleh diadakan, sebagaimana dinyatakan dalam SOP Tempahan Terus Media LLPM 2018”.
4.4.2018 – Memo Bahagian Pentadbiran TM memberi peringatan tentang keputusan Lembaga Perolehan A Kempen Periklanan Digital bagi Pasaran China menggunakan Platform Tencent.
4-4-2018 – Memo Bahagian Pentadbiran Tourism Malaysia- Peringatan mengenai syarat pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) projek. 5 Perkara perlu diambil maklum.
Penyediaan dokumen kontrak GEEKO
Lebih luar biasa pada tarikh yang sama Puan Nor Razifah Siarap (Adik beradik Datuk Kamarudin Siaraf) dapat menyiapkan dokumen perjanjian syarikat Geeko dalam beberapa jam untuk disiapkan pada tarikh 4 April 2018. Sangat pantas…..
Geeko dapat kontrak 4 April 2018 tetapi dokumen Sijil berdaftar dengan Kementerian Kewangan adalah 6 April 2018. Kawtim yang luar biasa!
Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat di MOF ialah pada 6 April 2018 tetapi Geeko dapat
LOA projek Kementerian Pelancongan ialah 4 April 2018. Hebat tak?
Bukan itu sahaja di bawah Tata Peroalehan Perkhidmatan Penyiaran Pengiklanan Melalui Media Cetak dan Media Elektronik agensi TM melanggar peraturan atau Pekeliling dari MOF. Kuasa pelantikan secara Rundingan Terus adalah kuasa MOF.
6-4-2018 – Datuk Najib PM ketika itu menggumumkan pembubaran parlimen
10-4-2018 – Letter of Appointment (LOA) dari TM kepada Geeko. Hanya 6 hari. Geeko juga menerimanya pada hari yang sama.
25-4-2018 – GEEKO mengemukakan Sijil Perakuan Siap untuk membuat tuntutan RM11,693.160.00 “Work Completion Certificate” ditandatangani oleh Ms Elizabeth Ken Tzu Ying.
27-4-2018 – Datuk Seri Khani Daud, Timbalan KP TM meluluskan bayaran RM11,693.160.00 Invoice NO: 002/2018.
Jadi tangkapan SPRM itu adalah berasaskan kerana kontrak Geeko ini adalah tercepat dalam sejarah Malaysia. Kontrak digelar “Speedy Gonzales” RM99.963 million dalam masa 6 hari. Dan penghujung bulan untuk tuntutan kewangan.
Jika ada sesiapa beranggapan ia mengheret untuk Nazri Aziz ia jawapan pro dan kontra kerana Menteri mempunyai kuasa di bawah Akta Kontrak 1949 menandatangi kontrak atau menurunkan kuasanya kepada KSU atau pegawai di kementeriannya. Tengok apa ‘game’ SPRM untuk bermain Seksyen 23 Akta SPRM atau Dato’ DR Siew Ka Wei dan Elizabeth Tan pula menjadi saksi untuk memperakukan sejumlah wang telah diberi….