Siapa tauke balak belikan jam mewah Rolex Yacht-Master kepada isteri Pengarah Perhutanan Kelantan?

Kecoh baru-baru ini di Kelantan dakwaan seorang taukeh balak menghadiahkan jam mewah kepada Dato’ Mohd Rahim bin Ramli Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan  dan isterinya Datin Rohaina binti Mat Nawi bernilai hampir RM200 ribu.

Menurut sumber Datin Rohaina binti Mat Nawi seorang penjawat awam  yang bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Putrjaya sering bergaya mewah di majlis-majlis rasmi kerajaan dengan barang hiasan mewah.

Persoalannya berapa pendapatan seorang Ketua Penolong Pengarah walaupun suaminya seorang Pengarah Negeri tetap tidak sepadan dengan pendapatan mereka dengan menggayakan jam Rolex Yacht-Master 42 Yellow Gold.

Datin Rohaina binti Mat Nawi bergaya

Rolex Yacht-Master 42, ialah jam tangan mewah dengan sarung Oyster berdiameter 42 mm daripada emas kuning, dipadankan dengan dail, bezel dan tali berwarna hitam. Gabungan emas kuning dan hitam memberikan penampilan elegan serta sporty.

Dalam siri gambar yang tular beliau tidak segan silu menggunakan jam mewah itu.

Rolex Yacht Master harga tertakluk kepada pasaran – Hampir RM200 ribu
Ruhaina yang aktif dalam kategori Puspanita Jabatan Perhutanan

SPRM digesa menyiasat Pengarah Perhutanan Kelantan, Dato’ Mohd Rahim bin Ramli, serta isterinya, Datin Rohaina binti Mat Nawi, bagi meneliti sama ada pemilikan aset dan perbelanjaan pasangan itu sepadan dengan sumber pendapatan sah mereka. Penelitian tersebut perlu merangkumi sumber pembiayaan sebarang barangan mewah yang didakwa dimiliki, termasuk jam tangan Rolex, serta kemungkinan wujudnya pemberian hadiah yang berkaitan dengan urusan rasmi jabatan. Dakwaan berkenaan belum disahkan dan pasangan itu perlu diberikan ruang untuk menjelaskan perkara tersebut.

Siapakah taikun balak melindungi Pengarah dan isterinya? Menurut laporan taukeh balak yang dikaitkan dengan Pengarah Perhutanan Pahang ialah taukeh balak cina dari Segamat Johor bernama Pang Yoke Choy pemilik syarikat KP Black Wood Enterprise. Beliau dilaporkan menjadi pembiaya utama kepada Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan.

Menurut sumber juga kecoh dikalangan taukeh-taukeh balak melobi Dato’ Mohd Rahim bin Ramli sebagai Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang. Nampaknya beliau mahu taukeh-taukeh cina merembat balak di Pahang pula.

Diharap Kerajaan Negeri Pahang menolak bakal calon Pengarah Perhutanan Pahang seperti ini.

Back To Top