Rombakan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menutup persoalan mengenai pengaruh kelompok kepimpinan lama. Ketika beberapa pegawai dilaporkan bertukar penempatan, perhatian terus tertumpu kepada Datuk Yuhafiz Mohd Salleh dan Datuk Norhaizam Muhammad @ Buyau, dua pegawai yang kedudukannya dibangkitkan dalam laporan mengenai dakwaan “mafia korporat”.
Datuk Yuhafiz Mohd Salleh masih bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi), Bahagian Siasatan SPRM manakala Datuk Norhaizam Muhammad @ Buyau masih bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM.
Portal Malaysia Corporate sebelum ini menggesa kepimpinan baharu menilai semula kedudukan pegawai yang dicop sebagai “budak Azam Baki” termasuk Yuhafiz dan Buyau yang menjadi alat Azam Baki dalam pengurusan kes, tanggungjawab penyeliaan dan konflik kepentingan melibatkan mafia korporat.
Persoalannya, adakah rombakan benar-benar mengubah cara kuasa siasatan dikawal, atau sekadar menukar kedudukan dalam carta organisasi?
Rombakan SPRM buang pengaruh Azam Baki – Selamatkan SPRM
Datuk Seri Abdul Halim Aman memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 13 Mei 2026, menggantikan Tan Sri Azam Baki. Peralihan kepimpinan itu membuka ruang untuk pemeriksaan menyeluruh terhadap tadbir urus dan pengendalian aduan dalaman.
Pada 8 Jun, Malaysia Corporate melaporkan pertukaran Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin daripada jawatan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
Pada 6 Julai, Malaysian Corporate melaporkan pemindahan Wong Yun Fui ke Akademi Pencegahan Rasuah (MACA)

Bagaimanapun kedudukan Buyau dalam Bahagian Pengubahan Wang Haram serta Yuhafiz dalam Bahagian Siasatan masih tidak berubah menyebabkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menggunakan dua budaknya dalam siasatan kes berprofil tinggi untuk menyambung misi tertangguh termasuk melindungi mafia korporat.

Pertukaran Datuk Zamri, Wong Yun Fui dan beberapa budak Azam Baki ke negeri-negeri belum menjawab nasib aduan terhadap pengendalian kes kerana Yuhafiz dan Buyau masih menjalakan peranan strategik dalam struktur siasatan serta operasi.Mereka menjadi pelapor kepada Azam Baki di belakang tabir mengenai kes-kes yang disiasat SPRM.
Datuk Seri Abdul Halim digesa merombak kedudukan Yuhafiz dan Buyau. Buyau antara Pengarah AMLA paling gagal dalam SPRM sejak dilantik.
Mafia korporat terlibat dalam Kes keluarga taikun Tan Sri Ta Kin Yan: Ugut dan rampas saham
Pertikaian keluarga mendiang Tan Sri Ta Kin Yan membangkitkan persoalan serius tentang dakwaan tekanan ketika tahanan dan pemindahan saham syarikat.
Pada 2 Oktober 2026, Malaysiakini melaporkan bahawa Kelvin Ta Jin Wei dan Cheryl Ta Jia Ern membuat laporan polis berhubung pengendalian penahanan abang mereka, Ta Jin Kiat, serta pemindahan saham dalam 11 syarikat.
Cheryl Ta Jia Ern, adik kepada Ta Jin Kiat, menamakan Wong Yun Fui sebagai pegawai SPRM yang dirujuk sebagai “Tuan Wong”. Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh abangnya serta dokumen yang dirujuk dalam aduan, Cheryl mendakwa Tuan Wong membawa dua adik-beradik tiri Ta Jin Kiat, Ta Wee Dher dan Ta Shun Dher, masuk ke bilik ketika abangnya berada dalam tahanan SPRM pada Mac 2025. Menurut aduan tersebut, Ta Jin Kiat didakwa ditekan untuk menandatangani dokumen pindah milik saham tanpa akses kepada peguamnya sendiri. Cheryl turut mempersoalkan tindakan susulan terhadap laporan polis abangnya yang menamakan Tuan Wong.
Mereka menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan unsur “mafia korporat” kerana penglibatan Wong Yun Fui dalam kes
Aduan sama turut menamakan peguam Datuk Chong Loong Men sebagai individu yang hadir dalam pertemuan makan tengah hari pada 14 Mac 2025, selepas Ta Jin Kiat dibebaskan. Cheryl mendakwa Ta Wee Dher dan Ta Shun Dher meminta abangnya melantik Chong sebagai peguam supaya borang pindah milik saham dapat ditandatangani semula dengan Chong sebagai saksi. Bagaimanapun, menurut aduan itu, Ta Jin Kiat tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut dan tidak pernah menandatangani borang pindah milik saham di hadapan Chong kerana beliau sudah mempunyai peguam sendiri..
Laporan itu turut merujuk kenyataan SPRM bahawa waran tangkap terhadap Ta Jin Kiat dikeluarkan selepas usaha mengesannya gagal. Anak-anak daripada keluarga isteri pertama mendiang Tan Sri Ta Kin Yan mempersoalkan keadaan yang membawa kepada tindakan tersebut.
Dalam laporan pada 3 Oktober, The Corporate Secret memperincikan aduan Cheryl yang meminta Wong Yun Fui dan beberapa pegawai lain disiasat. Menurut aduan yang dipetik, Ta Jin Kiat didakwa ditekan untuk menandatangani dokumen pindah milik saham ketika direman pada Mac 2025.

Aduan itu turut mempersoalkan akses dua adik tirinya ketika penahanan serta keadaan tandatangan diperoleh. Siapa membenarkan dokumen dibawa masuk? Siapa meluluskan pertemuan? Apakah perlindungan yang diberikan bagi memastikan tandatangan dibuat secara bebas?
Rekod tahanan, lawatan dan dokumen berkaitan perlu diperiksa oleh pihak yang tidak mempunyai konflik kepentingan.
Semua ini kerana penglibatan Wong Yun Fui, peguam mafia korporat Chong Loong Men dan kini siasatan itu disambung oleh Datuk Yuhafiz. Berapa Ta We Dher dan Chong Loong Men bayar kepada Datuk Yuhafiz?
Penafian mafia korporat SPRM dan status laporan polis terhadap Wong Yun Fui
Ketika Tan Sri Azam Baki menerajui SPRM, suruhanjaya itu berulang kali menolak dakwaan penglibatan pegawainya dalam rangkaian “mafia korporat”. Namun, penafian tersebut tidak menamatkan persoalan mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa penguatkuasaan untuk menekan pemilik syarikat dan memudahkan pengambilalihan perniagaan. Laporan mengenai rangkaian yang didakwa membabitkan Victor Chin Boon Long serta beberapa individu lain menjadikan tuntutan terhadap siasatan bebas semakin mendesak.
Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri kemudian memaklumkan bahawa tiada pegawai SPRM dikenal pasti dalam kalangan saksi yang dipanggil membantu siasatan Op Viking. Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 28 Oktober 2026, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa polis telah merakam keterangan 70 individu setakat 25 September. RM470 juta dibekukan.

Kenyataan itu bukan keputusan muktamad yang membersihkan semua pegawai SPRM daripada keseluruhan dakwaan “mafia korporat”. Op Viking masih diteruskan. Persoalannya, sejauh manakah siasatan tersebut turut meneliti dakwaan salah guna kuasa oleh pegawai penguat kuasa, selain kegiatan kewangan pihak korporat?
Dakwaan terdahulu yang menamakan Wong Yun Fui, termasuk dakwaan permintaan rasuah RM1.7 juta yang dilaporkan media menuntut penjelasan mengenai tindakan susulan pihak berkuasa. Apakah status laporan polis yang dirujuk dalam pendedahan tersebut? Adakah pengadu dan individu yang dinamakan telah dipanggil memberikan keterangan? Dakwaan itu tidak pernah dibuktikan kerana tiada satupun tindakan diambil terhadap Wong Yun Fui. Ini termasuk aduan dalam kes rampasan syarikat Revenue Group, Mjets-MMAG dan GIIB Holdings Bhd.

SPRM sejak zaman Azam Baki tahun 2023 sudah menafikan penglibatan pegawai mafia korporat namun aduan mengenai Wong Yun Fui tidak pernah diambil.

Sekali lagi tahun 2026 Wong Yun Fui sebagaimana didedah terlibat dalam perebutan harta mendiang taikun Tan Sri Ta Kin Yan. Namun Wong Yun Fui tetap kebal.
Mafia korporat dan Saham Azam Baki: Pasukan petugas mesti menjawab aduan utama
Pada 20 Oktober, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pasukan petugas pelbagai agensi yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, bagi menyiasat dakwaan jenayah korporat.
Pasukan itu melibatkan SPRM, PDRM, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan LHDN. Anwar meminta laporan lengkap disiapkan dalam tempoh tiga bulan serta didedahkan kepada umum, sambil menegaskan bahawa tiada individu akan dilindungi. Namun sejak februari hingga kini tiada perkembangan terhadap saham Azam Baki yang diberi oleh mafia korporat.

dan kes dadah
Pada 2 November, beberapa Ahli Parlimen mempersoalkan kebebasan dan ketelusan siasatan. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, mengulangi gesaan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, manakala Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, meminta penjelasan tentang perbezaan terma rujukan jawatankuasa terdahulu dengan pasukan yang diumumkan pada Oktober serta dapatan terdahulu yang belum didedahkan.
Kerajaan perlu menjawab persoalan itu dengan menerangkan skop siasatan, langkah menangani konflik kepentingan dan hasil pemeriksaan terhadap aduan utama.
Penafian berulang sahaja tidak memadai untuk memulihkan keyakinan awam.
Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men: Dalang mafia korporat rampas syarikat senarai awam di Malaysia
Dalam pendedahan mengenai dakwaan “mafia korporat”, perhatian sering tertumpu kepada Victor Chin Boon Long. Namun, penelitian tidak sepatutnya berhenti pada satu nama. Datuk Chong Loong Men, seorang peguam dan tokoh korporat yang turut disebut dalam laporan Bloomberg, juga wajar berdepan penelitian terhadap peranannya dalam pertikaian kawalan syarikat. The Edge melaporkan bahawa beliau merupakan bekas pegawai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.
Rekod pengumuman korporat menyatakan Chong menyertai Jabatan Peguam Negara pada 2006 sebelum menjadi pegawai pendakwa di SC pada 2007. Pada 2011, beliau beralih kepada amalan guaman swasta dan menjadi rakan kongsi firma Lim, Chong, Phang & Amy, sebelum kemudiannya menjadi rakan kongsi Chong + Kheng Hoe. Latar belakang ini menunjukkan pengalaman beliau dalam pendakwaan dan penguatkuasaan pasaran modal—pengalaman yang menjadikan persoalan mengenai peranannya dalam pertikaian korporat semakin penting untuk diperiksa.

Antara dakwaan paling serius muncul dalam pertikaian Revenue Group. Menurut laporan The Edge pada 21 April 2026, laporan polis Brian Ng Shih Chiow yang dibacakan di Mahkamah Sesyen menamakan Chong dan Francis Leong Seng Wui dalam pertemuan pada 4 Februari 2023 di The Social, Publika. Brian mendakwa kedua-duanya menawarkan untuk menghentikan siasatan SPRM terhadap beliau dan adiknya sekiranya syarat penyelesaian pertikaian pegangan saham dipersetujui. Beliau turut mendakwa mereka boleh mengatur pemulangan telefon bimbit yang dirampas SPRM. Ini ialah dakwaan dalam laporan polis yang dibangkitkan di mahkamah.
Dakwaan bahawa siasatan SPRM boleh dijadikan sebahagian daripada tawar-menawar korporat amat serius. Ia menuntut pemeriksaan terhadap komunikasi, pertemuan dan hubungan pihak berkepentingan dengan pegawai penguat kuasa.


Dakwaan bahawa pihak persendirian boleh menawarkan penghentian siasatan penguat kuasa tidak boleh dibiarkan tanpa jawapan. Pihak berkuasa perlu menentukan sama ada tawaran itu benar-benar dibuat, apakah asasnya dan sama ada terdapat komunikasi dengan pegawai penguat kuasa. Chong, melalui peguamnya, telah menafikan penglibatan dalam “mafia korporat” serta dakwaan salah laku. Penafian itu perlu direkodkan, tetapi persoalan yang dibangkitkan pengadu tetap memerlukan pemeriksaan bukti secara bebas.
Dalam NexG Berhad pula, penglibatan Chong mempunyai rekod korporat yang jelas. Beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada 18 November 2025 dan meletakkan jawatan berkuat kuasa 8 Mac 2026, ketika syarikat itu berdepan pertikaian lembaga pengarah. Kedudukan tersebut menunjukkan beliau pernah terlibat secara langsung dalam kepimpinan NexG di bawah kawalan Datuk Seri Farhash dan Mr R Sandraruben. Chong Loong Men mengawal ramai pihak selain Victor Chin Boon Long

Pengalaman Chong di SC dan Jabatan Peguam Negara bukan bukti bahawa beliau mampu menentukan keputusan pendakwaan. Sebaliknya, dakwaan mengenai tawaran menghentikan siasatan memberikan alasan kukuh untuk pihak berkuasa menjelaskan apa yang telah diperiksa dan apakah hasilnya. Siasatan “mafia korporat” akan terus dipersoalkan jika dakwaan khusus terhadap individu yang dinamakan hanya dijawab dengan penafian umum. Nama Chong mesti diteliti berdasarkan bukti, dan dapatan terhadap dakwaan tersebut perlu dijelaskan kepada masyarakat.
Dalam konteks inilah, laporan berasingan yang menamakan peguam Datuk Chong Loong Men perlu diteliti berhubung dakwaan bahawa siasatan penguatkuasaan digunakan sebagai tekanan dalam pertikaian korporat.
Sebelum ini sudah banyak profil Chong Long Men terdedah di media sosial. Mengapa Chong Loong Men sentiasa terselamat daripada Suruhanjaya Sekuriti? Kerana sebelum ini beliau mengawal SC melalui skandalnya.



Cubaan rampas GIIB Holding Bhd
Datuk Chong Loong Men turut disebut dalam kontroversi GIIB Holdings Berhad pada Jun 2023 susulan laporan polis oleh pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Tai Booi Wee, yang mendakwa menerima tekanan supaya melantik pengarah baharu. Menurut laporan media bertarikh 16 Jun 2023 yang memetik laporan polis berkenaan, Tai mendakwa Datuk Seri Lim Kok Han menunjukkan pistol ketika pertemuan di Publika pada 6 Jun.

Dalam pertemuan berasingan di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 14 Jun yang turut dihadiri Chong, Lim didakwa menampar dan mengugut Tai berhubung pelantikan lembaga pengarah. Chong pula disebut menahan Tai daripada meneruskan pergaduhan. Laporan media sama, yang memetik sumber rapat PDRM, menyatakan Lim ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan peras ugut menggunakan pistol. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak menyertakan keputusan siasatan atau penghakiman yang mengesahkan dakwaan berkenaan.
Azam Baki, Yuhafiz dan Datuk Buyau bertemu di luar negara
Menurut sumber Yuhafiz dan Buyau bertemu Azam Baki di luar negara pada Ogos 2026 untuk menyusun kes tertentu tertentu di SPRM yang sebelum ini sudah dijalankan. Pertemuan itu dikatakan pada 7 ogos 2026.

Apa sebenarnya Azam Baki, Yuhafiz dan Buyau rancang?
Datuk Seri Abdul Halim perlu bertegas dan berani memindahkan Datuk Buyau dan Yuhafiz. Ini kerana mereka mempunyai agenda tersembunyi yang boleh menjatuhkan KP SPRM dan mengukuhkan pengaruh Azam Baki dalam SPRM.
