Skandal dana KSR SPRM: Gesaan siasat Presiden kelab berhubung kehilangan wang lebih RM500,000

Saat ini kecoh di SPRM kerana satu aduan gesaan siasatan dan audit forensik bebas dakwaan kehilangan dana Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) SPRM yang dianggarkan berjumlah lebih RM500,000.

Sumber berkata  wang yang diamanahkan untuk tujuan kebajikan, aktiviti sukan dan program warga SPRM hilang kerana  ketirisan, salah urus, kelemahan kawalan dalaman atau penyelewengan oleh Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) SPRM, PKPj Mohd Fadzil Md Amin bersama Bendahari KSR PsK Siti Zaharah binti Haji Alias ​​Senior Superintendent (P10) atau dikenali sebagai ARA.

PKPj Mohd Fadzil Md Amin

PKPj Mohd Fadzil Md Amin merupakan Pengarah Kanan Pencegahan Rasuah SPRM atau bekas pegawai jaga access fund KP SPRM Tan Sri Azam Baki.

Turut terlibat menyeleweng dana KSR ialah Datuk Norhaizam Muhammad atau “Buyau” Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan  Datuk Yuhafiz Mohd Salleh pemangku Pengarah Bahagian Siasatan SPRM. Mereka menggunakan dana KSR namun tidak pasti rekod bagi tujuan apa.

Dilindungi Syed Mohd Termizi Syed Musa

Dilaporkan untuk tutup kesalahan Mohd Fadzil Md Amin dilindungi oleh Syed Mohd Termizi Syed Musa, seorang lagi orang kuat Azam Baki yang dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) SPRM. Tugas utama bahagiannya adalah untuk memperkukuh aspek integriti, tadbir urus serta profesionalisme organisasi dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Namun melindungi Presiden KSR SPRM. Siapa Syed Mohd Termizi Syed Musa telah dibongkar sebelum ini dalam The Malaysian Corporate.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pernah mengemukakan aduan berhubung dakwaan salah laku melibatkan Presiden KSR dan beberapa pegawainya, yang dikaitkan dengan pengurusan dana pertubuhan tersebut. Susulan itu, ketika isu berkenaan mendapat perhatian, Tan Sri Azam Baki dilaporkan menyatakan bahawa SPRM perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kehilangan dana berjumlah sekitar RM500,000 tersebut. Namun, perkembangan lanjut kes itu menjadi tanda tanya apabila sehingga kini, tiada penjelasan terperinci atau pengumuman rasmi yang menjelaskan status siasatan mahupun sebarang tindakan susulan yang diambil terhadap hasil siasatan tersebut.

Maka oleh itu pihak pengadu menggesa siasatan seperti berikut;

1. Semakan terhadap semua akaun bank, penyata kewangan dan rekod transaksi KSR bagi tempoh yang berkaitan.

2. Pengesahan baki sebenar dana KSR berbanding rekod kewangan yang disimpan.

3. Semakan terhadap prosedur kelulusan pembayaran, pengeluaran wang dan kawalan dalaman yang diamalkan.

4. Pengambilan keterangan daripada semua pegawai yang pernah memegang tanggungjawab berkaitan pengurusan dana, urusan perbankan, penyimpanan rekod kewangan dan pentadbiran KSR.

5. Penentuan sama ada terdapat unsur kecuaian, salah guna kuasa, pecah amanah atau pelanggaran prosedur kewangan.

Memandangkan isu ini melibatkan organisasi yang bertanggungjawab memerangi rasuah dan salah guna kuasa, siasatan yang telus adalah penting bagi memastikan integriti institusi terus terpelihara serta mengelakkan sebarang persepsi negatif dalam kalangan warga SPRM dan masyarakat.

Dalam aduan pengadu itu memohon agar pihak berkuasa sama ada SPRM atau ROS menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan ini dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan fakta, dokumen serta hasil siasatan rasmi.

Back To Top