Rafizi kepanasan kali ini. Semalam beliau dengan cepat menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berjumlah RM500,000 daripada syarikat Datasonic – NexG Bhd, sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu “naratif fitnah terancang” untuk merosakkan reputasinya.
Penafian itu dibuat susulan laporan The Malaysian Corporate mengenai transaksi bank RM200,000 dan dakwaan RM300,000 secara tunai, yang disalurkan melalui proksi kepada Rafizi iaitu Mohd Harizan Haris seorang Pengarah Struktur & Strategi Kewangan daripada syarikat GFIS (M) Sdn Bhd bagi tujuan melobi kepentingan korporat syarikat Datasonic-NexG.
Dalam kenyataannya melalui video di laman facebooknya Rafizi secara langsung mengaku beliau pernah ditunjukkan invois berkaitan dakwaan tersebut oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, dalam satu pertemuan pada 2 Disember 2025.Ini bermakna dokumen ini wujud namun tidak pernah terbongkar.
Invois itu tidak pernah ditunjukkan sebelum ini sehinggalah didedahkan sepenuhnya invois atas projek big data yang tidak pernah dibuat untuk Datasonic namun dibayar segera pada 11 Ogos 2023 melalui AmBank e-AmBiz System
Bayaran Pertama:
- Tarikh transaksi: 11/08/2023
- Jumlah: RM150,000.00
- Status: PROCESSED
- Payment Mode: PROPAY_GIRO
- Payer (Datasonic account): 091202003024
- Beneficiary: GFIS (M) SDN BHD
- Account No: 106730004872
- Reference No: 809759XABW679
- Release Ref No: 809759X-M37005
- Butiran Pertama:

Butiran Kedua:
- Tarikh bayaran: 16/08/2023
- Jumlah: RM50,000.00
- Pembayar: DATASONIC GROUP BERHAD
- Penerima: GFIS (M) SDN BHD
- Bank penerima: Affin Bank Berhad
- No. akaun penerima: 106730004872
- Payment Ref No: CMS23228001772
- Instrument Ref No: 809759XABW834

Transaksi Bukti Kewangan
Gabungan dua dokumen perbankan ini menunjukkan dengan jelas RM200,000 telah dipindahkan secara rasmi melalui sistem bank, hasil daripada dua transaksi berjumlah RM150,000 dan RM50,000. Rekod yang diteliti memperlihatkan elemen bukti yang kukuh dan konsisten, termasuk pengenalpastian jelas pihak terlibat iaitu Datasonic Group Berhad sebagai pembayar dan GFIS (M) Sdn Bhd sebagai penerima, selain padanan akaun bank penerima di Affin Bank.
Tarikh transaksi yang berlaku dalam tempoh sama iaitu Ogos 2023 turut menguatkan kesinambungan aliran kewangan ini. Lebih penting, transaksi ini disokong oleh rujukan invois yang dinyatakan secara spesifik, direkodkan melalui sistem perbankan korporat (system-generated record), serta dilengkapi nombor rujukan unik yang boleh dijejaki. Kesemua ini mengesahkan bahawa transaksi tersebut mempunyai jejak dokumentasi yang jelas dan boleh diaudit.
Apa yang perlu dilakukan ialah ‘money trail’ duit RM200 ribu yang masuk ke akaun GFIS (M) Sdn Bhd ke mana ia disalurkan selepas itu?
Rafizi: “Mana Ada Rasuah Keluar Resit”
Menjawab dakwaan itu Rafizi menegaskan beliau tidak mengenali Harizan. Namun rekod pertemuan dan perbualan applikasi yang disimpan Malaysian Corporate jelas menunjukkan Abu Hanifah dan Abd Hamid sering bertemu dengan Mohd Harizan sebagai wakil Rafizi.
Rafizi mempertikaikan logik dakwaan tersebut, khususnya kewujudan invois sebagai bukti pembayaran rasuah.
“Mana ada orang bagi rasuah keluarkan resit? Itu tak cerdik namanya,” katanya.
Rafizi boleh menafikan tiada bukti kukuh yang menunjukkan wang tersebut pernah sampai kepadanya namun semua ini boleh dibuktikan jika Harizan dan Abu Hanifah direman SPRM membuktikan semua punca transaksi ini. Kronologi pertemuan dan rundingan jelas membuktikan ada penglibatan Rafizi Ramli
Sebut harga ‘Big Data’ untuk salur wang rasuah
Rekod transaksi bank dan dokumen sebut harga menunjukkan bukti RM200,000 telah dibayar oleh Datasonic Group Berhad kepada GFIS (M) Sdn Bhd pada Ogos 2023 bagi projek yang dinamakan “Big Data Consultant Works”.
Namun, penelitian terhadap dokumen tersebut menimbulkan beberapa persoalan apabila skop kerja yang dinyatakan bersifat umum dan tidak disertakan dengan bukti jelas pelaksanaan sebenar seperti sistem, laporan analitik atau hasil pembangunan teknikal. Lebih menarik, Datasonic — kini dikenali sebagai NexG Bhd — sendiri mempunyai keupayaan dalaman, sistem serta lesen dalam pengurusan data dan teknologi digital, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengapa perkhidmatan sedemikian perlu disumber luar.
Dalam keadaan ini, bayaran ratusan ribu ringgit yang dibuat atas nama projek tersebut tanpa bukti ketara hasil kerja hanya sekadar berfungsi sebagai justifikasi dokumentasi kepada aliran wang tersebut. Dalam konteks tadbir urus korporat, keadaan ini lazimnya dikaitkan dengan risiko over-invoicing, dummy services atau non-performance billing — iaitu bayaran dibuat tanpa kerja sebenar.
Maka resit yang disebut oleh Rafizi itu jelas memerangkap Harizan menguruskan dana rasuah untuk Rafizi.
Sama ada semua dana rasuah ini untuk kempen politik Rafizi, lobi projek vending machine atau lobi projek pasport hakikatnya transaksi bayaran rasuah oleh Dato’ Abu Hanifah – NexG Bhd itu wujud dan disalurkan kepada syarikat GFIS (M) Sdn Bhd untuk rasuah Rafizi Ramli.
Begitu juga dakwaan pemberian RM300,000 wang tunai untuk Rafizi. Semua ini akan dapat dibuktikan jika Abu Hanifah, Abd Hamid, Hafizan dan pengarah syarikat GFIS (M) Sdn Bhd dipanggil SPRM.
Jadi sekarang kita tunggu apa SPRM boleh buat untuk nama-nama disebutkan.
