Belum 100 hari ketuai Invest Sabah: Roger Chin sudah ditipu oleh Vinod Sekhar ‘Scammer’ pelaburan RM1.4b di Sabah

Ketika kontroversi skandal asmara Invest Sabah Berhad masih belum reda susulan penggantungan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Firdausi Suffian, satu lagi persoalan besar mula timbul — adakah agensi pelaburan negeri itu kini berisiko terjerumus dalam jerat tokoh korporat kontroversi ‘scammer’?

Dr. Firdausi sebelum ini digantung jawatan, manakala Ketua Bahagian Pembangunan Pelaburan, Maturin Sibi, dilantik sebagai pemangku CEO. Beberapa pegawai kanan turut ditamatkan perkhidmatan, namun pegawai skandal yang kini jadi tunangnya Ily Lia Affiqah  masih kekal bertugas, dipercayai mendapat perlindungan oleh Datuk Thomas Logijin Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan Sabah.

Belum pun dua bulan memegang jawatan Pengerusi Invest Sabah, Datuk Roger Chin bekas Presiden Sabah Law Society (SLS) acah -acah ahli perniagaan sudahpun diperdaya dengan pelaburan bernilai RM1.4 bilion oleh Kumpulan PETRA — syarikat yang diterajui ahli perniagaan kontroversi, Datuk (Dr) Vinod Balachandra Sekhar atau lebih dikenali Vinod Sekhar!

Persoalannya mudah — apakah semakan latar belakang atau due diligence telah dilakukan secukupnya?

Pelaburan RM1.4 Bilion atau ‘Kuda Tunggangan’?

Pada 23 Januari lalu, PETRA Seaga mengumumkan hasrat membangunkan loji biopenapisan di Sabah, dengan fokus kepada biojisim dan tenaga mampan.

Roger Chin masuk lubang penipu!

Roger Chin menyifatkan komitmen itu sebagai bukti keyakinan pelabur terhadap potensi ekonomi Sabah.

Namun pemerhati industri memberi amaran — pengumuman pelaburan mega tanpa ketelusan terperinci sering digunakan sebagai “signal market” untuk menarik pelabur lain.

Jika gagal direalisasikan atau ramai pelabur kena tipu oleh Vinod Sekhar reputasi negeri boleh terjejas.

Lebih membimbangkan, ini bukan kali pertama nama Vinod Sekhar dikaitkan dengan kontroversi korporat berskala besar.

Siapa Sebenarnya Vinod Sekhar?

Vinod bukan nama kecil dalam dunia perniagaan. Anak kepada tokoh industri getah Tan Sri Dr. B.C. Sekhar itu pernah membina imej sebagai kapitalis sosial melalui Kumpulan PETRA, dengan operasi merangkumi teknologi hijau, media dan pembinaan modular.

Beliau juga turut mengembangkan pengaruhnya dalam industri media melalui Kumpulan PETRA dengan memiliki portal berita digital seperti The Vibes, Getaran serta mengambil alih The Malaysian Insight (TMI) pada tahun 2023 dalam usaha memperkukuh kedudukan media dalam talian di Malaysia. Namun, ketiga-tiga organisasi tersebut kemudiannya berdepan cabaran kewangan dan pengurusan yang serius. The Malaysian Insight menghentikan operasi secara mengejut pada Januari 2024 susulan kegagalan membayar gaji pekerja selama beberapa bulan, manakala The Vibes dan Getaran turut dikaitkan dengan isu tunggakan gaji, penghijrahan kakitangan dan pertikaian dalaman. Keadaan ini mendorong sebahagian pekerja membuat aduan kepada pihak berkuasa berhubung bayaran tertunggak serta caruman wajib yang didakwa tidak dijelaskan, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kelangsungan dan tadbir urus entiti media di bawah kumpulan berkenaan.

Inilah Vinod Sekhar di sebalik wajah dermawan dan rangkaian global, rekod undang-undang beliau sarat dengan pertikaian dan penipuan.

Antara yang paling mendapat perhatian:

1.SAMAN SIVIL RM30 JUTA

Pada tahun 2023, seramai 12 individu—terdiri daripada 10 pelabur dan 2 bekas pekerja—memfailkan saman sivil terhadap Vinod Sekhar dan isterinya, Winny Yeap Liew Heoh, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mereka mendakwa telah diperdaya untuk melabur dalam syarikat-syarikat milik Vinod antara tahun 2002 hingga 2006 tanpa dimaklumkan mengenai status kebankrapan beliau ketika itu. Tuntutan tersebut melibatkan dakwaan penipuan, salah nyata, dan pelanggaran kontrak, dengan jumlah tuntutan sebanyak RM30 juta.

Dalam perbicaraan, plaintif utama, Graham David Bell, mengakui bahawa beliau dan pelabur lain tertarik untuk melabur berdasarkan profil tinggi Vinod dan hubungan beliau dengan tokoh-tokoh terkenal seperti bekas Presiden AS Bill Clinton dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, di bawah pemeriksaan balas, Bell mengakui tiada bukti dokumentari yang menunjukkan Vinod secara langsung menggunakan nama Anwar untuk menarik pelaburan.

Kes berprofil tinggi ini turut menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disapina sebagai saksi.

BUTIRAN SAMAN MAHKAMAH SEPERTI BERIKUT;

2. SIASATAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENGELAKAN CUKAI

Pada November 2021, pejabat-pejabat yang dikaitkan dengan Vinod Sekhar di Bangsar telah diserbu oleh beberapa agensi penguatkuasaan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Siasatan tersebut berkaitan dengan dakwaan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai melibatkan ratusan juta ringgit. Serbuan ini dipercayai sebagai permulaan kepada salah satu kes pengubahan wang terbesar sejak siasatan 1MDB.

3. KONTROVERSI VENTILATOR HUNGARY

Semasa pandemik COVID-19, syarikat GR Technologies, yang dikaitkan dengan Vinod Sekhar, telah membekalkan 6,258 unit ventilator kepada kerajaan Hungary dengan nilai kontrak sekitar HUF 176 bilion (kira-kira RM2.43 bilion). Harga per unit ventilator tersebut jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran di Eropah. Tambahan pula, pembayaran dibuat ke akaun bank di Hong Kong dan Singapura, menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dan proses perolehan.

Transparency International Hungary telah memfailkan tindakan undang-undang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kontrak tersebut.

Risiko Kepada Sabah

Vinod menafikan semua dakwaan dan menegaskan beliau akan dibersihkan oleh sistem kehakiman. Namun bagi agensi pelaburan negeri, isu utama bukan soal bersalah atau tidak — tetapi risiko reputasi dan tadbir urus.

Pelaburan besar yang gagal atau terpalit kontroversi boleh memberi kesan langsung kepada keyakinan pelabur asing.

Ini menimbulkan persoalan lebih besar:

  1. Adakah Invest Sabah melakukan due diligence menyeluruh?
  2. Mengapa tokoh berprofil kontroversi diberi laluan pantas?
  3. Siapa sebenarnya menilai risiko kepada ekonomi negeri?

Sabah Tidak Boleh Jadi Makmal Eksperimen Korporat

Dalam keadaan Invest Sabah masih bergelut dengan krisis kepimpinan, langkah membawa masuk pelabur berisiko tinggi dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tindakan berani — atau mungkin terlalu berani.

Pemangku CEO sekarang Maturin Sibi (Budak Datuk Madiyem Bekas CEO Invest- pendokong UPKO) yang bermasalah didakwa kerap tidak hadir bertugas atas pelbagai alasan termasuk masalah kesihatan dan kekangan perjalanan. Beliau juga dikatakan pernah terlibat dalam satu insiden menggunakan kenderaan syarikat tanpa kebenaran sehingga menyebabkan kemalangan, selain kenderaan tersebut dilaporkan tidak mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans yang sah ketika kejadian. Bagaimanapun, perkara itu didakwa tidak diambil tindakan tegas oleh pengurusan terdahulu. Semuanya ditutup.  Selain itu, individu terbabit juga dikatakan mempunyai tunggakan kewangan dengan majikan terdahulu sebelum ia akhirnya dijelaskan.

Bagi negeri yang sedang agresif menarik pelaburan berkualiti dengan pemangku CEO yang lembap dan Pengerusi seorang peguam tapi berlagak jadi ahli perniagaan reputasi adalah mata wang paling mahal.

Kesilapan memilih rakan strategik bukan sahaja merugikan kerajaan, malah boleh menjadikan Sabah medan percaturan korporat pihak luar.

Kini tumpuan terarah kepada Roger Chin.

Adakah beliau mangsa persepsi korporat yang meyakinkan — atau Sabah bakal berdepan satu lagi episod pelaburan yang hanya indah di atas kertas? Atau beliau mahu menjadi CEO yang juga Pengerusi Invest Sabah. Tindakannya bekerjasama dengan ‘scammer’ Vinod Sekhar sangat menjejaskan kredibilitinya sebagai Pengerusi Invest Sabah

Back To Top