Pertikaian undang-undang berprofil tinggi melibatkan dua beradik pengasas kumpulan Sapura akhirnya menemui noktah apabila kes permohonan penggulungan Sapura Holdings Sdn Bhd diselesaikan secara baik di luar mahkamah.
Kes yang difailkan oleh Datuk Shahriman Shamsuddin terhadap abangnya, Tan Sri Shahril Shamsuddin, berhubung cadangan untuk menggulung syarikat itu ditarik balik selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan sulit, sekali gus menamatkan pertikaian yang berlarutan sejak September 2024.
Perkara itu dimaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Leong Wai Hong, oleh peguam yang mewakili semua pihak pada prosiding yang diadakan secara tertutup.

Peguam Datuk Shahriman mengesahkan petisyen tersebut telah diselesaikan dan ditarik balik, dengan terma penyelesaian dirahsiakan, manakala peguam Tan Sri Shahril turut mengesahkan persetujuan itu dicapai secara bersama tanpa kehadiran mana-mana ahli keluarga di mahkamah.
Pertikaian ini berpunca daripada perbezaan pandangan antara kedua-dua beradik yang merupakan pemegang saham utama SHSB, masing-masing memiliki 40.5 peratus kepentingan, berkaitan hala tuju syarikat dan pembahagian aset.
Antara isu utama yang mencetuskan konflik ialah projek pembangunan Permata Sapura berhampiran KLCC, di bawah kerjasama usaha sama dengan KLCC Holdings Sdn Bhd, yang melibatkan komitmen pelaburan berskala besar dan keputusan strategik berbeza antara pihak pengurusan.
Walaupun kes penggulungan telah diselesaikan, beberapa tindakan undang-undang lain yang melibatkan keluarga Sapura masih berjalan, termasuk saman berhubung pelanggaran tanggungjawab fidusiari dan permohonan berkaitan pengesahan hibah saham lama.

Akan tetapi dengan penyelesaian kes utama ini, pihak-pihak terlibat dijangka berusaha menyelesaikan baki pertikaian secara damai, sekali gus meredakan ketegangan yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan pengurusan dan reputasi kumpulan tersebut di mata pasaran.
Adik dan abang ini berdamai untuk bersatu melawan Mariam Parineh, isteri Tan Sri Shamsuddin yang telah didedahkan sebagai salah seorang ejen Savak sebelum ini. Baguslah begitu adik dan abang bersatu, jika tidak akan hilang habis hak sebagai anak kepada anak-anak baharu antara Mariam dan Tan Sri Shamsuddin.
