Lepas Vietnam Kalah Bola, Berjaya Land Jual Aset Mereka Di Vietnam

Sedikit demi sedikit dan satu demi satu aset dicairkan oleh Berjaya. Apa sudah jadi? Dulu bukan main lagi hendak buka hotel Four Season di Iceland. Empat tahun lepas, BLand memeterai perjanjian pembelian saham dengan Icelandair Group hf untuk pengambilalihan 100 peratus kepentingan dalam Icelandair Hotels ehf melalui anak syarikat milik penuhnya yang diperbadankan Ireland Berjaya Property Ireland Ltd.

Dengan 1,471 bilik merentasi 14 hotel di bawah pelbagai jenama, BLand ialah pengendali hotel terbesar di Iceland. Jenama hotelnya, termasuk Icelandair Hotel, Hilton, Edda, Canopy, Konsulat dan Alda, memenuhi pelbagai segmen pasaran.

Syarikat itu memiliki 875 bilik di Reykjavik, 595 di luar bandar, 304 di Icelandair Hotels dan 292 bilik musim panas di Hotel Edda. Nampak gayanya, yang dekat Iceland ni pun nak kena jual juga selepas ini.





Berjaya Land Bhd (BLand), melalui anak syarikat milik penuhnya Berjaya Leisure (Cayman) Ltd (BLCL), telah memeterai perjanjian untuk melupuskan keseluruhan 80 peratus kepentingan ekuitinya dalam syarikat usaha sama di Vietnam, Berjaya-Handico12 Co Ltd (BHandico12).

Pelupusan kepentingan dalam syarikat yang terlibat dalam pelaburan dan pembangunan hartanah itu akan melibatkan pertimbangan tunai berjumlah 1.23 trilion VND (kira-kira RM201.96 juta).

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, BLand berkata BHandico12 adalah syarikat usaha sama yang diperbadankan di Vietnam, di mana BLCL memegang 80 peratus kepentingan manakala baki 20 peratus dimiliki oleh Viet Duc Investment and Trading Co Ltd.

Menurut syarikat itu, langkah pelupusan tersebut merupakan peluang bagi Kumpulan BLand untuk merealisasikan pelaburannya dalam BHandico12.

“Kumpulan dijangka mencatatkan keuntungan daripada penjualan ini kira-kira RM5.96 juta selepas cadangan pelupusan selesai.

“Ia tidak akan memberi apa-apa kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama BLand,” jelas syarikat itu.

Back To Top