Hari ini ramai mengecam pelbagai rumusan dan dapatan yang tidak baik mengenai ekonomi negara. Sampai PMX sendiri minta Menteri dan pegawai tertinggi peringkat Persekutuan serta kerajaan negeri turun ke bawah untuk berjumpa dengan rakyat menjelaskan situasi sebenar yang sedang berlaku dalam negara kini.

“Malah, penjawat awam yang kanan pun kita minta turun ke bawah… sebab itu kita ada Sejati MADANI dan Kampung Angkat MADANI di mana pegawai-pegawai tinggi termasuk menteri tahu ada ‘disconnect’ atau perbezaan daripada ungkapan dasar dengan apa yang kita laksanakan pada peringkat bawah.

“Apabila kita turun ke bawah, kita bincang soal pendidikan, pengangguran, dadah, kemudahan kesihatan dan projek ekonomi.
“Jadi, semua isu berkenaan mesti ditangani dengan baik kerana apabila dengar masalah itu, mungkin ia lain pada peringkat pusat dan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak di Lumut Waterfront, semalam.

Grafik di sebelah ini menunjukkan kepada pembaca, negara-negara di dunia yang teruk daripada segi ekonomi. Ada yang capai sampai negatif dan lihat negara yang dianggap kuasa ekonomi seperti Jepun pun mencapai pertumbuhan yang lebih rendah berbanding negara kita Malaysia.
Italy, Iran, Perancis dan Belgium pun berada di bawah Malaysia. Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2025 adalah 3.9% berbanding dulu iaitu 4.5%. Ia masih lagi dalam bukan kategori ekonomi yang jatuh dan teruk sebagaimana dalam negara-negara yang disenaraikan ini.
Faktor luar negara banyak memainkan peranan hingga menyebabkan bukan sahaja Malaysia terpaksa menilai semula kadar pertumbuhan ekonomi daripada 4.5% kepada 3.9%, malah negara-negara lain ada yang terus terbungkam dan merosot daripada segi ekonomi.

Untuk tahun lepas, prestasi 5.1% ekonomi adalah antara kedudukan ekonomi yang cemerlang berbanding negara-negara maju lain di dunia. Malaysia juga masih mencatat kadar inflasi terendah serta pengangguran yang masih lagi kurang. Inilah fakta sebenar ekonomi negara kita berbanding tohmahan dan persepsi yang kita sedang dibawa oleh geng geng walaun untuk memburukkan kerajaan MADANI kini.
Ini antara sebab mengapa Perdana Menteri minta semua Menteri dan pegawai tertinggi di Putrajaya turun ke bawah menjelaskan kepada rakyat.