Vincent Tan Dikecam Teruk Peminat Cardiff City, BBC Sport UK Berpihak Pada Peminat

Kelab Cardiff City yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan menduduki tangga tercorot EPL Championship. Nasib Cardiff City lebih buruk daripada Manchester United nampaknya. Apa pun yang berlaku pada Manchester United, peminatnya masih berada disisinya. Owner kelab tidak kena marah.

Berbeza sungguh dengan nasib Cardiff City milik Vincent Tan, berada di kedudukan terakhir liga (tangga ke-24), mengalami 19 kali kekalahan dan hanya menang 9 kali, Cardiff tersingkir ke League One pada musim hadapan.

Berbeza ceritanya dengan Wrexham, sebuah kelab kecil yang miliki oleh Ryan Reynolds, suami kepada Black Widow (Scarlett Johansson) yang menjadi perhatian minggu lepas bila mencatat pencapaian cemerlang layak ke EPL Championship. Cardiff tersingkir, Wrexham naik ke ke atas.

Ryan Reynolds meraikan pencapaian gemilang Wrexham. Kelab kecil yang hanya ada stadium yang boleh memuatkan 13,000 orang ini mendapat perhatian meluas di seluruh dunia bila naik ke liga EPL Championship. Sementara itu nasib malang menimpa Vincent Tan yang memiliki Cardiff dan terperosok ke tangga terakhir EPL dan tersingkir terus ke liga League One.

Dalam tempoh 22 tahun, ini adalah tahun terburuk Cardiff bila gagal berada dalam Premier League dan juga Championship League. Vincent Tan dikecam teruk oleh peminat Cardiff City yang mendesak Vincent untuk membuat sesuatu yang lebih baik untuk Cardiff City. Peminat mendesak untuk mesyuarat bersama Vincent Tan.

Berbeza dengan Wrexham, menurut surat terbuka tersebut Cardiff memilik fan base yang ramai dan stadium yang hebat tetapi prestasi Cardiff merosot dengan teruk sekali dan berada di tangga terakhir liga.

Secara ringkasnya, surat itu mengecam teruk Vincent Tan yang dilihat lepas tangan dalam pengurusan bolasepak Cardiff City. Ada pemain muda baik tetapi struktur kelab tidak terurus dengan sempurna dan tidak adil menyalah Aaron Ramsey, jurulatih semata-mata atas kegagalan teruk Cardiff City, ianya harus dipertanggungjawab kepada owner, Vincent Tan.

“Firstly, and probably most importantly, accountability. Show these Cardiff City fans the respect they deserve. Meet with them, listen to them, engage with them, build back their trust. While what you might see is the ire, abuse on social media or the naysayers, the vast, vast majority of this fan base have the club’s best interests at heart and they deserve to be heard.”

Just look at the two promoted League One teams, Birmingham City and Wrexham, see how their owners engage with the supporters and the community and the subsequent goodwill and momentum it builds, organically and from within. The little victories carry great weight in this game and you need all the wins you can get.

Surat itu juga mengecam Vincent Tan yang tidak langsung mahu berjumpa dengan peminat dan mendengar dari peminat. Surat terbuka itu membandingkan bagaimana Ryan Reynolds menguruskan Wrexham lebih baik daripada Vincent Tan.

BBC Sport turut menyiarkan kembali surat terbuka Trust kepada Vincent Tan. Ulasan BBC Sport nampaknya lebih memihak kepada Trust, penulis surat terbuka tersebut. Trust dalam suratnya itu menggesa tindakan segera perlu dilakukan untuk menyelamatkan Cardiff City.

“As a matter of urgency we are requesting a meeting between Vincent Tan and the elected fan bodies to discuss the failings which have culminated in our relegation to hear what fundamental changes are going to be put in place throughout the club from top to bottom to avoid further failings in future.

“Continuing the failings of the past that have led to us celebrating our 125th anniversary with a relegation are not going to turn around our fortunes on the pitch.

“Big changes are needed, and needed now, to avoid a further downward spiral in the fortunes of the club that we fans love.”

Menurut Trust, kelab Cardiff City yang sudah berusia 125 tahun menuntut mesyuarat tergempar dengan Vincent Tan untuk membincangkan masa depan kelab. Beranikah Vincent Tan berhadapan dengan peminat yang tengah marah ini?

Back To Top