Insinerator Batu Arang: Menangani Isu Alam Sekitar atau Melindungi Monopoli Industri di Selangor?

Di sebalik laungan kebimbangan terhadap alam sekitar dan kesihatan awam, bantahan terhadap projek insinerator di Batu Arang yang dicadangkan oleh KDEB Waste Management menimbulkan satu persoalan besar: Adakah tentangan ini benar-benar demi rakyat, atau demi kepentingan syarikat tertentu yang bimbang kehilangan monopoli?

1.⁠ ⁠Teknologi Sama, Layanan Berbeza?

Projek insinerator Batu Arang dicadangkan oleh KDEB Waste Management sebagai sebahagian daripada penyelesaian jangka panjang terhadap masalah lambakan sisa pepejal. Namun projek ini menerima bantahan keras daripada beberapa pihak termasuk penduduk, NGO dan ahli politik.

Yang peliknya, projek serupa — sebuah insinerator di Bukit Tagar oleh syarikat sedia ada, Berjaya Enviroparks, bukan sahaja tidak dibantah, malah dipuji sebagai contoh cemerlang.

Ini menimbulkan persoalan: Mengapa insinerator oleh KDEB dipersoal, sedangkan insinerator oleh Berjaya tidak? Adakah ini benar-benar soal kesihatan, atau soal kawalan pasaran?

Menurut Pengarah Urusan KDEB Waste Management , Datuk Ramli Mohd Tahir, Selangor memerlukan pengurusan tapak pelupusan sampah yang lebihcanggih dan lebih baik.

Menurutnya lagi terdapat 7,000 tan sampah domestik setiap hari di Selangor, sementara 35,000 tan sampah di seluruh Malaysia.

Kebanyakan masa, semua sampah dikumpulkan dan dihantar ke tapak pelupusan dan proses ini perlu diubah, tegas Ramli.

“Bercakap tentang tapak pelupusan, selepas kita membuang sampah ini, ia akan mengisi tanah dan mungkin memakan masa sekitar lima hingga tujuh tahun sebelum ia penuh.

“Pada kadar kita mengumpul sampah sekarang, tanah ini mungkin dapat bertahan selama enam hingga tujuh tahun dan itu memerlukan 100 hingga 150 ekar tanah untuk menjadikannya tapak pelupusan.”

Oleh itu projek insinerator di Batu Arang sangat penting.

Pelbagai usaha memburukkan projek itu termasuk dakwaan bahawa “Bahaya insinerator Batu Arang: Berpotensi lebih dahsyat daripada kebakaran Putra Heights” berniat jelas menghasut projek Kerajaan Selangor itu dengan mengaitkan projek insinerator dengan risiko kebakaran arang batu bawah tanah.

Dato’ Ramli Mohd Tahir menepis dakwaan itu kerana dianggap tidak berpijak pada fakta saintifik atau data kejuruteraan semasa.

“Kami menghargai keprihatinan terhadap keselamatan awam dan alam sekitar. Namun, adalah penting agar semua perbincangan berlandaskan fakta teknikal dan proses peraturan yang telus,” ujar beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Membandingkan dengan letupan gas sangat tidak kena tempat. Loji WtE yang dicadangkan akan beroperasi dalam persekitaran pembakaran tertutup yang dikawal sepenuhnya, dengan sistem pemantauan tekanan dan pelepasan yang canggih.

“Loji ini tidak sama sekali seumpama saluran paip gas. Ia dibina dalam persekitaran kejuruteraan tertutup dan dikendalikan dengan teknologi terkini yang mematuhi piawaian antarabangsa,” jelas kenyataan tersebut.

2.⁠ ⁠Berjaya Mahu Terus Dominan?

Bukit Tagar Enviro Park (BTEP) yang dikendalikan oleh Berjaya sudah lama mahu menjadi pemain utama dalam pelupusan dan pengurusan sisa pepejal untuk kawasan utara Selangor dan Lembah Klang.

mereka telah membangunkan:
• Sanitary landfill berteknologi tinggi
• Loji jana kuasa dari gas tapak pelupusan (12MW)
• Pusat tenaga boleh baharu & kitar semula

Kemunculan projek baru seperti yang dicadangkan oleh KDEB Waste Management pastinya mencabar penguasaan mereka. Maka tidak hairanlah jika pelbagai tekanan dan naratif mula digunakan untuk menggagalkan kemasukan pesaing baru.

Pada 17 Julai 2023 demi melonjakkan harga saham dan menolong Naza Group syarikat menantu Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melupuskan 100 peratus kepentingan dalam anak syarikat milik penuhnya, Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd (BEnviro) kepada Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Naza) pada pertimbangan tunai RM700 juta. Pemain industri tahu Naza tidak punya wang RM700 juta pun mengambil alih Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd yang menguasai Bukit Tagar

Penasihat BCorp, Tan Sri Vincent Tan; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Naza, SM Faliq SM Nasimuddin.

Tujuan pelupusan hanya untuk mencatatkan pelaburan dengan anggaran keuntungan kira-kira RM490.74 juta.

Oleh itu sebarang bentuk projek insinerator di Selangor pasti akan mendapat tentangan daripada Berjaya Group yang menguasai Bukit Tagar.

3.⁠ ⁠Isu Alam Sekitar Dijadikan Alat Tekanan

Bimbang terhadap pelepasan toksik, jarak ke kawasan perumahan, serta kesan terhadap kadar kitar semula — semuanya isu sah. Namun, isu-isu ini seolah-olah hanya diberi perhatian apabila projek bukan daripada Berjaya, dan hampir senyap bila melibatkan projek mereka sendiri.

Adakah isu alam sekitar sedang dijadikan “alat” untuk melindungi kepentingan korporat tertentu?

4.⁠ ⁠Monopoli Masa Depan?

Lebih membimbangkan, kenyataan daripada pengurusan Berjaya menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk mengurus sisa abu insinerator, termasuk dari projek pesaing. Ini memberi gambaran bahawa mereka mahu memegang keseluruhan rantaian — dari pelupusan, pembakaran, hinggalah ke pengurusan residu.

Jika hanya satu entiti mengawal semua aspek ini, adakah itu benar-benar baik untuk negara dan rakyat?

lihat video bagaimana Singapura menggunakan teknologi ini

Kesimpulan:

Bantahan terhadap projek insinerator di Batu Arang bukan sekadar isu alam sekitar. Di sebaliknya, ia menggambarkan pergelutan kuasa dan pengaruh dalam industri pengurusan sisa pepejal, di mana syarikat sedia ada cuba mengekalkan pengaruh, manakala pemain baru seperti KDEB Waste Management cuba menawarkan alternatif.

Soalnya sekarang: adakah rakyat sedang dipergunakan dalam persaingan ini?

Back To Top