Rafizi Ramli mendakwa portal yang menuduhnya menerima rasuah RM500,000 daripada NexG, kini sudah tidak wujud lagi.
Menurut Rafizi Ramli beliau sebelum ini berhasrat untuk membaca semula tuduhan yang dibuat menerusi blog berkenaan selepas beberapa peguam bertanyakan sama ada mahu menyaman pihak yang menggunakan tuduhan blog itu untuk memfitnah beliau.
“Hari ini, saya ingat nak baca balik tuduhan-tuduhan fitnah itu. Ada peguam-peguam tanya sama ada nak saman beberapa orang yang gunakan tuduhan blog itu untuk memfitnah saya, yang paling ke depan ialah Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.
“Bila check balik, blog tu dah jadi chipsmore.
“Sekejap ada, seronok masa fitnah orang: Bila kena ugut saman, terus tiada,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya.
Rafizi menggelar blog The Malaysian Corporate sebagai blog hantu tetapi nampak terkapai-kapai juga dia menjawabnya ]Namun sebenarnya The Malaysian Corporates masih ada. Artikel bertajuk “Transaksi RM500 ribu NexG-Datasonic bayar rasuah kepada Rafizi terbongkar! SPRM digesa siasat skandal Projek Vending Machine RM21.1 juta” masih boleh dibaca .
Benarkah ini satu fitnah?
Rafizi Ramli sendiri mengesahkan Saifuddin pernah melihat invois kontroversi ini. Bermakna isu ini wujud namun Rafizi tak menjangka wujud transaksi bank.
Untuk makuman Rafizi semua dokumen termasuk transaksi bank diberikan oleh ‘Whisleblower’ yang mempunyai hubungan rapat dengan NexG.
Semua mesej Aplikasi WhatApps dan laporan kronologi diberikan oleh orang kuat NexG itu. Oleh itu Whistleblower lebih tahu semua peristiwa yang berlaku.
Artikel pertama bukan dipadam tetapi disengajakan untuk melihat reaksi Rafizi Ramli yang semua tahu cepat merespon sesuatu. Jadi bukan kerana takut saman daripada Rafizi.
Rafizi, NexG dan GIFC akan saman The Malaysian Corporate?
Untuk makluman Rafizi portal The Malaysian Corporate (TMC) pernah disekat dua kali melalui URL https://themalaysiacorporate.com/ dan https://themalaysiancorporate.com/. Dua URL ini masih boleh diakses dengan VPN. URL terkini adalah atas https://themalaysiancorporates.com. Ini bukan kali pertama pendedahan dibuat kepada NexG-Datasonic, mafia korporat dan syarikat-syarikat lain.

Isu Rafizi ini mudah saja. Transaksi Bank wujud, kronologi isu pun dah disusun hanya tinggal SPRM memanggil Dato’ Abu Hanifah Noordin (CEO NexG), Datuk Abd Hamid Mohamad Hanipah pengarah NexG, dan anaknya Anwar bin Ab. Hamid (Kini COO NexG dan bekas pemegang saham utama Trendtrove Tradin Sdn Bhd- milik Velocity Capital Sdn Bhd), Mohd Harizan Haris Director, Financial Structure & Strategy GFIS (M) Sdn Bhd, Datuk Yatimah bekas TKSU Kementerian Ekonomi, Puan Mariana Abdul Hamid (GIFS) dan Chia Kok Khuang (bekas Pengarah NexG). Juga seorang ‘Whistleblower’ yang SPRM tahu siapa. Semua pasti akan buka mulut membuktikan transaksi dan urusan bersama Mohd Harizan Haris. Abu Hanifah, NexG dan Mohd Harizan membuat penafian tetapi bukti yang wujud sangat kukuh mengaitkannya dengan Rafizi Ramli.

Apakah perlu semua mesej Aplikasi WhatApps ‘Whistleblower’ dan aduan didedahkan?
Rafizi kata jangan memfitnah tetapi dia lupa ke apa dia buat kepada orang lain. Misalnya kes saman NFC terhadapnya yang membuktikan dia bersalah. Apa jadi kepada pihak yang difitnahnya?

