Transaksi RM500 ribu NexG-Datasonic bayar rasuah kepada Rafizi terbongkar! SPRM digesa siasat skandal Projek Vending Machine RM21.1 juta

Rafizi Ramli adalah antara pemimpin PKR yang begitu galak mendedahkan isu mafia korporat melibatkan Victor Chin Boon Long dan sekutunya. Maklumat Bloomberg yang mendedahkan saham Azam Baki dalam syarikat Velocity Capital Partner Bhd digunakan sepenuhnya menelanjangkan penglibatan pegawai SPRM dalam mafia korporat.

Isu mafia korporat turut membongkar penglibatan Victor Chin Boon Long dalam syarikat pembekal kad pengenalan dan passport Malaysia selepas penguasaannya sehingga penukaran nama kepada NexG Bhd. Selepas itu berlaku perebutan lembaga pengarah melibatkan Victor Chin dalam NexG. Kini NexG Bhd dikuasai oleh Datuk Ishak Ismail seorang ahli perniagaan melayu terkenal zaman reformasi.

Namun ramai tidak sedar bahawa sebelum NexG atau datasonic dikuasai oleh Victor Chin, Dato’ Abu Hanifah CEO Datasonic dan beberapa lembaga pengarahnya sangat terdesak melobi menggunakan Rafizi Ramli Timbalan Presiden PKR untuk menyambung kontrak pembekalan passport dan kad pengenalan atas alasan Rafizi mampu mendesak PMX Anwar Ibrahim.

Bagaimana Rafizi Ramli terlibat dengan Datasonic – NexG?

Pada 26 Februari 2023 Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi  Kerajaan Madani mengumumkan projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bertujuan untuk meningkatkan pendapatan bagi membantu golongan miskin tegar dan B40. Projek ini adalah rekayasa politik Rafizi menunjukkan beliau melaksana projek rakyat.

Kementerian Ekonomi mengumumkan sejak IPR dilancarkan 22,319 pengguna sah telah mendaftar di laman web tersebut. Daripada jumlah tersebut, 52% mendaftar untuk INSAN, 29% untuk INTAN, 19% untuk IKHSAN, dan 376 untuk off-takers.

Rafizi turut turun padang menunjukkan kesungguhan melaksana projek IPR ini. Rafizi perlu meluaskan projek IPR menjadi lebih besar diseluruh negara. Namun siapakan syarikat besar boleh melaksanakannya?

Siapa syarikat pembekal Vending Machine yang boleh membekal lebih 800 mesin layan diri ini? Nilainya juga melebihi RM20 juta!.

Maka satu syarikat yang mempunyai banyak dana dicari sekaligus dapat membiayai dana politik Rafizi Ramli.

LOBI CEO DATASONIC SAMBUNG KONTRAK PASSPORT/IC- TAJA VENDING MACHINE DAN DIBERI KONTRAK

Maka muncullah Datasonic Group Bhd. Dato’ Abu Hanifah CEO Datasonic sangat terdesak untuk kontrak passport dan kad pengenalan. Beliau hadir sebagai penyelamat politik Rafizi.

Diawal pelaksanaan  projek Vending Machine bagi projek IPR dan kempen pemilihan PKR seorang kroni Rafizi Ramli dipanggil  “Izan” atau nama sebenarnya Mohd Harizan Haris seorang Pengarah Struktur & Strategi Kewangan daripada syarikat GFIS (M) Sdn Bhd mendakwa dirinya sangat rapat dengan Rafizi Ramli serta sekutu kuat beliau, TKSU Datuk Yatimah Sarjiman di Kementerian Ekonomi boleh membantu Dato’ Abu Hanifah dan Datasonic.

Menurut Mohd Harizan Haris TKSU Datuk Yatimah Sarjiman
boleh membantu Datasonic Group Bhd

Datasonic sebelum ini menerima lanjutan kontrak pasport selama 12 bulan namun Dato’ Abu Hanifah tidak menerima kontrak itu. Beliau bertegas menolak lanjutan itu dan mengugut kerajaan dengan menuntut tempoh 5 tahun.

Untuk tujuan tersebut, beliau mencadangkan kenaikan 44% bagi yuran pasport tahun pertama daripada RM79.33 kepada RM114.33. Sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi, beliau memberi amaran kemungkinan berlaku kekurangan pasport menjelang Februari atau Mac 2025, yang boleh mencetuskan ketidakpuasan awam akibat barisan panjang berbulan-bulan.

Beliau bertindak mahu menggunakan serangan politik pembangkang seperti Bersatu (bekas pemegang saham utama sebelum ini Datuk Safian- Proksi anak Muhyiddin Fakhri Yassin) dicelah pemilihan parti PKR pada bulan April/ Mei 2025 dan mahu menggunakan Rafizi Ramli Timbalan Presiden PKR untuk menyelamatkan kontrak passport Datasonic. Media-media dibayar untuk mencipta ketegangan ini.

Oleh itu sejak Julai 2023, Dato’ Abu Hanifah telah bekerjasama rapat dengan Mohd Harizan Haris (Izan), orang kepercayaan Rafizi.

Harizan mendakwa bahawa Rafizi boleh menggunakan pengaruhnya untuk membantu Dato’ Hanifah mendapatkan lanjutan kontrak selama 5 tahun di bawah agenda Bumiputera. Bagaimanapun sebelum sambungan projek passport dan kad pengenalan Abu Hanifah dan Datasonic perlu membantu Rafizi Ramli menjayakan projek IPR di Kementerian Ekonomi.

Dato’ Abu Hanifah dan Harizan kerap bertemu, termasuk beberapa pertemuan bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Yatimah Sarmijan, yang sering diadakan pejabat dan restoran.

Datuk Yatimah bekas TKSU Kementerian Ekonomi menjadi kuda kepada kepada Harisan kroni Rafizi.

Tidak hairanlah apabila sebelum ini timbul kaitan antara Rafizi Ramli dengan pelaksanaan projek di bawah National Energy Transition Roadmap (NETR), khususnya melibatkan syarikat yang diterajui oleh CEO Itramas, Dato’ Lee Choo Boo. Perkara ini menarik perhatian memandangkan kedua-dua tokoh tersebut pernah mempunyai hubungan perniagaan terdahulu melalui Invoke Solutions Sdn Bhd, sebuah entiti yang sebelum ini dimiliki oleh Rafizi.

Dalam masa sama, pelaksanaan NETR dilihat banyak digerakkan di peringkat pentadbiran oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Datuk Yatimah Sarjan, yang memainkan peranan penting dalam menyelaras dasar serta pelaksanaan projek-projek berkaitan peralihan tenaga negara.

BAYARAN RASUAH RAFIZI RM500,000.00

Rafizi memerlukan dana kempennya dalam PKR.  Pada tahun 2023, Dato’ Abu Hanifah membayar Harizan sebanyak RM200,000 melalui syarikat GFIS (M) Sdn Bhd beralamat di Co Place 1 Cyberjaya. Bayaran dibuat dua kali RM150,000 dan RM50,000. Invoice dan transaksi bank membuktikan akaun transaksi itu. Sebagai tambahan RM300,000 lagi secara tunai kepada Harizan untuk Rafizi Ramli.

Ini bermakna jumlah rasuah diberi kepada Rafizi Ramli ialah RM500,000

GFIS (M) Sdn Bhd dimiliki oleh Puteri Mariana Abdul Majid dan Muhammad Hishamuddin Hasan.

KRONOLOGI PERTEMUAN DATO’ ABU HANIFAH CEO DATASONIC DENGAN MOHD HARIZAN HARIS KRONI RAFIZI

25 Julai 2023

Dato’ Abu Hanifah bertemu Mohd Harizan Haris, diperkenalkan oleh Datuk Hamid dan anaknya Anwar (bekas pemegang saham utama NexG). Mohd Harizan mendakwa sebagai rakan rapat dan penyokong Rafizi. Beliau juga menyatakan Rafizi boleh membantu meneutralkan pendirian PMX bagi mendapatkan lanjutan yang memihak kepada projek Datasonic Group Bhd.

Dato’ Abu Hanifah NoordinPengasas Datasonic (NexG)

31 Julai 2023

Memberi taklimat kepada Dato’ Abu Hanifah mengenai cadangan Mohd Harizan Haris

10 Ogos 2023

Mohd Harizan menghantar sebut harga perkhidmatan berjumlah RM200,000 invoice bertarikh 28 Julai 2023. Bagaimanapun Invoice dipinda dan dipecahkan kepada dua iaitu RM150,000 dan RM50,000. Invoice RM50,000 bertarikh 10 Ogos 2023. Projek ini tidak wujud dan hanya satu cara memberi wang kepada Rafizi Ramli

11 Ogos 2023

Dato’ Abu Hanifah mengarahkan  Datasonic membayar RM150,000 kepada Mohd Harizan bagi menyokong aktiviti politik berkaitan Rafizi. Bukti transaksi bank pada 11 Ogos 2023.

14 Ogos 2023

Mohd Harizan mengatur pertemuan dengan TKSU Datuk Yatimah di pejabat beliau. Dato’ Abu Hanifah dan Datuk Hamid menghadiri makan malam bersama TKSU di restoran hotel di Putrajaya.

15 Ogos 2023

Dato’ Abu Hanifah mengarahkan menyelesaikan bayaran kedua sebanyak RM50,000 kepada Mohd Harizan. Dato’ Abu Hanifah juga memaklumkan bahawa Harizan akan memaklumkan kepada Rafizi sekiranya baki bayaran tidak dijelaskan. Bukti transaksi bank bertarikh 16 Ogos 2023 seperti berikut;

17 Ogos 2023

Dato’ Abu Hanifah  bertemu semula dengan Mohd Harizan secara bersendirian. Perbincangan juga berkisar kepada projek Vending Machine yang akan diberikan kepada Datasonic.

23 Ogos 2023

Dato’ Abu Hanifah bertemu Mohd Harizan bersama Datuk Hamid dan Anwar.

19 September 2023

Mesyuarat lobi projek pasport bagi tujuan lanjutan kontrak selama lima tahun dilaporkan telah diadakan bersama Mohd Harizan.

Dalam masa yang sama, pada bulan September ini Dato’ Abu Hanifah turut dilaporkan membawa masuk Victor Chin Boon Long ke dalam Datasonic Group Berhad. Mereka memujuk Dato Safian Mohd Yunus (Proksi Fakhri Yassin) menyerahkan saham utamanya kepada mafia korporat Victor Chin maka pada 29 September 2023 Dato Safian Mohd Yunus melupuskan sahamnya

Ini bermakna Dato’ Abu Hanifah menggunakan ‘dua kolam’ untuk menyelesaikan masalahnya iaitu menggunakan Rafizi Ramli dan Victor Chin Boon Long.

DATASONIC DIANUGERAHKAN PROJEK VENDING MACHINE – IPR

Susulan usaha lobi berterusan Dato’ Abu Hanifah serta pemberian wang rasuah pada peringkat awal, Datasonic Group Berhad dilaporkan telah dianugerahkan satu projek Kementerian Ekonomi di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Pada 29 Julai 2024, anak syarikatnya menerima tawaran bagi penyewaan sebanyak 818 unit mesin layan diri (vending machine) untuk pelaksanaan Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN).

Kontrak tersebut melibatkan tempoh selama 24 bulan, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM21,163,296.00. Surat Setuju Terima (LOA) bagi projek ini bertarikh 22 Julai 2024.

SKANDAL PEMBELIAN SYARIKAT INNOV8TIF BERNILAI RM40 JUTA DARIPADA REVENUE GROUP BHD

Dato’ Abu Hanifah bersama Datuk Abdul Hamid yang membawa Mafia Korporat Victon Chin Boon Long ke dalam Datasonic Group Bhd terdesak memerlukan cara menunaikan duit daripada Datasonic maka Victor mengarahkan Datasonic membeli 51% ekuiti dalam syarikat Innov8tif sebuah syarikat milik yang dikuasainya daripada Revenue Group Bhd dengan harga ‘mark up’ yang tinggi sebanyak RM40 juta.

Penjualan tersebut dengan harga yang luar biasa jelas mempunyai elemen rasuah atau CBT kerana terjadi satu hari sebelum mesyuarat khas lembaga pengarah meluluskan due diligence report. Lebih mencetuskan persoalan syarikat ini telah dijual 5 kali oleh Victor Chin sebelum ini. Ada pemegang saham membuat laporan kepada SPRM namun tiada tindakan dilakukan

Laporan dibuat kepada SPRM- Abu Hanifah tergesa-gesa dapatkan
kelulusan beli syarikat Innov8tif

Dato’ Abu Hanifah dilihat agresif dalam mendapatkan kelulusan dan menutup satu urus niaga kontroversi yang meragukan.

Dalam sibuk Dato’Abu Hanifah dan Hanizan melobi menggunakan Rafizi, Abu Hanifah berusaha menyelesaikan baki bayaran 90% (RM36 juta) seawal separuh pertama pada januari 2025 yang jelas berkait dengan kempen pemilihan PKR pada April dan Mei 2025.

Semuanya demi wang dengan tujuan menaja kempen Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR! Menurut sumber pemberian rasuah Dato’ Abdul Hamid CEO Datasonic bukan setakat RM500 ribu melalui syarikat GFIS (M) Sdn Bhd dan projek Vending Machine RM21.1 juta Datasonic tetapi juga hasil pembelian syarikat Innov8tif daripada Revenue Group bernilai RM40 juta. Berapa agaknya dana diberi kepada Rafizi agar menolong Datasonic?

Lantaran itu Rafizi Ramli dalam pengakuan di podcastnya menjelaskan kepentingan NexG Bhd (Datasonic) yang dikuasai pelbagai pihak sebelum mafia korporat Victor Chin, Rafizilah orang pertama dicari Dato’ Abu Hanifah membantu lobi kontrak Datasonic Group Bhd (NexG) ialah Rafizi Ramli.

Gesaan siasatan SPRM dan Ketua Audit Negara

SPRM dan Jabatan Audit Negara sebagaimana dilapor media digesa menyiasat projek Vending Machine Kementerian Ekonomi.

SPRM perlu memanggil Mohd Harizan Haris Pengarah Struktur & Strategi Kewangan daripada syarikat GFIS (M) Sdn Bhd yang mendakwa dirinya proksi Rafizi Ramli dan telah menerima wang lobi RM500 ribu sebagaimana bukti transaksi bank bagi melobi syarikat Datasonic Group Bhd. Siasat dimana RM300 ribu tunai lagi dibelanjakan oleh Rafizi dan Harizan?

Siasat pengarah syarikat GFIS (M) Sdn Bhd Puteri Mariana Abdul Majid dan Muhammad Hishamuddin Hasan bersekongkol mencipta projek palsu daripada Datasonic. Siasat transaksi bank RM200,000 GFIS (M) Sdn Bhd ke mana duit itu dibelanjakan?.

Lebih penting siasat bekas Timbalan Ketua Setiausaha Sektoral Kementerian Ekonomi yang digunakan Rafizi dan Harizan sebagai kuda projek di Kementerian EKonomi.

Back To Top