Persoalan Besar di Sebalik Projek ART JB
Cadangan pemberian projek LRT- Autonomous Rapid Transit (ART) secara konsesi jangka panjang lebh 30 tahun kembali mengundang persoalan besar dalam kalangan pemerhati industri dan rakyat. Nama taikun Syed Mokhtar Albukhary sekali lagi muncul sebagai pemain utama dalam projek strategik negara, sekaligus mencetuskan perdebatan sama yang telah berulang sejak lebih tiga dekad lalu — mengapa projek besar negara sering diberikan kepada individu dan rangkaian korporat yang sama seperti Syed Mokhtar?
Lebih membimbangkan, projek ini turut dikaitkan dengan kerjasama tokoh korporat seperti Datuk Siew Ka Wei bos Ancom group, yang sebelum ini pernah direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Walaupun belum disabitkan kewujudan rekod siasatan sebegini tetap menimbulkan persoalan serius mengenai tahap saringan integriti dalam pemilihan rakan strategik projek awam.

Ketua Pengarah UKAS Dipersoalkan
Sebagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sepatutnya berfungsi sebagai badan yang memastikan setiap projek Public-Private Partnership (PPP) dinilai secara telus, kompetitif dan berasaskan merit. Namun dalam kes ART ini, ketelusan proses pemilihan mula dipersoalkan apabila tidak banyak maklumat didedahkan kepada umum mengenai bagaimana sesuatu konsortium dipilih berbanding pesaing lain.
Menurut sumber, Ketua Pengarah UKAS, Datuk Muhammad Razman Abu Samah, terlalu pro kepada Tan Sri Syed Moktar MMC Corporation Berhad walau kos projek lebih mahal dan rakyat menanggungnya untuk 50 tahun konsesi. Ini sangat merugikan rakyat.
Rujukan kepada dokumen terdahulu turut menunjukkan wujud persepsi dalam industri bahawa projek berskala besar cenderung diberikan kepada kumpulan tertentu yang mempunyai hubungan lama dengan kerajaan. Persepsi ini, jika tidak ditangani secara terbuka, berisiko menghakis keyakinan pelabur dan rakyat terhadap sistem pemberian konsesi negara.
Kerajaan Madani harus berhati-hati kerana pemberian projek kepada kroni Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin bakal memberi keburukan kepada PMX kerana terbukti sebelum ini Syed Mokhtar menjadi pembiaya pilihanraya kepada Kerajaan Perikatan Nasional sehingga Tan Sri Muhyiddin Presiden Bersatu didakwa terima rasuah
Monopoli Konsesi Lama
Keterlibatan Syed Mokhtar dalam projek ART bukanlah satu perkara baharu jika dilihat kepada sejarah panjang penguasaannya dalam sektor strategik negara. Sejak era penswastaan 1990-an, empayar beliau berkembang merangkumi pelabuhan, logistik, tenaga, automotif dan juga sektor makanan asas. Semua monopoli dan sapu!

Penguasaan yang meluas ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan terlalu bergantung kepada pemain lama sehingga mengehadkan peluang kepada syarikat lain yang berpotensi menawarkan model lebih inovatif atau kos yang lebih kompetitif. Dalam konteks ekonomi moden yang menekankan persaingan terbuka, dominasi berterusan oleh satu rangkaian korporat boleh membawa implikasi jangka panjang terhadap struktur pasaran negara.
Isu Integriti – SPRM
Aspek paling sensitif dalam isu ini adalah berkaitan integriti rakan strategik. . Ancom Nylex Bhd dan Nylex Malaysia Bhd merupakan syarikat dikuasai oleh taikun media kontroversi DATO’ SIEW KA WEI yang pernah terlibat skandal “Speedy Gonzales” RM99.963 million tahun 2019 ketika sebagai Pengerusi Tourism Malaysia itu direman SPRM bersama kekasih gelapnya Ms Elizabeth Ken CEO pengarah Geeko Tech Sdn Bhd. Projek Geeko yang diluluskan ekspress sebelum pilihanraya masih misteri hingga sekarang kerana tidak dakwa oleh SPRM . Siew Ka Wei pemilik Nylex dan Ancom merupakan syarikat bermasalah syarikat berstatus PN17 dan telah dinyah senarai Bursa .
ARTIKEL BERKAITAN –
Bagaimana UKAS boleh membuat pilihan syarikat bermasalah bersama MMC Corporation Berhad (MMC) milik Syed Mokhtar?
Risiko Konsesi Jangka Panjang
Cadangan pemberian konsesi ART untuk tempoh sehingga 50 tahun turut menimbulkan kebimbangan mengenai implikasi jangka panjang kepada rakyat. Konsesi sebegini lazimnya mengikat kerajaan masa depan kepada perjanjian yang sukar diubah, termasuk struktur kos, kadar tambang dan model operasi.
Dalam banyak kes terdahulu, perjanjian konsesi jangka panjang akhirnya memberi kelebihan besar kepada pihak swasta, manakala kerajaan dan pengguna terpaksa menanggung kos tambahan dalam tempoh yang panjang. Justeru, pemberian konsesi baharu tanpa penilaian menyeluruh boleh mengulangi kesilapan lama dalam model penswastaan negara.
Ujian Kepada Reformasi Kerajaan
Isu ini akhirnya menjadi ujian kepada komitmen reformasi institusi yang sering ditekankan oleh kerajaan. Dalam era yang menuntut ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus baik, setiap keputusan melibatkan projek berbilion ringgit seharusnya mampu dipertahankan secara terbuka.
Jika pemberian konsesi terus dilihat memihak kepada Tan Sri Syed Mokhtar sahaja tanpa penjelasan yang jelas, maka naratif reformasi berisiko dilihat sebagai retorik semata-mata. Lebih penting, ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan untuk memutuskan hubungan dengan model kronisme lama.
Projek ART bukan sekadar pembangunan pengangkutan bandar, tetapi cerminan kepada bagaimana negara mengurus aset strategik dan menentukan hala tuju ekonomi masa depan. Persoalan yang timbul bukan lagi mengenai siapa yang layak semata-mata, tetapi sama ada sistem sedia ada benar-benar memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat.
Sudah-sudahlah memberi kepada Tan Sri Syed Mokhtar. Cukuplah!
