
Teka teki mengenai siapa Tan Sri yang ditahan SPRM dengan wang bernilai RM300 juta sudah terjawab.
Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang merupakan pemilik tunggal Kedah Darul Aman FC telah ditahan reman SPRM selama 4 hari. Tan Sri Daud Bakar yang selama ini membiayai bolasepak KDA FC dipercayai menipu wang pelabur sehingga RM300 juta sejak dua tahun lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika mengesahkan perkara itu berkata Tan Sri Daud yang berusia 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat swasta dan ahli kewangan Islam ditahan selepas tiba di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya, semalam.

Katanya, SPRM memperoleh kebenaran perintah reman selama empat hari hingga Ahad ini terhadap suspek itu di mahkamah Putrajaya, pagi tadi, bagi membantu siasatan lanjut.
Selain itu, beliau berkata, SPRM turut menahan seorang wanita yang juga ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit yang berpangkalan di Kuala Lumpur, kelmarin, untuk membantu siasatan kes sama.
Tan Sri Daud adalah penaung kelab dan pemilik tunggal KDA FC sejak 2021, kemudian pada 2022 memainkan peranan lebih besar dalam menyusun hala tuju dan strategi masa depan untuk memacu masa depan skuad Sang Kenari. Sanusi, Menteri Besar Kedah memberikan sepenuh kepercayaan kepada Tan Sri Daud untuk menguruskan pasukan KDA FC.

Tan Sri Daud adalah anak jati Alor Setar adalah pengerusi bagi sebuah syarikat penasihat kewangan, Amanie Advisors yang berpengkalan di Kuala Lumpur.
Tan Sri Daud merupakan individu yang bertanggungjawab selaku pengasas bersama bagi Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan juga MyFinB Sdn Bhd.

Tan Sri Daud yang cukup terkenal dalam industri kewangan Islam turut pernah dilantik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 1 Julai 2019 sehingga 30 Jun 2022.
Selain itu, beliau juga turut menjawat pelbagai jawatan yang hebat seperti Ahli Badan Penasihat Bank of Oman serta Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Bukan sahaja membiayai pasukan KDA FC, Tan Sri Daud dipercayai funder kepada PAS di negeri Kedah dan orang yang bertanggungjawab membawa Radhi Mat Din dan Badrol Bakhtiar sebagai wakil rakyat PAS.
