Ketika dakwaan hubungan tidak wajar, campur tangan pentadbiran dan salah guna dana awam melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif Dr. Firdausi Suffian bersama pegawai perhubungan awam (PR) Ily Lia Affiqah belum reda, satu lagi pendedahan baru lebih serius mengenai lawatan rasmi ke Ras Al Khaimah Investment and Business Summit (RAKIS) 2024 yang didakwa telah bertukar menjadi lawatan lanjutan percutian ke Dubai tanpa justifikasi munasabah.

Maklumat yang diterima mendedahkan salahguna kuasa, tuntutan perbelanjaan, serta konflik kepentingan yang wajar disiasat secara bebas oleh pihak berkuasa dan lembaga pengarah.
1. RAKIS Bukan di Dubai — Tetapi Mengapa Perbelanjaan & Tempoh Seakan Lawatan Dubai?
RAKIS 2024 berlangsung di Ras Al Khaimah, sebuah emiriah berasingan daripada Dubai. Namun, rekod tuntutan dan pergerakan pegawai yang terlibat menimbulkan persoalan:
- Acara rasmi berlangsung dua hari (10–11 Disember 2024)
- Termasuk perjalanan, tempoh munasabah adalah empat hari (8 hingga 12 Disember 2024)
- Namun lawatan dilanjutkan sehinggga 14 Disember 2024
Persoalan utama:
Apakah justifikasi rasmi untuk lanjutan 2 hari tambahan — dan siapakah yang meluluskan kos tersebut?. Sumber berkata kos di Dubai ditanggung oleh Invest Sabah.

2. CEO Panelis, Booth Dibuka — Lawatan Rasmi bawa staff sebagai Justifikasi Perjalanan bawa skandal?
Walaupun kehadiran CEO Invest Sabah Berhad, Dr. Firdausi Suffian, sebagai panelis jemputan dalam program antarabangsa disahkan melalui bukti bergambar, tindakan Invest Sabah membuka booth pameran serta membawa dua kakitangan termasuk skandalnya Ily Lia Affiqah atas alasan mengangkat barang dan menjaga booth menimbulkan persoalan tadbir urus.


Ini kerana difahamkan tugasan booth tamat seiring berakhirnya acara, seorang staf telah pulang awal namun CEO dan pegawai PR Lia Affiqah dilaporkan melanjutkan penginapan di Dubai. Keadaan ini mencetuskan persoalan apakah keperluan sebenar seorang pegawai PR berada melebihi tempoh acara rasmi apabila fungsi booth telah selesai, dan adakah justifikasi perjalanan ini selari dengan prinsip ketelusan serta penggunaan dana awam yang berhemat?
3. Alasan memanjangkan Lawatan di Ras Al Khaimah- Dubai- “Jumpa Pelabur” tetapi Tiada Bukti Bertulis atau Dokumentasi
Alasan rasmi yang dikemukakan bagi lanjutan penginapan ialah untuk mengadakan pertemuan dengan pelabur berpotensi, namun dakwaan yang timbul menunjukkan ketiadaan hampir keseluruhan dokumentasi asas yang lazim bagi lawatan pelaburan rasmi.
Tiada gambar rasmi pertemuan, tiada laporan atau minit mesyuarat, tiada kenyataan media susulan, malah tiada sebarang pengumuman memorandum persefahaman (MoU) atau ringkasan hasil perbincangan yang boleh dijadikan rujukan awam atau dalaman.
Kekosongan dokumentasi ini menimbulkan persoalan serius dari sudut tadbir urus dan akauntabiliti, kerana dalam amalan standard agensi pelaburan, setiap pertemuan strategik lazimnya direkodkan sekurang-kurangnya dalam bentuk laporan ringkas atau catatan hasil lawatan. Justeru, jika benar pertemuan pelabur telah berlangsung seperti didakwa, mengapakah tiada satu pun bukti atau dokumentasi rasmi dikeluarkan untuk menyokong justifikasi lanjutan penginapan tersebut?
4. Bukan lawatan tapi Percutian Keluarga
Aduan yang diterima mendakwa bahawa perjalanan yang dikaitkan dengan urusan ke Dubai tidak lagi menyerupai lawatan kerja, sebaliknya lebih cenderung kepada percutian keluarga.
Menurut sumber Ily Lia Affiqah telah membawa kedua-dua ibu bapanya bersama dalam perjalanan berkenaan, sekali gus menimbulkan persepsi bahawa lawatan itu bersifat peribadi dan bukannya rasmi. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila timbul dakwaan bahawa kos penginapan lanjutan sepanjang tempoh tersebut ditanggung oleh Invest Sabah Berhad.

Dr Firdausi sanggup buat demi kesayangannya Ily Lia Affiqah. Selepas RAKIS 2024 terus bercuti ke Dubai.


Jika dakwaan ini benar, ia bukan sekadar isu prosedur dalaman, tetapi menyentuh persoalan asas penyalahgunaan dana awam — apabila perbelanjaan syarikat milik kerajaan digunakan untuk menanggung individu yang tidak mempunyai sebarang peranan rasmi, mandat kerja atau kepentingan strategik terhadap objektif pelaburan negeri. Dalam konteks tadbir urus korporat dan akauntabiliti sektor awam, situasi ini berpotensi mencerminkan kegagalan kawalan dalaman yang serius serta membuka ruang kepada salah guna kuasa dan perbelanjaan yang tidak berjustifikasi.
Jika perbelanjaan sendiri siapa menanggung kos yang tinggi?
5. LAIN_LAIN: Dakwaan Penyalahgunaan Aset & Kuasa Pentadbiran Dalam Negara
Selain siri lawatan luar negara ke Osaka, Jepun, Brunei dan Dubai, beberapa aduan tempatan turut dibangkitkan yang mencetuskan persoalan serius mengenai justifikasi lawatan rasmi.
(a) Lawat kilang tapi hadir Majlis Perkahwinan adik Ily Lia Affiqah
Dakwaan lawatan kilang di Tawau, sedangkan pada masa yang sama CEO Invest Sabah Berhad dilaporkan menghadiri majlis perkahwinan adik kepada Ily Lia.
Menurut sumber lagi CEO berada di Tawau pada 15–17 Ogos, sehingga hujung minggu, dengan alasan rasmi adalah lawatan syarikat bertemu pelabur. Namun, keadaan di lapangan menimbulkan tanda tanya apabila tiada pegawai Invest Sabah lain dilaporkan mengiringi CEO. Beliau dilihat menghadiri majlis perkahwinan berpakaian Melayu lengkap pada hujung minggu, serta menggunakan kenderaan rasmi pejabat.

Dakwaan ini diperberatkan lagi dengan tuntutan perjalanan dan penggunaan aset kerajaan bagi urusan yang bersifat peribadi, sekali gus menimbulkan persoalan asas tadbir urus: adakah wajar sesuatu lawatan rasmi dibuat pada hujung minggu tanpa kehadiran pegawai kanan lain, dan sebenarnya hadir majlis perkahwinan.
(b) Dakwaan Salah Guna Pemandu Rasmi
Selain itu, timbul dakwaan salah guna kemudahan pemandu rasmi apabila beberapa kakitangan mendakwa CEO Invest Sabah Berhad telah mengarahkan pemandu rasmi pejabat untuk melaksanakan tugasan yang tidak berkaitan dengan urusan kerja.
Antara dakwaan yang dibangkitkan termasuk arahan kepada pemandu rasmi untuk mengambil dan menghantar skandalnya Ily Lia Affiqah dari rumah, serta mengurus pergerakan ahli keluarga CEO sendiri. Perkara ini menimbulkan persoalan serius dari sudut pematuhan prosedur dan kelayakan penggunaan kemudahan kerajaan, memandangkan individu-individu terbabit didakwa tidak mempunyai sebarang hak atau kelayakan untuk menggunakan perkhidmatan pemandu rasmi yang dibiayai melalui dana awam. Dalam konteks tadbir urus korporat syarikat milik kerajaan, jelas menunjukkan penyalahgunaan kemudahan rasmi bagi kepentingan peribadi.
(c) Campur Tangan Penilaian Prestasi Pegawai — Konflik Kepentingan demi kekasih
Aduan dalaman turut mendedahkan dakwaan serius bahawa CEO telah mengarahkan beberapa pegawai tertentu supaya menaikkan markah penilaian prestasi Ily Lia Affiqah ke tahap “cemerlang”, walaupun secara jelas kuasa penuh penilaian terletak di bawah bidang tanggungjawab ketua jabatan masing-masing. Tindakan ini didakwa dilakukan dengan membelakangkan pegawai penilai rasmi, sekali gus menimbulkan persepsi campur tangan tidak wajar demi kepentingan peribadi terhadap individu yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Perbuatan sedemikian bukan sahaja mencemarkan integriti sistem penilaian dalaman, malah melanggar prinsip asas tadbir urus korporat yang menegaskan bahawa tiada mana-mana eksekutif dibenarkan mempengaruhi atau mencampuri penilaian prestasi individu yang mempunyai hubungan peribadi dengannya.
Kesimpulan
Apabila aduan demi aduan muncul daripada pelbagai sumber berbeza ia tidak boleh dianggap terpencil. Dakwaan hubungan cinta CEO dengan Ily Lia yanng sebelum ini sebagai desas-desus menjadi benar selepas CEO disahkan bertunang dengan Ily Lia oktober lalu. Ini menunjukkan dakwaan penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan dan pencabulan amanah terhadap dana awam berlaku. Ini boleh menjejaskan kredibiliti institusi serta kepercayaan awam terhadap tadbir urus pelaburan negeri.
Tuntutan Awam
Sehubungan dengan keseriusan dakwaan yang dibangkitkan, pihak berwajib wajar bertindak secara telus dan tegas demi memelihara kepentingan awam. Ini termasuk pelaksanaan audit menyeluruh terhadap tuntutan perjalanan berkaitan RAKIS 2024 mengikut tatakelola kerajaan. Institusi pelaburan negeri tidak boleh sama sekali diselewengkan menjadi alat kepentingan peribadi, sebaliknya wajib kekal sebagai amanah awam yang diurus dengan integriti dan akauntabiliti penuh.
ARTIKEL BERKAITAN
