Seorang penduduk ingin mendapatkan klarifikasi mengenai pembinaan Flyover Sunway Quay – Subang Jaya sebagaimana yang dilaporkan oleh
Pekara dibawah dirujuk, kenyataan media dari pihak SJ Echo seperti berikut ;
Pertamanya, saya ingin mendapatkan klarifikasi bahawa MBSJ telah meluluskan projek tersebut? Jika benar, saya tidak perlu melaporkan posting tersebut kepada MCMC.
Kedua, dalam kenyataan MBSJ, suatu Trafik Impact Assessment (TIA), Road Safety Audit (RSA) telah dibuat dan dibentangkan kepada Jabatan Kerja Raya dan pihak NPE. Jika benar, saya mohon agar pihak tuan puan membentangkan dan menyiarkan dokumen tersebut kepada semua pihak termasuk orang awam. (make the document public’ly available). Dan pihak mana yang menjalankan verifikasi kepada laporan tersebut?
Ketiga, dalam RTSJ2035_Jilid2_Kawalan Pembangunan yang diterbitkan oleh pihak MBSJ, rancangan ini tidak tertera dalam development order tersebut, bagaimana DO ini dijadikan keutamaan secara tiba tiba?

Keempat, saya mohon pihak tuan/puan untuk mengadakan satu sesi conference, ia boleh dalam bentuk virtual atau in person, kepada semua penduduk yang terkait dengan projek ini. Ini termasuk, SEMUA warga dari SS13, SS14, Pihak MBSJ, Pihak JKR, Pihak Sunway SQ SB, Pihak KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN, pihak Plan Selangor, pihak Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor dan pihak Jabatan Audit Negara.
Kelima, Saya mohon untuk pihak Sunway dan MBSJ membentangkan semua Minutes Of Meeting secara transparent untuk semua approval yang diperoleh bagi Pelan Pembangunan di Sunway South Quay, TIA dan RSA.

Keenam, berdasarkan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (penggantian), pada halaman 26. 27 dan 28, Kawasan Sunway South Quay degazette sebagai Skim Perumahan Terancang dan Kawasan Perniagaan. Adakah rancangan tersebut juga dibentangkan kepada pihak KPKT yand dasarnya akan merujuk kepada UBBL dan merangka kepadatan penduduk?
Saya mohon agar pihak tuan/puan memberi klarifikasi kepada rakyat Malaysia, sebelum projek pembangunan ini dimulakan.
Saya mohon, pihak akhbar, cc’d juga menjalankan tugas untuk membantu dengan penerangan ini.
Terima Kasih.
