Menteri Besar Perlis Bagi 3,000 Hektar Tanah Kepada Syarikat Tauke Judi – Kata Man Toba

Viral di facebook, seorang pengguna Facebook bernama Man Toba menyerang secara terbuka Kerajaan Negeri Perlis dan Menteri Besar Perlis sekarang, YAB Mohd Shukri Ramli yang dikatakan telah memberi tanah seluas 3,000 hektar kepada sebuah syarikat milik tauke judi.

Man Toba kata “kalau bab ni dibuat oleh Kerajaan Madani, confirm segala lebai bawang dah keluar ayat power: “Kerajaan DAP bagi tauke judi lombong tanah Melayu!”

“Tapi sebab yang tandatangan kali ni Menteri Besar PAS Perlis, dan saksinya pulak Tan Sri Vincent Tan (ya, tauke Berjaya Group — empayar nombor ekor, kasino, mall, hotel semua bawah dia)…terus jadi “kerjasama strategik Rare Earth & durian Blackthorn”. Tudiaa… bila orang lain buat → “jual khazanah bumi kepada kafir!. Bila depa buat → “inisiatif jana ekonomi ummah”.

Man Toba mendedahkan, 3,000 hektar tanah itu adalah di kawasan mukim Titi Tinggi, Perlis yang akan dibangunkan lombong REE serta ladang durian Blackthorn.

Berapa luas sangat kawasan Titi Tinggi tu? Kalau semua nak kena korek dan lombong Rare Earth ini, penduduk nak duduk di mana? Kena pindah ke Siam lah jawabnya.

Dengan pelaburan awal sejumlah RM15 juta dan tambahan kilang bernilai RM120 juta. REE akan mula digali pada Julai 2025. Pemberian lesen katanya akan dibuat pada awal tahun depan, Januari 2026 dan perlombongan penuh REE ini akan berlaku pada November 2026.

Semua projek ini difahamkan adalah dibawah MBI Perlis, sebuah anak syarikat yang berada di bawah seliaan Menteri Besar Perlis sendiri, Hari ini, PAS kecoh bercakap soal negara ini hendak dijajah oleh REE oleh pihak asing akibat perjanjian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS). Siap hendak ugut buat demo lagi kerana isu ini.

Tetapi dalam diam-diam, PAS sendiri yang sudah jual tanah kepada syarikat judi di negeri yang mereka perintah sekarang ini, Perlis. Perjanjian MOU ditandatangan di bangunan milik Vincent Tan lagi. Semua orang tahu, Vincent Tan adalah pemilik Sports Toto, sebuah syarikat judi dengan pegangan saham 51% sejak tahun 1982 lagi.

Bukan main lagi PAS berlakon hendak tutup kedai judi di Perlis tapi dalam diam-diam mereka bagi syarikat judi melombong REE di negeri Perlis, apa kemahiran dan teknologi yang syarikat judi hendak bawa untuk lombong REE di Perlis?

Back To Top