Kocak Jelai, Yang Tumbang Sebenarnya Adalah Saifuddin Abdullah

Tak sampai seminggu berlalunya program Kocak Jelai (sebutan sebagaimana yang disarankan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man), Perikatan Nasional di Pahang sebenarnya yang semakin goyang dan menanti masa hendak tumbang.

Mana tidaknya, Saifuddin Abdullah yang selama ini menjadi Pengerusi Perikatan Nasional telah digantikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (bakal MB Pahang bagi PAS) dan bakal calon Perdana Menteri Malaysia.

Sejurus selepas Pengerusi Perikatan Nasiona Pahang, Saifuddin Abdullah terus membuat serangan secara terbuka mendesak Tan Sri Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, Saifuddin terus dipecat.

Dakwanya, Muhyiddin perlu berundur daripada jawatan presiden dan memberi laluan kepada kepimpinan baru. Turut didesak untuk berundur adalah Azmin Ali, SU Agung Bersatu dan Tun Faisal, Ketua Penerangan Bersatu.

Bertindak balas terhadap kenyataan Saifuddin itu, yang tergugur dan tumbang adalah Saifuddin itu sendiri.

Lebih parah, Timbalan Ketua Bersatu Pahang Jasri Jamaludin berkata, keputusan dibuat pimpinan tertinggi PN yang bermesyuarat malam tadi sudah boleh dijangka dan perlu dihormati semua pihak. 

Lagi teruk, Jasri cakap perlantikan Tuan Ibrahim akan beri nilai tambah kepada Perikatan Nasional di Pahang dan mendakwa Tuan Ibrahim lagi kuat pengaruh berbanding Saifuddin Abdullah di Pahang.

Secara tidak langsung, Jasri hendak memberitahu bahawa selama ini Saifuddin Abdullah tidak ada pengaruh dan tidak memberi sebarang nilai kepada PN di Pahang. Teruk sangat dah cara Jasri membalun Saifuddin ni.

Sudah nampak bunga-bunga awal PN akan tumbang semasa Hogoh Jelai bila kamera lensa merakamkan aksi Tuan Ibrahim yang kelihatan tidur nyenyak semasa Saifuddin Abdullah menyampaikan ucapan.

Ini petanda awal Saifuddin akan ditumbangkan semasa program Hogoh Jelai. Betul lah cakap Tuan Ibrahim, Hogoh itu kocak sampai tumbang dan relai sesuatu pokok itu, yang sebenarnya kena game adalah Saifuddin. Sudah tumbang dia dalam politik di Pahang.

PN pun sudah goyang, gaduh sesama sendiri, tidak lama akan tumbang juga di Pahang. Bila Tan Sri Muhyiddin tidak turun dalam program Hogoh Jelai itu petanda dia tahu orang Pahang tidak suka pada dia. Orang Pahang masih ingat apa dia cakap pada Sultan Pahang. Orang Pahang tolak penderhaka di Pahang.

Back To Top