PETALING JAYA – Bekas Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif NexG Bina Berhad berkuat kuasa 15 Oktober, dalam satu langkah yang mengundang perhatian pasaran.
Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi yang memerlukan tumpuan terhadap komitmen lain di luar urusan korporat. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada lembaga pengarah dan pihak pengurusan atas kerjasama sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Namun, pengunduran seorang tokoh berprofil tinggi ini hadir ketika syarikat berkenaan berada dalam ekosistem korporat yang semakin mendapat perhatian, khususnya berkait perubahan pemilikan dan struktur kawalan.
Caely- Classita dan kontroversi mafia korporat Victor Chin Boon Long
Untuk rekod, perjalanan syarikat yang kini dikenali sebagai Classita Holdings Bhd tidak pernah sunyi daripada kontroversi, khususnya melibatkan tokoh korporat Victor Chin Boon Long.
Syarikat ini sebelum ini menjadi tumpuan apabila berlaku pertukaran kawalan yang didakwa melibatkan tekanan terhadap pengasas asal, Datin Fong Nyok Yoon dan suaminya, Datuk Chuah Chin Lai. Kedua-duanya dilaporkan dipaksa melepaskan jawatan pada September 2022 dalam suasana yang tegang, termasuk tindakan pembekuan akaun oleh SPRM yang menambah tekanan terhadap pengurusan ketika itu.
Krisis tersebut membuka laluan kepada perubahan struktur pemilikan. Pada Julai 2023, sebanyak 32.6% kepentingan dalam Classita Holdings telah dijual kepada Hong Seng Consolidated Bhd — sebuah syarikat yang turut dikaitkan dengan Victor Chin bersama isterinya, Chan Swee Yin.
Tidak terhenti di situ, landskap pemilikan terus berubah selepas Victor Chin menguasai NexG. Pada Ogos 2025, Hong Seng pula melupuskan pegangan 32.61% tersebut kepada NexG Bhd, sekali gus menjadikan NexG sebagai pemegang saham utama baharu dalam Classita. Tujuannya untuk melobi projek LRT kerjasama dengan WCT
Mengapa Tan Sri Razaruddin meletak jawatan pastinya sesuatu yang beliau sendiri tahu kerana Classita pernah disiasat PDRM Ketika Tan Sri Razaruddin sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Tan Sri Razaruddin dapat merasakan NexG bakal kontroversi lagi pada masa akan datang
