KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh NEXG Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM732.72 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi pembekalan kad pengenalan nasional Malaysia.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat teknologi maklumat dan komunikasi itu menyatakan bahawa kontrak tersebut merangkumi pembekalan MyKad, MyTentera dan MyPOCA (struktur baharu) untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan ia akan berjalan selama enam tahun bermula 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2032.
“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham kumpulan NEXG bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027 dan bagi tahun-tahun kewangan seterusnya sepanjang tempoh kontrak tersebut.
“Ia tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama,” tambah kenyataan itu.
ARTIKEL LAIN