KOTA KINABALU: Skandal lesen mineral Sabah semakin panas. Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei yang marah disekat masuk ke Sabah oleh Kerajaan Sabah, akhirnya mengakui mempunyai hubungan langsung dengan taikun Singapura, Dato’ Sri Pek Kok Sam, namun menegaskan kerjasama itu hanyalah berbentuk usaha sama (joint venture, JV) dan bukannya tajaan dana atau rasuah seperti didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kami JV. Rakan sekerja, masing-masing ada bahagian. Bukan pembiayaan seperti didakwa,” tegas Tei dalam sidang medianya di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.
Kenyataan itu setidaknya membuktikan Albert Tei yang mempunyai lebih 50 syarikat sebelum ini mengaku dia Adalah rakan niaga kepada Dato’ Sri Pek Kok Sam yang jelas nama mereka ada sebagai Pengarah syarikat dalam syarikat milik pemimpin UMNO Datuk Rafi Ali Hassan sebagaimana tular.
Namun, satu rakaman perbualan telefon yang diperoleh daripada Dato’ Sri Pek Kok Sam mendedahkan sebaliknya. Dalam pengakuan tersebut, Pek Kok Sam mengesahkan bahawa beliau telah menyalurkan wang lobi kepada Albert Tei untuk diserahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Dato’ Rafi Ali Hassan bagi tujuan melobi lesen mineral di Sabah. Mungkinkah rakaman ini akan dibocorkan?
Atau jika Dato’ Sri Pek Kok Sam dipanggil SPRM beliau telah mendedahkan kebenaran tentang pemberian dana lobi kepada Albert Tei.
Albert Tei Nafikan Terima Dana
Tei menolak dakwaan kononnya beliau menerima dana daripada mana-mana taikun luar negara.
“Saya menafikan. Kalau betul ada bukti, tunjukkan kepada saya. Sampai hari ini saya tidak pernah dipanggil untuk dirakam keterangan atau disoal siasat,” katanya.
Namun jika melihat kepada beberapa pengarah dalam syarikatnya nama-nama pembiaya syarikat Singapura jelas dalam lobi lesen mineral di Sabah. Albert Tei tidak mungkin menamakan pengarah dalam syarikat jika tidak dibiaya taikun Singapura.
Ini termasuk secara langsung Syarikat Singapura Dato’ Sri Pek Kok Sam asal Pahang yang menyenaraikan syarikatnya di Singapura.
Albert Tei dan Adun didakwa di mahkamah
Pada 30 Jun 2025 Albert Tei, didakwa di mahkamah atas pertuduhan memberi rasuah kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Turut didakwa, dua ADUN yang dikaitkan menerima wang sogokan daripada syarikat-syarikat besar yang dipengerusikan oleh bekas pegawai kanan polis, Dato’ Kuik Harris (Sinaran Hayat Sdn Bhd) dan Dato’ Hashim Justin (Nusa Kini Sdn Bhd).
Dalam pertuduhan itu, Tei dituduh memberi suapan berjumlah RM350,000 (RM200,000 kepada Yusof dan RM150,000 kepada Andi) dalam urusan permohonan lesen cari gali mineral Sabah
Dato’ Kuik Harris Pengerusi Sinaran Hayat Sdn Bhd dan Dato’ Hashim Justin Pengerusi Nusa Kini Sdn Bhd merupakan antara bekas pegawai kanan polis yang masih bertahan dalam Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) yang setiausaha agungnya ialah Dato’ Albert Tei.
Hari ini kartel Malaya ini datang ke Sabah guna PPGS untuk hasut rakyat. maka tindakan menyekat dia masuk ke Sabah sangat wajar!

Semua AJK PPGS bermula dari Presidennya Datuk Awang Sahari, timbalannya Datuk Omar Mamah dan bekas pegawai kanan lain telah meletak jawatan sebagai Pengerusi syarikat.
Pendedahan Sebelum Ini: UMNO Sabah Terpalit
Seperti pengakuan Datuk Seri Bung Moktar dalam sebuah podcast keluarnya UMNO dalam Kerajaan GRS menyelamatkan mereka dari rakaman video Dato’ Albert Tei. Katanya ‘mungkin seluruh pimpinan UMNO terlibat dalam skandal video’.
Media sebelum ini mendedahkan nama besar politik Sabah termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Dato’ Rafi Ali Hassan (Ketua Bahagian UMNO Labuan) yang didakwa menerima jutaan ringgit hasil lobi lesen mineral daripada Pek Kok Sam.








Antara laporan panas sebelum ini:
SPRM mengesahkan menyiasat Taikun Singapura. Namun apakah SPRM senyap selepas mengetahui Dato’ Sri Pek Kok Sam mempunyai kabel istana di Johor? SPRM patut membezakan isu mineral di Sabah tidak sama dengan mineral di Malaya! Atau menjadikan Dato’ Sri Pek Kok Sam taikun Singapura ini sebagai saksi mendedahkan rakan kongsinya Albert Tei!.
Pengakuan Albert Tei bahawa beliau memang berkongsi kepentingan JV dengan Pek Kok Sam semakin menguatkan spekulasi bahawa lesen mineral di Sabah telah dijadikan alat lobi politik.
Bagi pemerhati politik, kenyataan Tei seolah-olah mengesahkan jaringan antara taikun Singapura – proksi korporat tempatan – pemimpin UMNO Sabah yang telah pun didedahkan sejak Julai lalu.

Persoalannya kini:
Adakah JV yang disebut Tei hanyalah “topeng” kepada transaksi politik dan dana rahsia?
Adakah SPRM benar-benar memanggil Pek Kok Sam dan pemimpin UMNO Sabah seperti Datuk Rafi Ali Hassan yang terbukti sebagai rakan perniagaan Taikun Singapura itu?
SPRM sepatutnya panggil Datuk Rafi Ali Hassan untuk beri keterangan sebagaimana mereka memanggil Datuk Dr Jeffrey Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah.