PAS, Pertembungan Antara Kem Tuan Ibrahim Dengan Kem Hadi Awang (Shamsuri)

“Sudah menjadi lumrah, akan ada usik-mengusik dalam perbahasan perwakilan. Kadangkala teguran diberikan secara tegas, dan kebanyakannya dengan cara yang halus dan lembut. Semua itu adalah tanda kasih sayang dalam jemaah dan perjuangan. Teguran yang benar wajar dijadikan pedoman, manakala teguran yang kurang tepat pula dijadikan peringatan” ini ayat Tuan Ibrahim pada 17 September, dua hari lepas.

Turut disulami dengan peringatan tentang berniaga kambing. “Ternak dahulu kambing, kemudian barulah berbincang tentang pembahagian untung.”, semua ini nampaknya seolah satu jawapan tegas Timbalan Presiden PAS itu terhadap apa yang ditulis oleh Tun Mahathir yang seolah-olah memperkecilkan PAS bila menyebut tentang soal kerusi dan siapa calon Perdana Menteri.

Dalam diam memang ramai mengetahui Tuan Ibrahim menolak menjadi calon Perdana Menteri. Dia berpura-pura tidak mahu dan nampak macam mengalah. Sebenarnya Tuan Ibrahim ini licik orangnya, dia bukan lagi Tuan Ibrahim yang dahulu. Seorang bekas pensyarah dan bekas Menteri dalam Kerajaan Pusat tentunya ada sesuatu yang dia mahu bila sudah berasa berada dalam kuasa. Dia pernah ada SUPOL, SUSK, SUS dan barisan pegawai khas, sudah tentu mereka ini bekerja untuk Tuan Ibrahim.

Oleh itu jangan hairan bila bekas SUPOL Tuan Ibrahim bertindak kasar terhadap PAS. Analisis yang dibuat oleh Zuhdi ini adalah suatu peluru yang tajam yang boleh membunuh parti PAS dan membuktikan selama ini PAS adalah parti yang gagal berpakat, bergabung dan berperikatan dengan parti-parti lain.

Bila sudah jadi abang besar dengan menang 43 kerusi sekarang ini, PAS tentunya mahu menang banyak lagi dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Zuhdi kini bukan jadi AJK PAS Pusat, dia membuat kerja-kerja politik untuk menaikkan Tuan Ibrahim sebagai calon Perdana Menterinya. Afnan, Ketua Pemuda PAS telah secara terbuka menyokong dan menamakan Tuan Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Afnan dari Kedah adalah budak Sanusi.

Mereka ini semuanya berpakat dengan kem Tuan Ibrahim untuk menjatuhkan kem Hadi yang mana mereka tahu mahukan Shamsuri menjadi calon Perdana Menteri.

Pertembungan terbuka sekarang ini dalam PAS adalah antara kem Tuan Ibrahim dan kem Hadi Awang. Kem Tuan Ibrahim mastermindnya adalah Zuhdi sendiri sebagai bekas SUPOL dengan dibantu kuat oleh Sanusi, MB Kedah, Shahidan Kassim dan Afnan, Ketua Pemuda PAS.

Oleh kerana itulah Sanusi secara terbuka telah bergaduh dengan Bersatu dalam isu duit pilihan raya. Bukan setakat itu sahaja, Sanusi dengan selambanya telah makan PAS Perlis bila menegur PAS Perlis secara terbuka dalam ucapannya. Malah Shukri, MB Perlis sendiri telah dimakan dan hilang terus daripada radar PAS Perlis dengan bantuan Shahidan dan Sanusi. Belum pernah dengar lagi PAS Perlis dapat “peruntukan khas”, kali ini ada diberi oleh Shahidan Kassim.

Kem Tuan Ibrahim sekarang ini sudah besar. Tuan Ibrahim sudah mendapat “back up” daripada Rafizi Ramli bila Rafizi Ramli setuju kawtim isu rasuah tebatan banjir Tuan Ibrahim. Ini petanda Tuan Ibrahim sedang melakukan sesuatu yang besar dalam PAS.

Pada 19 Oktober ini, akan ada satu himpunan di Jelai. Ramai meramal himpunan itu adalah seperti himpunan PAS yang lain. Ianya sebenarnya adalah Himpunan Geng Tuan Ibrahim untuk menunjukkan bahawa Tuan Ibrahim kuat dan layak menjadi Perdana Menteri.

Tuan Ibrahim tahu orang Terengganu dan Kelantan tidak berapa gemar dengannya sebab ramai PAS di Kelantan dan Terengganu adalah berpaksi kepada Hadi Awang dan Shamsuri. Tuan Ibrahim sudah mendapatkan sokongan daripada Sanusi dan Afnan, malah Rafizi Ramli pun bersama dengannya sekarang.

Back To Top