Serangan Ke Atas Anak Rafizi Ramli, Dari Mana Penyerang Dapat Idea Guna Picagari

Baru baru ini negara kita dikejutkan dengan serangan menggunakan picagari (needle spiking attack) terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, berusia 12 tahun. Diserang menggunakan jarum suntikan oleh individu tidak dikenali ketika sedang keluar dari sebuah pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya.

Menurut Rafizi, suspek mengekori mereka—berpakaian serba hitam dan menutup wajah—sebelum menyerang secara tiba-tiba. Berita ini mengejutkan seluruh negara dan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim telah bertindak pantas menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan segera untuk menangkap penyerang yang terlibat.

Rafizi turut mendedahkan mesej ugutan turut dihantar kepada isterinya selepas serangan terhadap anak mereka. Salah satu mesej itu didakwa mengugut anak mereka dengan jangkitan virus AIDS.

“Mesej itu berbunyi: ‘Diam! Andai teruskan, AIDS!’ dan disertakan dengan tiga emoji picagari,” dedah Rafizi.

Dari mana idea menyerang gunakan picagari ini timbul?

Serangan cara ini memang berlaku di Eropah. Dikenali sebagai “Needle Spiking” di kelab malam & acara umum (terutamanya Eropah).

Di Perancis (Fête de la Musique) pada Jun 2025, sekitar 145 individu melaporkan disadur (pricked) dengan picagari semasa festival jalanan di seluruh negara, termasuk Paris, Angoulême, Metz, dan Rouen. Polis telah menahan 12 suspek namun belum ada yang dikenakan pertuduhan. Banyak kes belum mengesahkan sama ada ada bahan kimia atau dadah yang disuntik menggunakan jarum itu.

Manakala sejak 2022–2025 di Eropah (terutama UK, Perancis, Belgium, Sepanyol, Belanda), Kerajaan UK sendiri mengkaji kira-kira 1,000 laporan “needle spiking” sejak Okt 2021. Tiada kes yang disahkan wujudnya suntikan dadah; suspek sukar ditangkap.

Di Perancis, lebih 1,000 aduan mengenai kes pricking sejak awal 2022 — majoritinya berlaku dalam konteks hiburan malam. Kira-kira 1.2% daripada semua mangsa jenayah mendakwa pernah mengalami pricking, dengan majoriti adalah wanita muda (~21 tahun) semasa acara meriah.

Di Sepanyol, sekitar 50 laporan, terutamanya di Catalonia. Hanya seorang mangsa – seorang budak perempuan 13 tahun – menunjukkan kehadiran ecstasy dalam ujian toxikologi.

Sementara itu di Belgium, satu kes di stadium bola ketika perlawanan antara KV Mechelen vs Genk serta festival remaja. Kes di Mexico City dilaporkan berlaku di bas laluan dan MRT — mangsa, kebanyakannya perempuan, merasa dicucuk tanpa sedar.

Beberapa kes serangan picagari juga mensasarkan individu dengan cara yang ganas.

Pada tahun 1990, seorang pegawai penjara di Sydney diserang dengan picagari yang mengandungi darah HIV oleh banduan; kes kemudiannya menyebabkan jangkitan dan kematian mereka.

Pada tahun 1992, Brryan Jackson ditusuk oleh bapanya dengan darah HIV; disahkan positif HIV dan AIDS.

Pada tahun 1998, Seorang doktor di Louisiana dihukum kerana cubaan membunuh bekas kekasihnya dengan menyuntik darah tercemar (HIV dan Hepatitis C).

Ada juga serangan menggunakan picagari dilakukan secara jarak jauh dan rawak.

Di Vancouver Kanada, pada bulan Mac 2022, seorang wanita jalanan ditikam di kaki dengan picagari oleh individu asing. Seorang suspek telah ditahan atas dakwaan serangan dengan senjata.

Juga berlaku di Kanda pada April 2022, beberapa kes rawak dilaporkan  individu warga biasa dicucuk di kaki pada waktu pagi. “Ini kali ketiga sejak November lalu… setiap kes tiada kaitan.”

Di Malaysia, serangan yang berlaku ke atas anak YB Rafizi Ramli ini adalah yang pertama kali seumpamanya di tempat awam di negara ini. Dari mana penyerang mendapat idea seumpama itu boleh jadi penyerang itu pernah belajar atau bekerja di Eropah atau Kanada dan seringkali terbaca dengan serangan-serangan yang berlaku seumpamanya di negara-negara itu.

Barangkali juga, penyerang mendapat idea selepas menonton filem Blood Brother, Bara Naga yang memaparkan satu adegan di mana Fadlan telah membunuh adiknya Sheila menggunakan jarum suntikan yang mengandungi racun. Serangan “needle spiking” itu disasarkan pada kaki Sheila hingga membuatkan Sheila mati pada malam perkahwinan pertamanya bersama dengan Ghaz.

Selepas meneliti CCTV rumah Datuk Zul, memang didapati ada suntingan dibuat terhadap kandungan CCTV asal dan lebih mengesahkan lagi Fadlan yang membunuhnya bila ada rakaman kamera lain yang dipasang oleh Jaki.

Oleh itu dalam kes anak YB Rafizi Ramli, CCTV dan semua dashcam kereta yang berada di lokasi pada masa dan waktu kejadian adalah amat bernilai untuk melihat dan memberi clue sebenar siapa sebenarnya penyerang needle spiking itu. Pihak polis Malaysia sudah tentu sedang berusaha ke arah itu. Kita nantikan.

Back To Top