Tarif Baharu Air Johor Hanya Untuk Pengguna Industri, Majoriti Pengguna Domestik Tidak Terkesan

Pelarasan tarif baharu air Johor tidak membabitkan majoriti pengguna domestik, rumah ibadat dan golongan rentan dalam kelompok e-Kasih, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ), Anuar Abdul Ghani.

Menurutnya, pelarasan tarif baharu itu adalah langkah penting ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air demi kepentingan jangka panjang rakyat negeri ini.

Katanya, ia diluluskan Kabinet menerusi warta yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2025.

“Permohonan pelarasan tarif baharu air yang dimajukan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan bertujuan mengukuhkan lagi perkhidmatan air bersih dan terawat kepada pengguna.

“Keputusan kerajaan itu selaras dengan prinsip keadilan sosial dan perlindungan keperluan asas rakyat. Pelarasan tarif hanya membabitkan sebahagian pengguna domestik jalur tiga, iaitu bagi penggunaan melebihi 35 meter padu sebulan serta pengguna kategori bukan domestik.

“Pengguna jalur satu dan dua yang mewakili sebahagian besar pengguna domestik di Johor akan terus menikmati kadar tarif air yang lama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ), Anuar Abdul Ghani.

Dianggarkan terdapat sejumlah 83% pengguna akaun domestik jalur 1 dan jalur 2 yang menggunakan air kurang daripada 35 m³ sebulan di seluruh negeri Johor yang tidak akan terkesan dengan pelarasan kadar baharu tarif air.

Hanya kira-kira 17% pengguna domestik Jalur 3 yang terkesan dengan pelarasan tarif air. Pengguna jalur 3 ini adalah pengguna yang menggunakan air lebih daripada 35 m³ sebulan. Ianya bersamaan dengan penggunaan kira-kira1,166 liter air sehari.

Penggunaan 35 m³ air sebulan bersamaan dengan 35,000 liter air. Untuk memberi gambaran lebih jelas, berikut ialah contoh penggunaan air bagi isi rumah biasa dan sebanyak mana 35 m³ air sebulan, berikut adalah penjelasannya.

Secara puratanya, bagi anggaran keluarga yang ada 4 atau 5 orang serumah, berikut adalah anggaran penggunaan air bagi mereka dalam sehari.

Jadual 1 : Anggaran penggunaan air dalam sehari bagi keluarga yang ada 4 dan 5 orang dalam satu rumah.

Jika dalam tempoh sebulan, secara anggarannya penggunaan air terkumpul adalah dalam 17,850 liter atau (~17.8 m³) sebulan.

Jadual 2 : Anggaran penggunaan air dalam sebulan bagi keluarga yang ada 4 dan 5 orang dalam satu rumah.

Bermakna keluarga yang menggunakan dalam anggaran 17,850 liter air sebulan ini tidak akan terkesan dengan pelarasan tarif air yang baharu. Mereka yang dalam kategori ini majoritinya adalah pengguna kediaman isi rumah biasa yang tidak termasuk dalam kategori 17% yang menggunakan air hingga 35,000 liter air sebulan.

Di mana pengguna yang 17% ini? Mereka adalah pengguna industri. Pengguna industri seperti elektronik, logam, tekstil, makanan & minuman akan menggunakan banyak air untuk proses penyejukan mesin, mencuci bahan mentah, proses kimia, pensterilan dan stim industri.

Bagi kilang yang bersaiz sederhana pengunaan airnya adalah dalam sekitar 30 m³ hingga 100 m³ sehari. Bagi sebuah kilang yang besar, ada yang menggunakan air beratus m³ dalam sehari atau lebih untuk mengoperasikan sesebuah kilang.

Bagi pengoperasian Pusat Data, air digunakan untuk penyejukan pelayan (server cooling), biasanya dengan sistem HVAC atau chilled water loop. Walaupun teknologi cekap tenaga digunakan, pusat data tetap memerlukan air secara berterusan. Penggunaan harian bergantung pada kapasiti pelayan, tetapi pusat berskala besar mungkin menggunakan 50–100 m³ sehari atau lebih.

Di media sosial, ada netizen yang menyokong pelarasan tarif baru bagi membolehkan Ranhill SAJ meningkatkan kualiti perkhidmatannya kepada rakyat di negeri Johor. Kata mereka hampir 83% pengguna domestik tidak terjejas dengan kadar tarif baharu itu.

Rakyat negeri Johor bertuah kerana memiliki sebuah syarikat air yang berprestasi tinggi dan terbaik di Malaysia. Ranhill SAJ secara konsisten membekalkan air terawat yang melebihi piawaian kualiti kebangsaan. Johor juga mencatatkan mencatatkan Peratusan Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) terendah di seluruh negara.

Ini membuktikan kecekapan dan komitmen Ranhill SAJ untuk mengurangkan pembaziran air dan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik buat rakyat negeri Johor.

Pelarasan tarif ini diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri melalui proses kawal selia yang ketat dan adil. Pelarasan semula kadar tarif air bagi pengguna dalam kategori industri ini dibuat bagi mengekalkan tahap perkhidmatan semasa  dan melaksanakan penambahbaikan penting demi pertumbuhan pesat ekonomi negeri Johor.

Ekonomi Johor kini berkembang pesat, penyumbang KDNK tertinggi negara, dan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) memerlukan sistem air moden yang mampu menyokong keperluan industri, pusat data, dan komuniti.

Ranhill SAJ kini melabur  kira-kira RM3 bilion dalam tahun-tahun akan datang untuk menaik taraf dan memodenkan loji rawatan air, menggantikan paip lama bagi mengurangkan kehilangan air, mengembangkan infrastruktur bagi memenuhi permintaan semasa dan baharu dan melaksanakan sistem pintar untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan.

Pelarasan tarif ini dibuat bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat sentiasa terjaga dan berada dalam keselesaan yang terbaik. Hanya pengguna industri yang terkesan dengan kenaikan tarif, selainnya iaitu kira-kira 83% pengguna air tidak terkesan pelarasan kadar tarif air ini.

Back To Top