Bukan main sedap lagi dalam Himpunan Turun Anwar, Tun Mahathir membelasah kepimpinan sekarang dengan pelbagai andaian dan tuduhan. Tuduhan mencuri dan bermacam-macam lagi. Padahal bagi mereka yang baru sahaja mengenali Tun Mahathir, mereka mungkin mudah lupa dan tidak tahu bahawa di zaman Tun Mahathir banyak skandal skandal kewangan yang besar berlaku.

Oleh kerana itu, di zaman Reformasi dahulu, kemarahan rakyat adalah beratus kali ganda dan bersungguh-sungguh kerana mereka tahu Tun Mahathir ketika itu membuat perkara-perkara yang menyeleweng dan tersasar terus daripada tatakelola yang sebenar.
Era pemerintahan Tun Mahathir (1981–2003) dibayangi oleh beberapa skandal-skandal korporat dan kewangan besar yang mencetuskan kontroversi dan persoalan ketelusan pentadbiran. Berikut adalah lima skandal kewangan terbesar yang berlaku pada era tersebut — ada antaranya masih tidak terjawab hingga ke hari ini.

1. Skandal Forex BNM: RM30 Bilion ‘Hangus’ di Pasaran Global
Pada awal 1990-an, Bank Negara Malaysia terlibat dalam perdagangan mata wang asing (forex) dalam jumlah besar. Strategi agresif tersebut berakhir dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM30 bilion, menjadikannya antara kerugian forex terbesar oleh sebuah bank pusat di dunia.
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 2017 mendapati wujudnya kelemahan pengurusan dan kegagalan kerajaan ketika itu untuk bertindak, walaupun dimaklumkan. Nama Mahathir disebut, dalam skandal Forex ini. Bila ditanya sampai sekarang dia hanya cakap tidak tahu sahaja.

2. BMF & Kematian Jalil Ibrahim: Skandal Hong Kong Yang Menggoncang
Pada tahun 1983, anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Bumiputra Malaysia Finance (BMF), terpalit dengan skandal pinjaman tidak sah kepada Carrian Group di Hong Kong. Skandal ini membabitkan kerugian sekitar RM2.5 bilion.
Paling mengejutkan, seorang pegawai audit BMF, Jalil Ibrahim, ditemui mati dibunuh dalam bilik hotel di Hong Kong. Motif pembunuhan dikaitkan dengan pendedahan salah guna kuasa dan korupsi di peringkat tertinggi. Namun, kebenaran penuh masih menjadi misteri sampailah sekarang.

3. Maminco & Makuwasa: Percaturan Gagal Kawal Pasaran Timah Dunia
Pada 1981–1982, kerajaan melalui Maminco Sdn Bhd cuba menguasai pasaran timah dunia dengan membeli stok dalam jumlah besar bagi menaikkan harga. Langkah ini gagal apabila harga timah global jatuh, menyebabkan kerugian besar.
Makuwasa Trust Fund pula ditubuhkan untuk menutup kerugian melalui pengagihan saham GLC kepada pihak tertentu — langkah yang disifatkan sebagai satu bentuk penyelewengan korporat terbesar dalam sejarah negara.

4. Perwaja Steel: Kilang Besi atau Lubang Hitam Wang Negara?
Dilancarkan dengan semangat nasionalisme ekonomi, Projek Perwaja Steel yang bernilai berbilion ringgit bertukar menjadi mimpi ngeri. Dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM10 bilion, projek ini mencerminkan kegagalan pengurusan, salah guna kuasa dan rasuah sistemik.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eric Chia, didakwa tetapi akhirnya dibebaskan. Rakyat masih menanti jawapan siapa yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerugian gergasi ini. Hari ini boleh tengok sendiri di Gurun Kedah, mana ada lagi Perwaja Steel, banyak duit habis last last tinggal tapak sahaja.

5. Proton & DRB-Hicom: Cita-Cita Automotif Yang Mahal Harganya
Sebagai simbol kebanggaan negara, Proton diasaskan dengan sokongan penuh kerajaan. Namun, kebergantungan terhadap subsidi dan bailouts berbilion ringgit menjadi beban kepada rakyat. Projek automotif ini kerap dikaitkan dengan kronisme dan pemberian kontrak kepada pihak tertentu seperti DRB-Hicom tanpa tender terbuka kepada orang-orang Tun Mahathir yang terpilih (kroni).
Kroni-kroni Tun Mahathir kaya raya. Bayangkan cucunya sahaja ada duit RM1.8 juta di rumah. Walaupun Proton masih wujud hari ini, ia hanya bertahan selepas pengambilalihan oleh syarikat asing (Geely), sekali gus menamatkan cita-cita “kereta nasional 100% tempatan”.
Baru sekarang di zaman Anwar Ibrahim Proton nampak bersinar kembali dengan ciri-ciri yang lebih baik dan moden, jauh lebih baik daripada zaman Tun Mahathir dahulu. Inilah yang akan berlaku bila tatakelola dibuat dengan baik, hasilnya akan jadi baik bukan seperti zaman Mahafiraun dahulu.

Zaman Itu Tun Mahathir Digelar Mahazalim
Besar sungguh semua skandal-skandal ini, tidak termasuk lagi beberapa perkara penahanan dan tingkah laku politik yang dibuat tanpa prosedur dan tatakelola yang betul. Ada yang benar-benar menzalimi dan membuat keluarga-keluarga mereka yang dituduh sengsara sepanjang hidup ketika di zaman itu. Tun Mahathir ingat rakyat Malaysia mudah lupa, rakyat tidak akan lupa.
Kelima-lima skandal ini menggambarkan bagaimana cita-cita besar yang tidak diiringi tadbir urus yang baik boleh membawa kerugian besar kepada negara. Walaupun sesetengahnya telah “ditutup buku”, persoalan kebertanggungjawaban dan pengajaran kepada generasi akan datang masih belum selesai.