Budak 19 Tahun Scam Pasukan India, Menyamar Jadi Xavi Hernandez

NEW DELHI – Dunia bola sepak antarabangsa tergamam apabila seorang remaja berusia 19 tahun berjaya memperdaya Xavi Hernandez – legenda bola sepak Sepanyol dan bekas jurulatih Barcelona – dengan menyamar sebagai pegawai rasmi Persekutuan Bola Sepak India (AIFF) menggunakan hanya satu alamat emel [email protected].

Insiden yang kini tular itu menyaksikan remaja terbabit mencipta identiti palsu sebagai wakil AIFF dan menghantar tawaran rasmi palsu kepada Xavi untuk melantik beliau sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan India.

Apa yang mengejutkan, remaja itu hanya menggunakan alamat emel percuma: [email protected] – kononnya milik rasmi Xavi – untuk berkomunikasi dengan pegawai bola sepak, ejen, dan bahkan wartawan sukan antarabangsa.

Menggunakan pelbagai bahan rekaan termasuk logo AIFF, dokumen PDF profesional, dan naratif palsu, remaja ini mencipta ‘cerita’ bahawa AIFF telah memecat jurulatih semasa dan kini mahukan Xavi untuk mengemudi pasukan menjelang kempen Piala Asia dan kelayakan Piala Dunia.

Sumber melaporkan bahawa pasukan India pada mulanya mengambil serius tawaran tersebut dan sempat memeriksa butiran lanjut bersama pasukannya, sebelum menyedari ada sesuatu yang ‘tidak kena’. Siasatan mendalam mendapati AIFF tidak pernah menghantar sebarang tawaran atau berhubung dengan Xavi, apatah lagi melalui alamat Gmail amatur.

“Bayangkan, pasukan India nyaris percaya budak pakai Gmail!” – Netizen terhibur dengan keberanian luar biasa remaja itu.

AIFF telah membuat laporan polis dan menyerahkan perkara ini kepada unit siber untuk disiasat. Malah, badan bola sepak dunia FIFA turut dimaklumkan memandangkan ia membabitkan penipuan melibatkan tokoh bola sepak global.

Lebih mengejutkan, ini bukan kali pertama remaja itu didakwa cuba menyamar sebagai individu berprofil tinggi. Beberapa laporan mengatakan dia juga pernah menghubungi pegawai kelab bola sepak luar negara, menawarkan perlawanan persahabatan palsu dan “pemain akademi” yang tidak wujud.

Jurucakap AIFF berkata:
“Kami tidak pernah menawarkan Xavi jawatan tersebut. Kami terkejut bagaimana seseorang boleh menyamar sebegitu rupa tanpa dikesan.”

Dalam era digital yang serba canggih ini, penipuan bukan lagi memerlukan teknologi tinggi – hanya keberanian, kreativiti, dan satu emel Gmail sudah cukup untuk ‘skam’ seorang legenda bola sepak dunia. Budak ini hobinya suka scam orang agaknya.

Back To Top