Bengang dikaitkan dengan Taikun Singapura, Dato’ Albert Tei hantar surat saman kepada The Malaysian Corporate

Jika selama ini kartel mineral Sabah Dato’ Albert Tei menyerang para adun dengan rakaman video dan sentiasa mencabar pihak berkuasa kini selepas pendedahan baru mengenai penglibatan Taikun Singapura Dato’ Sri Pek Kok Sam, Albert Tei yang terkesan dan bengang telah mengambil langkah undang-undang terhadap portal berita The Malaysian Corporate susulan penyiaran dua artikel terhadap dirinya.

Melalui surat tuntutan bertarikh 15 julai 2025 yang dihantar oleh firma guaman Abd Halim Ushah & Associates, pihak Dato’ Albert Tei menuntut penjelasan segera daripada pengendali portal tersebut serta meminta pengesahan sama ada bersedia menerima serahan dokumen mahkamah secara e-mel atau perlu diserahkan secara fizikal.

Menurut peguam Mahajoth Singh, pihaknya telah diarahkan oleh anak guamnya untuk memulakan tindakan undang-undang berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh The Malaysian Corporate masing-masing bertajuk:

  1. “Skandal Mineral Sabah: Taikun Syarikat Singapura Pembiaya Datuk Albert Tei Beri Rasuah Pemimpin UMNO Sabah Terbongkar!” (bertarikh 2 Julai 2025), dan
  2. “Terbongkar Lagi: Bung Moktar & Rafi Hassan Terima RM4 Juta Daripada Taikun Singapura Pek Kok Sam” (bertarikh 8 Julai 2025).

“Kami telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap artikel-artikel yang memaparkan tuduhan palsu dan memfitnah terhadap anak guam kami,” kata Mahajoth dalam surat rasmi yang turut dihantar ke alamat e-mel rasmi portal tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa semua hak anak guamnya di bawah undang-undang adalah terpelihara dan akan digunakan sewajarnya.

Kedua-dua artikel yang dimaksudkan sebelum ini mengaitkan Dato’ Albert Tei dengan pemberian rasuah kepada beberapa pemimpin politik Sabah serta menuduh adanya pembiayaan haram dari tokoh perniagaan Singapura, Pek Kok Sam. Artikel-artikel tersebut juga mendakwa wujudnya jaringan korupsi membabitkan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Sebelum ini, Southern Alliance Mining Ltd – syarikat yang turut dinamakan dalam laporan – telah menafikan penglibatan Pengarah Urusannya dalam sebarang salah laku dan juga telah mengeluarkan surat tuntutan terhadap portal yang sama. Walaupun Dato’ Sri Pek Kok Sam tahu beliau penama dan pemegang saham dalam syarikat  Teguh Permata Sdn Bhd dan Bumi Kinabalu Resources Sdn Bhd yang ada kaitan dengan Bung Moktar dan Datuk Rafi Alli Hassan Ketua Bahagian UMNO Labuan.

Menurut sumber tindakan undang-undang oleh Dato’ Albert Tei dilihat sebagai tekanan daripada Taikun Singapura Dato’ Sri Pek Kok Sam yang bengang dengan kegagalan Dato’ Albert Tei mengurus kes mineral di Sabah yang menyebabkan namanya didedah serta terheret sama.

Pengesahan penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kurang 24 jam selepas artikel The Malaysia Corporate terhadap taikun dari Singapura, Dato’ Sri Pek Kok Sam dan Albert Tei dan juga pemimpin UMNO seperti Datuk Mohd Rafi Alli Hassan memberi tekanan yang besar kepada mereka.

Sekalipun Taikun Singapura Dato’ Sri Pek Kok Sam membuat penafian untuk meredakan isu dan mengawal kejatuhan saham Southern Alliance Mining Ltd dengan catatan 9.804% turun dari S$0.51 ke S$0.46 pada 4 Julai 2025 lalu keadaan nampaknya lebih buruk di Sabah dengan laporan media bertalu-talu yang memaksa Dato’ Sri Pek Kok Sam mengarahkan peguamnya membuat tuntutan RM10 juta terhadap The Malaysian Corporate!

Dato’ Sri Pek Kok Sam sepatutnya menunggu siasatan penuh SPRM dan kenyataan diambil kepada pelbagai pihak, bukan menyerang portal The Malaysian Corporate. Cara paling mudah Pek Kok Sam menjadi ‘Whistleblower’. Beliau sepatutnya mengaku dia memberikan wang kepada Albert Tei yang menjual nama pemimpin Sabah untuk membayar rasuah. Begitu juga mengaku kepada SPRM memberi RM4 juta dan beberapa lagi wang kepada Bung Moktar dan Datuk Rafi Alli Hassan. Kes akan selesai cepat jika Pek Kok Sam membuat pengakuan.

Datuk Mohd Rafi Alli Hassan Ketua Bahagian UMNO Labuan yang juga Lembaga Pengarah Mara Corporation dan Bung Moktar Ketua UMNO Sabah yang juga Penasihat RISDA tak mahu saman The Malaysian Corporate ke?

Back To Top