Handal Berhad Ambil Alih Pengurusan Hospital Islam Az-Zahrah

Baru baru ini kecoh, Hospital Islam Az-Zahrah akan ditutup dan semuanya diminta untuk dikosongkan dalam tempoh 14 hari. Bagaimanapun, Hospital Islam Az-Zahrah tampil menafikan dakwaaan tersebut dengan menyifatkan operasi hospital berjalan seperti biasa. Menurut sumber, sudah ada pembeli yang menyelamatkan keadaan. Pembeli tersebut adalah Handal Berhad.

Hospital Islam Az-Zahrah adalah hospital swasta multi-disiplin yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor dan telah beroperasi semenjak Oktober 1997.

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook Hospital Islam Az-Zahrah, pihak pengurusan menjelaskan bahawa kenyataan ini dibuat bagi memperbetulkan tanggapan masyarakat serta menjawab dakwaan-dakwaan yang berlegar di media termasuk media sosial.

Terdapat satu dakwaan melibatkan kejadian lama yang berlaku pada tahun 2003, ketika hospital ini masih dikenali sebagai Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah dan lebih mengejutkan, kes ini hanya mula dibawa ke mahkamah oleh pihak pengadu pada tahun 2018, iaitu selepas 15 tahun kejadian berlaku.

Dalam penjelasan lanjut, HIAZ mendedahkan bahwa kes ini melibatkan seorang ibu yang melahirkan anak pada 14 Jun 2002, sebelum datang semula ke hospital pada 26 Februari 2003 dalam keadaan kandungan pra-matang, berusia 26 minggu.

“Ibu kepada bayi telah datang ke HIAZ dengan keadaan bayi pra-matang pada minggu ke-26 (sekitar 6 bulan setengah) usia bayi,” katanya.

Walaupun pakar bertugas telah menjalankan rawatan awal profesional, atas pertimbangan klinikal ketika itu, ibu berkenaan telah dirujuk ke Hospital Putrajaya dan akhirnya bayi dilahirkan disana, bukan di HIAZ seperti yang didakwa di dalam sesetengah laporan.

Justeru, ingin dijelaskan bahawa bayi tersebut tidak dilahirkan di HIAZ,” tegasnya.

HIAZ turut menekankan bahawa insiden itu berlaku di bawah pengurusan lama, dan tidak mencerminkan situasi serta kualiti pengurusan sekarang. Handal Berhad dipercayai adalah pengurusan terbaru hospital itu.

“Kini, HIAZ diuruskan oleh pihak pengurusan baru yang segar dan komited serta bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami,” ujarnya.

Menyentuh isu kewangan yang dilaporkan media, HIAZ menjelaskan bahawa pengurusan lama sedang berusaha menyelesaikan tuntutan penghakiman dan sebahagian besar jumlah itu telahpun dibayar.

Back To Top