Pendedahan The Malaysian Corporate 3 julai lalu mengenai seorang taikun dari Singapura, Dato’ Sri Pek Kok Sam sebagai dalang skandal rasuah perlombongan berskala besar di Sabah telah membuka kertas siasatan baharu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dato’ Sri Pek Kok Sam, pengasas dan Pengarah Urusan Southern Alliance Mining Ltd (SAM) — sebuah syarikat perlombongan yang tersenarai di Bursa Singapura (SGX) — dikenal pasti sebagai penaja utama dana rasuah kepada rangkaian kartel yang diketuai oleh Dato’ Albert Tei dalam skandal konsesi mineral di negeri itu.
Dato’ Sri Pek Kok Sam dan Urusan Southern Alliance Mining Ltd telah menjawab dalam media menafikan penglibatannya.
Pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan beberapa nama yang disebutkan sebelum ini berdiam diri dan tidak memberi jawapan secara rasmi berhubung dakwaan penglibatan mereka. Sebelum ini Bung Moktar bersuara di Sidang DUN, dia kata dia dan pemimpin UMNO tidak terima wang dari Dato’ Sri Pek Kok Sam dan Albert Tei.
Namun selepas pendedahan syarikat Ketua Bahagian UMNO Labuan Datuk Rafi Hassan terlibat beliau masih membisu seribu bahasa. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh UMNO Sabah.
Dato’ Albert Tei pun belum mengulas penglibatan Dato’ Sri Pek Kok Sam. Mengapa? sebab Dato’ Sri Pek Kok Sam sedang bengang dengan Dato’ Albert Tei namanya terdedah.
Persoalannya benarkah Dato’ Sri Pek Kok Sam, Bung Moktar dan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan tidak terlibat dan tidak terima wang?
Mari kita buktikan!. Pendedahan kali ini akan fokus kepada dua syarikat iaitu Teguh Permata Sdn Bhd dan Bumi Kinabalu Resources Sdn Bhd yang ada kaitan dengan Bung Moktar dan Datuk Rafi Alli Hassan Ketua Bahagian UMNO Labuan.

Bung Moktar bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah (29 September 2020 hingga 11 Januari 2023) memang ada menyokong syarikat Datuk Rafi Alli Hassan Teguh Permata Sdn Bhd bagi permohonan nadir bumi. Surat di bawah diminitkan oleh Bung Moktar pada 2.12. 2021. Sebelum itu projek lombong emas di Ranau kepada syarikat yang sama.

Berdasarkan rekod syarikat amat jelas menunjukkan Teguh Permata Sdn Bhd merupakan syarikat milik keluarga Datuk Rafi Alli Hassan.



Begitu juga Bumi Kinabalu Resources Sdn Bhd yang jelas melibatkan sendiri Datuk Rafi Alli Hassan sebagai pemegang sahamnya.



Bayaran RM 2 juta setiap syarikat
Dalam laporan syarikat Taikun Singapura Dato’ Sri Pek Kok Sam, Southern Alliance Mining Ltd tahun 2023 melaporkan Teguh Permata Sdn Bhd dan Bumi Kinabalu Resources Sdn Bhd dibeli oleh Dato’ Sri Pek Kok Sam.

Laporan itu menyebut pada Ogos 2023, Syarikat Dato’ Sri Pek Kok Sam, Southern Alliance Mining melalui usaha sama masing-masing membayar RM2 juta tunai untuk mengambil alih 65% saham dalam dua syarikat yang memiliki kelulusan eksplorasi logam asas di Sabah iaitu Teguh Permata Sdn Bhd dan Bumi Kinabalu Resources Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat tidak beroperasi semasa pengambilalihan dan hanya memiliki nilai aset bersih sekitar RM470,000 setiap satu.
Laporan itu juga menyebut Aktiviti Penerokaan dan Penilaian pada tahun 2023 telah membelanjakan RM6.6 juta untuk aktiviti penerokaan Negeri Johor dan Sabah.
Bermakna Datuk Rafi Alli Hassan telah menerima RM4 juta atau mungkin lebih dari dua syarikatnya yang disokong oleh Bung Moktar.
SPRM dan LHDN perlu menyiasat ‘money trail’ duit ini yang telah diberi kepada Datuk Mohd Rafi Alli Hassan yang pastinya duit itu telah diberi kepada Bung Moktar
Bung Moktar tidak mengaku tapi bagaimana dengan rekod dalam syarikat Datuk Rafi Alli Hassan dan juga laporan dalam syarikat taikun Singapura, Southern Alliance Mining Ltd?