Polis Shah Alam menahan seorang pendakwah bebas kerana didakwa mengedar video seks melibatkan dirinya, isterinya dan beberapa wanita lain.

Seorang aktivis masyarakat di Shah Alam pernah memaparkan identiti Ustaz Jelmaan ini yang menurutnya telah membuat rakaman ke atas isteri-isterinya. Pendedahan oleh aktivis masyarakat itu nampaknya telah mendapat perhatian serius daripada pihak berkuasa. Malah gelaran Ustaz Jelmaan itu digelar sendiri oleh aktivis masyarakat itu.
“Kalau pergi bercuti, tidur satu bilik beramai2, hubungan intim masih mahu dilaku, isteri yang lain tutup muka dengan gebar. Aduhai.Yang sungguh sadis, video seks di rakam kala berasmara dengan isteri. Rakaman dibuat berkali2.
Video yang real close-up, tanpa menutup muka, tanpa menutup badan walau dengan seurat benang. Kemudian yang paling sadis, video2 bersama isteri2 tersebut di pertontonkan kepada wanita luar?
Video untuk menunjuk power suami !” dedah aktivis masyarakat itu tentang perangai Ustaz Jelmaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata penahanan itu susulan laporan polis pada 16 Jun yang dibuat isteri kedua penceramah bebas itu yang menakwa video seksnya dan madu-madunya serta beberapa wanita lain disebarkan oleh suaminya sendiri.

“Berikut daripada siasatan ini, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan telah merampas dua buah telefon bimbit dan sebuah laptop milik suspek.
“Hasil semakan dalam dalam telefon bimbit milik suspek telah menjumpai beberapa video seks suspek dengan isteri – isteri suspek dan juga gambar- gambar mengaibkan beberapa wanita lain,” katanya.

Suspek itu direman empat hari sehingga 5 Julai dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan selesai, tambah Iqbal.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang bertujuan menghina kehormatan,
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 509, pesalah berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Di bawah Seksyen 233, penalti maksimum ialah denda RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya, ditambah denda RM1,000 lagi bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Jika menurut pendedahan yang dibuat oleh aktivis itu, Ustaz Jelmaan yang dimaksudkan itu adalah Faridul Firdaus bin Zaulkapli atau dikenali sebagai Farid Abu Auliya.