Gadang Engineering Dapat Projek Pelebaran Jalan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Bernilai RM92.5 Juta

 Anak syarikat milik penuh Gadang Holdings Bhd (Gadang), Gadang Engineering (M) Sdn Bhd memperolehi kontrak bernilai RM92.50 juta daripada AFA Construction and Engineering Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gadang berkata kontrak itu bagi kerja tanah dan kerja lain yang berkaitan dengan pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Syarikat itu berkata, anak syarikat milik penuhnya sudah menerima surat lantikan hari ini dan pelantikan sebagai kontraktor itu bagi mengusahakan, membina dan menyiapkan kerja-kerja projek pelebaran lebuh raya dari kilometer 19.20 ke kilometer 39.00 (Sekyen 1) serta dari kilometer 39.00 hingga kilometer 61.50 (Seksyen 2).

“Kontrak itu bagi tempoh 18 bulan dan dijadualkan siap pada suku terakhir 2026.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan, sepanjang tempoh kontrak,” katanya.

Selain itu, Gadang berkata risiko berkaitan dengan kontrak tersebut kebanyakannya berkaitan operasi dan pelaksanaan biasa, yang akan ditangani oleh kumpulan itu dengan langkah yang sewajarnya.

“Tiada pengarah dan pemegang saham utama Gadang, atau individu berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak tersebut,” katanya.

Back To Top