Sindiket Curi Emas, Jabatan Hutan Dedah Tetapi Timbalan Menteri Besar Kelantan Nafi

Baru baru ini, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesan wujud sembilan kawasan perlombongan haram di negeri Pantai Timur dengan majoriti kes berlaku di Kelantan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zahari Ibrahim, berkata perlombongan haram itu menyebabkan tujuh Hutan Simpan Kekal (HSK) di tiga daerah di Kelantan terjejas iaitu HSK Ulu Galas, Gunung Rabung, Batu Papan dan HSK Berangkat di Kelantan selatan.

Ada juga dakwaan bahawa ada sindiket yang mendalangi kegiatan perlombongan haram di hutan-hutan di negeri Kelantan. Taukeh-taukeh ini dipercayai mendalangi “orang-orang politik tertentu” bagi melindungi kegiatan haram mereka. Memohon lesen untuk tujuan ladang, sebaliknya melakukan kegiatan haram mencuri mineral di negeri Kelantan.

Kerajaan Kelantan menafikan aktiviti mendulang sumber mineral secara haram di negeri ini didalangi sindiket, sebaliknya kesemua empat kes yang dilaporkan berlaku di Hutan Simpan (HS) dilakukan secara kecil-kecilan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata ia hasil semakan dengan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan yang mendapati rakyat mendulang sumber mineral termasuk emas.

Katanya, tidak berlaku perlombongan sumber mineral secara haram di HS di negeri ini dijalankan besar-besaran.

“Sebenarnya perlombongan haram (sumber mineral) yang dimaksudkan adalah secara kecil-kecilan oleh rakyat yang mendulang.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Datuk Zahari Ibrahim berkata, lokasi yang menjadi sasaran ialah hutan simpan yang jauh dan terpencil, namun memiliki sumber mineral emas.

Katanya, kemungkinan suspek akan masuk dahulu dan meninjau untuk kenal pasti kawasan terbabit. “Apabila kawasan telah dikenal pasti, sindiket akan membawa masuk jentera termasuk jengkaut, excavator (jentera pengorek), kenderan pacuan empat roda selain peralatan seperti palong, pam air serta penjana elektrik. Kerja-kerja itu juga dilakukan dengan melibatkan warga asing,” dedah Zahari.

Berbeza dengan penafian yang dibuat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, ini kerana hanya pada dua tahun lepas Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) mengesan wujudnya sindiket baharu untuk meneroka hutan simpan di negeri itu sebelum dijual kepada orang ramai tanpa dokumen sah.

Pengarah JPNK Abdul Khalim Abu Samah berkata modus operandi yang dilakukan sindiket ini adalah menjualnya dengan harga bergantung kepada saiz keluasan dan tanaman yang ditanam di kawasan hutan simpan yang diterokai itu.

“Sindiket ini meneroka hutan simpan dan menyiapkan plot-plot yang berkeluasan satu sehingga enam hektar sebelum dijual kepada orang luar.” kata Abdul Khalim Abu Samah. Jika mengikut pendedahan yang dibuat oleh Abdul Khalim ini sindiket yang dikatakan baharu pada ketika itu kini sudah pasti menjadi sindiket yang besar.

Penafian yang dibuat Timbalan Menteri Besar ini perlu disemak oleh pihak berkuasa bagi memastikan hasil bumi yang ada di negeri Kelantan tidak dicuri dan dirompak oleh sindiket. Pihak polis dan SPRM harus menubuhkan pasukan khas menyiasat kebenaran tentang apa yang telah didedahkan oleh Jabatan Hutan Negeri Kelantan.

Tatkala harga emas sedang melonjak naik akibat krisis perang Iran-Israel, ada sindiket yang cuba mengambil kesempatan untuk menaguk di air keruh.

Back To Top