Syarikat Minyak Lain Seperti Chevron, BP dan Shell Pun Buang Pekerja

Ramai ingat Petronas buang pekerja 10% itu adalah salah PMX. Bukan salah PMX, keadaan ini berlaku kerana atmosfera ekonomi dunia yang sedang berlaku pada ketika ini. Syarikat-syarikat minyak utama lain di dunia pun buang pekerja bukan Petronas sahaja.

Siapa pun yang naik jadi Perdana Menteri pada ketika ini atau selepas ini, Shamsuri atau Sanusi sekali pun, mereka tidak akan dapat kawal fenomena ekonomi yang sedang berlaku di dunia pada sekarang ini. Bercakap senang lah sekarang, belum lagi dapat kuasa, jaga negeri pun nak bonus minta duit daripada kerajaan pusat. Sembang pandai boleh lah.

Kebelakangan ni, banyak syarikat minyak dan gas besar seluruh dunia tengah buat langkah susun semula organisasi — dan salah satu caranya ialah dengan mengurangkan tenaga kerja. Kalau ingat Petronas sorang je yang buat macam ni, sebenarnya ramai lagi gergasi dunia yang tengah buat benda sama.

Kenapa jadi macam ni?

Mudah je. Kos operasi makin naik, harga minyak tak menentu, dan keuntungan makin terhimpit. Bila pendapatan tak macam dulu, syarikat mula cari cara jimatkan belanja. Gaji dan tenaga kerja memang antara komponen paling besar, jadi… mulalah proses pengurangan.

Siapa yang terlibat?

Petronas (Malaysia)

– Umumkan pengurangan sekitar 10% pekerja.

– Bekukan kenaikan pangkat dan pengambilan baru sampai hujung 2026.

– Sebab? Margin makin kecil, dan banyak medan minyak dah tua.

Chevron (Amerika Syarikat)

– Rancang kurangkan 6,000 hingga 8,000 pekerja global menjelang 2026.

– Di Texas, sekitar 200 orang terkesan setakat ini.

– Fokus pada penstrukturan semula dan kawalan kos.

BP (UK)

– Awal tahun 2025, kurangkan 4,700 pekerja tetap dan 3,000 kontraktor.

– Sasaran jimat $1.6 bilion.

– Mereka tengah ubah hala tuju kepada tenaga boleh diperbaharui juga.

Shell Brunei (BSP)

– Lebih 200 orang termasuk kontraktor diberi pilihan skim persaraan awal.

– Beberapa projek dibatalkan atau ditangguhkan.

– Ramai tenaga mahir mula berhijrah ke negara lain seperti Qatar dan UAE.

ConocoPhillips

– Lepas gabung dengan Marathon Oil, ada proses penyusunan semula.

– Walaupun jumlah pekerja yang terlibat belum diumumkan, dijangka besar juga skalanya.

Harbour Energy (UK)

– Kurangkan 250 jawatan di Aberdeen.

– Faktor utama: cukai tambahan yang dikenakan oleh kerajaan UK.

Apa maksud semua ni?

Sektor minyak dan gas bukan lagi ‘kerja selamat sampai pencen’ macam dulu. Realitinya sekarang — walaupun kerja dengan syarikat besar — belum tentu boleh jamin kestabilan jangka panjang.

Kalau korang tengah kerja dalam sektor ni, atau baru nak ceburi industri ni — sangat penting untuk sentiasa upgrade skil dan ada pelan sandaran. Zaman sekarang, fleksibiliti dan kebolehan untuk adapt dengan perubahan sangat berharga.

Dunia tenaga tengah berubah. Syarikat-syarikat besar pun terpaksa ubah cara mereka beroperasi. Dan bila mereka pun mula kurangkan pekerja, kita semua patut ambil perhatian.

.

Back To Top