Saham Syarikat Elektrik Kalahkan Nvidia, Microsoft Dan Amazon

Bila sebut saham-saham AI, biasanya nama yang keluar dulu Nvidia, Microsoft, atau Amazon. Tapi tahun 2025 bagi satu kejutan besar dalam dunia pelaburan: saham utiliti — syarikat bekalan elektrik — sedang outperform gergasi AI itu sendiri.

Dalam diam, industri tenaga kini menjadi nadi sebenar kepada dunia yang makin bergantung kepada kuasa pemprosesan tinggi. Dan itulah sebabnya pelabur besar kini semakin agresif membeli saham-saham yang dulu kita anggap ‘slow and steady’.

Siapa Sangka? Saham Elektrik Kalahkan Nvidia

Jika anda rasa Nvidia adalah saham terbaik tahun ini, fikir semula. Prestasi setakat Jun 2025 menunjukkan bahawa syarikat tenaga kini antara pelari terpantas dalam indeks S&P 500.

Contohnya, Super Micro Computer (SMCI) memang melonjak 241% YTD — itu dijangka. Tapi Vistra Corp (VST) melonjak 148%, Constellation Energy (CEG) naik 91.4%, dan NRG Energy (NRG) pula mencatat 59.3%.

Malah, Nvidia, walaupun masih menakjubkan dengan 110% YTD, kini berkongsi spotlight dengan sektor yang selama ini dikenali hanya kerana dividen, bukan pertumbuhan.

Permintaan AI = Permintaan Elektrik

Apa kaitan AI dengan utiliti? Jawapannya ringkas: AI makan elektrik — banyak sangat.

Setiap kali anda guna ChatGPT, Claude, Copilot atau sebarang model generatif AI, di belakangnya ada pusat data gergasi yang perlu beroperasi 24/7. Kajian oleh IEA tunjuk satu carian ChatGPT guna 2.9Wh, berbanding hanya 0.3Wh untuk Google Search — 10 kali ganda lebih mahal dari segi tenaga.

Tambah pula dengan peningkatan jumlah pusat data di seluruh dunia, terutama di AS, Eropah dan kini Asia Tenggara — permintaan untuk elektrik bakal naik mendadak sehingga 160% menjelang 2030, menurut Goldman Sachs.

Dari Dividen Stabil ke Growth Play AI

Sebelum ini, pelabur beli saham utiliti sebab nak hasil dividen yang selamat dan stabil. Tapi trend itu sudah berubah. Hari ini, utiliti bukan sahaja beri dividen lumayan, mereka juga masuk ke fasa pertumbuhan pesat.

ETF sektor utiliti (XLU) kini naik lebih 12.4% tahun ini, dan lebih 18% dalam masa tiga bulan terakhir — lebih tinggi dari sektor teknologi itu sendiri. Dan ya, XLU beri dividen purata 3.3%, jauh mengatasi S&P 500 (1.4%) dan Nasdaq 100 (0.65%).

Paling penting, utiliti bebas (IPP) seperti Vistra dan NRG tidak tertakluk kepada kawal selia harga. Mereka boleh naikkan kadar mengikut permintaan, dan AI adalah permintaan yang takkan surut.

Siapa Pemain Besar dalam Gelombang Ini?

Kalau anda sedang nilai saham mana yang paling relevan untuk ride gelombang AI + utiliti ini, tiga nama ini sering disebut:

Vistra Corp (VST) – Bukan saja pembekal elektrik, tapi pembina kapasiti baharu khas untuk pusat data. Dengan kebolehan menentukan harga pasaran (tidak dikawal), Vistra jadi pilihan pelabur institusi.

Constellation Energy (CEG) – Fokus pada tenaga bersih, termasuk nuklear. Meta dan syarikat teknologi besar lain mula bergantung kepada mereka sebagai rakan strategik untuk bekalan tenaga bersih dan stabil.

NRG Energy (NRG) – Antara IPP yang paling agresif membina kapasiti tambahan untuk menyokong lonjakan permintaan AI.

Mereka bukan sekadar “utility stocks”. Mereka kini antara pemain infrastruktur utama dunia digital.

Ini Bukan Sementara — Ini Permulaan Kitaran Baharu

Apa yang sedang berlaku sekarang bukan sekadar hype. Ini adalah permulaan kitaran pelaburan infrastruktur tenaga global yang akan berjalan untuk sedekad.

• AS perlukan pelaburan sekurang-kurangnya $50 bilion untuk bangunkan kapasiti tenaga khas untuk AI.

• Eropah perlu lebih €1.6 trilion, termasuk RM4 trilion untuk naik taraf grid elektrik dan projek solar/wind.

• Asia Tenggara pula menjadi frontier seterusnya, dengan syarikat seperti Nvidia dan Google mula bina footprint di Malaysia, Vietnam dan Indonesia.

Yang menarik, majoriti pusat data dunia (lebih 8,000 buah) masih tertumpu di AS (33%), Eropah (16%) dan China (10%). Tapi angka ini dijangka berubah, bergantung kepada siapa mampu bekalkan kuasa dengan cepat dan cekap.

AI akan terus berkembang. Tapi tanpa tenaga, AI hanya tinggal potensi. Dan di sinilah peranan utiliti semakin kritikal.

Kalau sebelum ini anda kejar saham AI untuk “growth”, mungkin sudah tiba masa untuk pertimbangkan sektor utiliti — bukan sebagai pengganti, tapi sebagai pelengkap yang sangat berkuasa.

Dalam dunia AI moden, kuasa sebenar bukan hanya datang dari cip — tapi dari siapa yang bekalkan elektrik kepada cip tersebut.

Back To Top