
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd selepas mengambil alih 421.79 juta saham.
Ia adalah 5.021 peratus kepentingan langsung dalam pengusaha kedai serbaneka itu.
Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KWSP berkata saham itu dibeli pada 4 Jun dan dipegang di bawah Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Lee Thiam Wah kekal sebagai pemegang saham terbesar, memegang 79.68% kepentingan dalam syarikat itu.

Saham dalam 99 Speed Mart naik satu sen kepada RM2.10 hari ini, memberikan syarikat itu permodalan pasaran RM17.64 bilion.
99 Speed Mart telah ditambah ke senarai komponen FBM KLCI pada Disember tahun lepas, hanya beberapa bulan selepas penampilan sulungnya di Pasaran Utama pada 9 Sept 2024 pada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.65. Saham mencecah paras tertinggi RM2.58 pada bulan yang sama.