Oasis Harvest Disangka Beli Restoran Chef Wan Rupa-Rupa Nama Chef Wan Tiada Pun

Semalam keluar berita mengenai pembelian Oasis Harvest terhadap rangkaian restoren Metta Food yang disangkakan milik Chef Wan dengan nilai RM30.8 juta.

Bila disemak kembali, rupa-rupanya nama Chef Wan tiada pun dalam SSM syarikat Metta Food & Lifestyle Sdn Bhd. Ada nama Chef Wan tertera di rangkaian restoren tetapi dalam syarikat sudah tiada.

Memang  Cafe Chef Wan dan De.Wan by Chef Wan ini ditubuhkan sejak 2019 oleh Chef Wan dan juga Andre Shum. Mereka fokus kepada Malay Culinary. Pada tahun 2022, ada satu syarikat listed Globaltec Formation beli 45% stakes dalam company dengan pelaburan RM20 juta.

Bermula dengan hanya 4 kafe, sekarang ini sudah ada 13 buah kafe. Terbaru ini ada satu lagi syarikat listed (Oasis) beli dengan nilai RM30 juta tunai. Kali terakhir audit pendapatan syarikat Metta Food itu menunjukkan hasil mereka hampir RM60 juta.

Dari sudut strategi korporat, ini adalah langkah besar bagi Oasis Harvest dan dengan pembelian ini, Oasis secara rasmi menjalankan diversifikasi ke dalam sektor F&B dan gaya hidup. Pembelian yang mungkin menghasilkan fast ROI untuk Oasis dalam sektor F&B.

Pengarah Eksekutif Oasis Harvest, Ch’ng Eu Vern dalam kenyataan berkata, pengambilalihan berkenaan turut merangkumi jaminan keuntungan daripada vendor, memastikan Metta mencapai keuntungan teraudit terkumpul selepas cukai sekurang-kurangnya RM5.6 juta dalam tempoh dua tahun berakhir 30 Jun 2026.

“Pengambilalihan berkenaan sejajar dengan visi strategik kami untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan penawaran dalam sektor F&B, pelancongan, rekreasi dan hospitaliti. Jenama terkemuka Chef Wan akan melengkapi dan meluaskan portfolio sedia ada kami dengan ketara,” katanya.

Menurut Eu Vern, pengambilalihan strategik ini akan membolehkan Oasis Harvest memperluas tawaran kulinarinya dengan memanfaatkan pengiktirafan pasaran Metta, kepakaran operasi serta reputasi unggul chef selebriti antarabangsa Datuk Redzuawan Ismail yang lebih dikenali sebagai Chef Wan.

Menurutnya, langkah itu memperlihatkan keyakinan yang kukuh terhadap pertumbuhan dan keuntungan jangka panjang kumpulan yang diperbesarkan.

Nama besar Chef Wan dalam bidang F&B membuatkan orang yakin untuk masuk kedai yang ada tulis nama Chef Wan. Bagi sesetengah golongan yang suka makan dan menikmati kesedapan makanan, mereka akan bayar berapa pun jumlah bil asalkan makanan itu sedap.

Back To Top