Tengku Zafrul Bakal Ke Lembah Jaya?

Selepas pengumuman perletakan jawatan Tengku Zafrul Aziz sebagai ahli UMNO pada hari Jumaat lepas, UMNO Bahagian Kota Raja terus mengadakan mesyuarat UMNO Bahagian bagi meneruskan tugas mereka. Menurut satu foto yang dikongsi di media sosial oleh UMNO Bahagian Kota Raja, kelihatan Tuan Abdul Raof Mokhtar mempengerusikan mesyuarat sebagai pemangku.

“Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja Bil : 1/2025 di Pengerusikan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian (PKB) Tuan Abdul Raof Mokhtar” menurut gambar yang dikongsi di laman media sosial itu. Abdul Raof sekarang ini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja.

Dalam pada itu, respond terhadap perletakan jawatan Tengku Zafrul juga turut dikongsikan bersama. Antaranya ada yang menulis ;

Assalamualaikum

“Apa yg nak dihairan kan lumrah, bila gula dah berkurangan semut pun lari, cuma lepas ini biar lah semut tempatan yg makan menikmati gula tempatan jgn import semut kayangan. Belajar la ya UMNO Kota Raja yg berjawatan diatas tu, jika President buat taik lg selepas ini jatuh kan nya, Ramai lagi yg layak jd President. Fikir fikir kan la ya.”

Ada juga yang mengecam cara kepimpinan Tengku Zafrul dahulu

“KB lu dulu kayangan bro level lain biar la yang lepas ni datang dari akar umbi yang betul tulin UMNO”

Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja menyifatkan keputusan Tengku Zafrul sebagai keputusan dari beliau sendiri.

“Sebagai Ketua Pemuda Bahagian Kota Raja saya sendiri tidak dimaklumkan oleh YB Tengku Zafrul berkenaan perletakan jawatan ini dan saya percaya pengurusan Bahagian (Biro Politik) turut sama tidak dimaklumkan.

Ini bukan kali pertama dimana ketika beliau meletakan jawatan Bendahari UMNO Selangor, kami di Bahagian turut tidak dimaklumkan dan hanya mengetahuinya dalam siaran media beliau.” menurut Mohd Zaffarollah Mohd Nordin, Ketua Pemuda UMNO Kota Raja.

Ada pelbagai spekulasi mengenai perletakan jawatan Tengku Zafrul. Ada yang mengaitkan dengan perubahan kepimpinan di peringkat negeri Selangor dan ada juga menyatakan ianya berkait rapat dengan rombakan kabinet yang bakal berlaku bila dua menteri PKR meletak jawatan.

Nama Amiruddin Shaari disebut-sebut sebagai bakal dibawa ke pusat sebagai menteri yang baharu bersama-sama dengan DJ Radio Era, Khairy Jamaluddin. Namun Amiruddin menafikan spekulasi tersebut dan mengharapkan Tengku Zafrul yang kini berada di tanah suci Mekah mendoakan beliau agar terus menjadi Menteri Besar Selangor.

Sudah ada angin bertiup bahawa Lembah Jaya akan memberikan laluan kepada Zafrul, setakat ini YB tersebut belum lagi menafikan atau mengiyakan khabar angin yang bertiup itu.

Nurul Izzah dan suami juga turut berangkat ke Tanah Suci Mekah semalam, ramai pemerhati melihat akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku selepas Hari Raya Haji nanti. Dalam masa yang sama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga kelihatan membawa bersama warlord warlord UMNO ke London bersama-samanya, apakah ada mesyuarat MT Khas UMNO di London membincangkan sesuatu yang besar itu?

Back To Top