
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Muhammed Hasbullah Ali yang bertangungjawab menahan Tan Sri yang terlibat dalam skim penipuan MBI International Group Ponzi telah mendapat pengiktirafan bila menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali mendahului senarai 46 individu menerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang di Dewan Tun Razak, Temerloh semalam.

Dengan penganugerahan Datuk Seri ini, menguatkan lagi asas bahawa pihak yang ditahan barangkali telah melakukan penipuan yang besar dan melibatkan ramai pihak yang teraniaya yang kerugian wang berjuta-juta ringgit.
Bukan setakat itu sahaja, pihak Bukit Aman juga perlu terus menggesa kerajaan supaya mengkaji semula projek Mutiara LRT yang mana 20% saham Konsortium SRS adalah milik Tan Sri yang ditahan kerana penipuan skim MBI.

Tan Sri Datuk Alex Ooi, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif kepada syarikat Ideal Property Group yang ditahan Bukit Aman telah menahan seorang Tan Sri pada 3 Mei 2025 dalam Op Northern Star terlibat sama dalam pembinaan Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Mutiara di Pulau Pinang.
Syarikat Ideal Property Group memiliki 20% kepentingan dalam Konsortium SRS yang ditubuhkan untuk membangunkan LRT Pulau Pinang. Tan Sri Datuk Alex Ooi adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif kepada syarikat Ideal Property Group.
Konsortium SRS ialah usaha sama 60:20:20 antara Gamuda Bhd, Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd, dan Ideal Property Development Sdn Bhd. Sejak 2015, konsortium itu telah berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Penyampaian Projek untuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.
Atas nama SRS Consortium Sdn Bhd (SRSC), tiga syarikat ini iaitu ;
- Gamuda Bhd, 60% saham dalam SRS
- Phoy Yen Holdings Sdn Bhd, 20% saham dalam SRS
- Ideal Property Group, 20% saham dalam SRS
Ketiga-tiga firma pembinaan utama bergabung atas nama SRSC Sdn Bhd telah memperoleh kontrak kerja sivil dan struktur utama bagi LRT Mutiara di Pulau Pinang, Malaysia. Projek ini menyasarkan untuk beroperasi pada Disember 2031.
Gamuda membawa nama besar yang penuh pengalaman dalam industri rel di negara untuk membida projek LRT di Penang. Oleh kerana kurang membuat penyelidikan, due diligence dan audit forensic maka Gamuda terjebak sama dengan syarikat yang disyaki terlibat dengan skim penipuan Macau Scam.

Kes penipuan Mobility Beyond Imagination, MBI ini sudah dibuka siasatan sejak 7 tahun lepas, Gamuda langsung terlepas pandang dan mengambil rakan kongsi yang terjebak dengan penipuan dalam satu konsortium.
Sejak 2018 lagi skim penipuan MBI ini disiasat dan setelah kantoi bila Bank Negara membuat serbuan berdasarkan aduan daripada pelabur-pelabur. Penipuan Macau Sam MBI ini telah mengumpul berbilion ringgit daripada para pelabur.

Pengasas MBI Tedy Teow, seorang rakyat Malaysia telah dihantar pulang dari Thailand ke China bagi membantu siasatan kerajaan China berhubung peranannya dalam skim piramid tersebut.
Ketika awal ditahan, Teddy Teow dikaitkan juga dengan penipuan pembelian hartanah RM336 juta di Pulau Pinang. Apakah Syarikat Ideal Property Group terkait sama dengan Teddy Teow dalam penipuan RM336 juta hartanah di Pulau Pinang ini?
Dilaporkan bahawa sekitar dua juta rakyat China telah menjadi mangsa penipuan Tedy Teow yang melibatkan sejumlah 500 bilion yuan (kira-kira RM300 bilion).
Tentunya kita tidak mahu pembinaan LRT Mutiara sepanjang 29.5 kilometer, dengan kos unjuran melebihi RM10 bilion (USD 2.2 bilion) ini dibina atas duit penipuan skim ponzi MBI.
Pengasas syarikat yang berkerjasama dengan Gamuda dalam konsortium membina LRT Mutiara ini sudah ditahan oleh Bukit Aman. Kereta dan barangan dan kereta mewah dirampas.
Difahamkan sudah ada gesaan daripada NGO, orang politik dan kenamaan agar pihak Kerajaan terutamanya Anthony Loke mengkaji semula projek LRT Mutiara ini. Konsortium SRS sudah jelas-jelas terpalit dengan skandal MBI dan skim ponzi. Bersihkan nama Gamuda dan LRT Mutiara daripada Macau Scam MBI.