Suhaimi Ibrahim Kalah Kepada Team Adik Rara

Bekas Presiden GPMS, Datuk Suhaimi Ibrahim gagal dalam tawarannya untuk menjadi Ketua Cabang PKR Bentong dalam pemilihan PKR baru-baru ini. Difahamkan Datuk Suhaimi Ibrahim bertembung dengan team adik Rara, Ahli Parlimen Bentong dalam pemilihan itu.

Datuk Suhaimi bertembung tiga penjuru di posisi Ketua Cabang dengan Abdul Kadir Ali – calon no. 1 dan Jeffry Nizam – calon no. 3.

Pemenangnya adalah Jeffry Nizam yang mendapat 285 undi, 46 undi mengatasi Datuk Suhaimi Ibrahim. Jeffry Nizam adalah satu pasukan dengan team adik Rara yang bertanding posisi Timbalan Ketua Cabang iaitu Mohd Azlan Othman, berada pada kedudukan nombor 1 dalam kedudukan calon.

Adik Young Syefura, yang juga ahli parlimen DAP Bentong tidak bernasib baik bila hanya mendapat 216 undi berbanding calon nombor 2, Muhammad Halmi Hussin yang menang dan mendapat 298 undi.

Biarpun berasal daripada Kuala Lipis dan pernah menjadi ADUN Benta, Datuk Suhaimi Ibrahim tidak mencabar kedudukan Ketua Cabang PKR di Kuala Lipis. Satu lagi tempat disebut-sebut menjadi tempat pilihan Datuk Suhaimi adalah di Indera Makhkota tetapi akhirnya beliau memilih untuk bertapak di Bentong.

Kalah tipis dengan hanya 46 undi, jika dilihat kempen Datuk Suhaimi lebih kepada cara lama dan ada pembawaan strategi UMNO dahulu. Ini mungkin kekurangan besar yang menyebabkan berlakunya jurang 46 undi tersebut.

Satu lagi, jika memilih pasukan yang betul dan posisi yang betul untuk mula-mula bertapak di Bentong barangkali Datuk Suhaimi sudah ada jawataan dalam PKR Cabang Bentong. Pengaruh Rara yang sebelum ini menjadi ADUN dan kini bergelar ahli parlimen kuat di Bentong sampailah ke Raub.

Atas sebab ini dan matematik mudah bahawa Rara akan bertukar menjadi ahli parlimen Raub dan Datuk Suhaimi akan mengambil parlimen Bentong yang menjadikan Datuk Suhaimi bertapak di Bentong.

Segalanya masih belum terlambat kerana PRU15 masih jauh lagi sehinggalah tamat tempohnya pada November 2027 nanti. Semuanya adalah berkemungkinan dalam politik pada hari ini, siapa yang pandai mencatur strategi dan memposisikan diri akan terpilih nanti.

Dengan isu ahli parlimen Raub yang panas baru-baru ini, sudah pasti DAP akan mencari calon baharu di Raub, Rara disebut-sebut sebagai calon sesuai dan boleh menenangkan semula keadaan.

Back To Top