Kecoh seminggu dua ini orang menyalah Ai. Sebenarnya Ai tidak salah, Ai itu hanya menciptakan apa yang telah diminta oleh manusia. Bila dihasilkan sesuatu benda (grafik, tulisan atau video), manusia itulah yang patut menilai apakah mahu menerima atau tidak. Jika Ai manusia boleh berfikir dengan baik, teliti dan rasional maka kesilapan tidak akan berlaku.
Tetapi jika manusia Ai nya sudah rosak, maka tidak akan ada apa yang boleh diperbaiki lagi. Inilah yang terjadi bila seorang ketua penerangan parti ini, dia menggunakan Ai (Akal dan Ilhamnya) untuk membuat perumpamaan yang pelik mengenai ‘ayam jantan, ayam betina dan biawak’ hinggakan laporan polis dibuat terhadap kenyataannya.

Tidak terhenti di situ sahaja, Ketua Penerangan itu membuat kesilapan lagi bila tidak faham dan mengerti tentang proses tender yang dibuat menerusi Request For Proposal, RFP. Terus dituduhnya projek itu diperolehi secara luar tabii. Menggunakan bahasa yang teruk dan melebih lebih, barangkali Ai nya gagal berfungsi dengan baik.
Menuduh dan memusingkan cerita lama tentang BestariNet yang sudah pun mendapat kata putus daripada pihak SPRM. Mungkin Ketua Penerangan PAS ini kurang membaca dan membuat beberapa persoalan dan andaian yang tampak merendah rendahkan Ai dia sendiri.
Fadhli Shaari, jika Ai dia berfungsi dengan baik sudah tentu dia melihat bahawa apa yang disebutkan itu telah pun diiklankan secara terbuka untuk proses tender.

Iklan tender mengenainya keluar dalam Berita Harian pada 1 September 2023, hari Jumaat. Dalam iklan ini jelas diberitahu bahawa Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mempelawa syarikat / konsortium yang berpengalaman dan berdaftar seperti butiran pendaftaran yang dinyatakan (mempunyai permit dan lesen Network Service Provider oleh SKMM dan lesen kelas Network Facilities oleh SKMM juga. RAC mengalu-ngalukan dokumen cadangan akhir dikemukakan pada 20 November 2023. Bermakna RAC memberi peluang lebih daripada sebulan daripada tarikh tawaran kepada syarikat berminat untuk mengemukakan dokumen cadangan RFP untuk projek terbabit.

Dalam dokumen ini pula jelas dinyatakan RFP itu secara lebih terperinci lagi. Skop dokumen cadangan juga digariskan dengan jelas oleh RAC.
Membuat tuduhan dan tohmahan melulu memang sedang tetapi apakah Ketua Penerangan PAS ini tidak langsung rasa bersalah dan berdosa dengan tuduhan yang dibuat secara tanpa usul periksa dan pembacaan yang penuh pada sesuatu hal.
Hal ini boleh memburukkan nama parti Islam yang PAS sendiri bawa. Islam tidak mengajar umatnya untuk bertindak melulu, berlebih lebihan dan keterlaluan. Islam anjurkan agar selidiki sesuatu perkara terlebih dahulu.
Apakah Fadhli Shaari ada terbaca tentang laluan fiber optik itu akan dipasang disepanjang 1,600 km meliputi seluruh jajaran ini? Manfaatnya sampai ke negeri Kelantan, Kedah dan Perlis yang kini diterajui oleh PAS sendiri.

Boleh sahaja RAC menjimatkan tender ini dengan mengesyorkan agar tidak dipasang terus gentian fiber optik di negeri-negeri yang terlibat dengan kerajaan PAS. Ini kerana Ketua Penerangan PAS sendiri mengherdik dan mengecam projek ini sebagai luar tabii. Tuduhan yang tidak betul sama sekali.
Elok la jangan sediakan fiber optik di negeri negeri Kerajaan PAS, biar mereka berusaha sendiri. Mereka hendak sangat jadi kerajaan tetapi masih lagi kecam orang yang memberi kepada mereka.
Hendak bagi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri pun tidak mampu, bila ada projek yang memberi manfaat kepada negerinya, dia kecam pula.

Nampaklah sangat Ai pemimpin-pemimpin PAS ini tidak berfungsi dengan baik sebagaimana yang sewajarnya. Hendak berfungsi dengan baik macam mana, input yang diterima pun tidak berapa hendak elok, maka itulah produk produk PAS yang terhasil dan sedia ada pada hari ini.
Ai yang diajar pada machine boleh lagi diperbaiki, tetapi kalau Ai manusia sudah rosak, macam mana hendak repair? Ai yang rosak itu pula sekarang setiap hari mengeluarkan kenyataan dan mengumpan rakyat dengan pelbagai perkara yang melebih lebihan. Patut sangatlah mereka panggil walaun. Patut.